27/12/2014

PM Dah Sampai Kota Bharu Bawak Set Golf?



 

Selama hari ni Keris diam sahaja. Semua sibuk pasal PM Main Golf dengan Obama. Walhahl sebenarnya itu cara Obama berbincang secara santai. Sebagai tetamu nak tak nak PM kena buat. Tapi sekejap je.

Lepas itu PM balik ke Malaysia. Sekarang PM dah sampai Kota Bharu. Puas hati semua orang? Bape banyak air dia boleh sedut? Apapun Keris harap dengan kehadiran PM sedikit sebanyak semua jentera bekerja keras.

Dont worry PM. Kami di belakang anda selagi anda berbuat baik.

K7L : Tak perlu tuding jari kat sape-sape..

@Kabir_Akram Persoal Malam Cinta Rasul - Membazir Atau Tidak?



Keris tertarik sebenarnya dengan artikel sahabat Blogger KL Chronicle yang mempersoalkan kewajaran Majlis Malam Cinta Rasul. Bukan niat nak memburukkan sesiapa namun pertanyaan dari akar umbi perlu juga diambil tahu.

Pendapat Keris tidaklah setuju sangat pun dengan Saifuddin Abdullah, sebab pada Keris dia adalah seorang bekas MP yang gagal dan populis tak kena tempat. Suka tunjuk dia pandai tapi tak membantu.

Lantak kan dia. Fokus pada isu pembaziran yang hangat diperkatakan. Menurut blog sahabat Keris, RM200,000 telah dibelanjakan untuk membawa masuk Ustaz daripada luar negara bagi menjayakan majlis tersebut.

Soalan Keris :

1. Apa relevannya panggil orang luar?

2. Dekat Malaysia tak ada ke Ustaz yang boleh berselawat atau berzanji?

3. Kenapa sampai ratus ribu?

Benda macam ini orang akan lihat membazir biarpun niat tu baik. Tapi kalau nawaitu baik, cara tak baik tak kena juga. Maaf bukan tembak sesiapa tetapi tidak ada dalil semua cara bisa menghalalkan perkara.

Jangan jadikan Majlis yang penuh keberkatan, kesuciannya tercalar kerana kita sendiri yang bersifat zalim. Sama-sama kita muhasabah diri. 

K7L : Zalim itu apa? terjemah sendiri..

26/12/2014

Jumlah Mangsa Bertambah - Bantuan Menyelamat Ditingkatkan - Bantuan Dari KL Harus Dikawal!


Banjir merupakan isu paling hangat di Malaysia. Media Sosial kini menjadi tempat bahan rujukan rakyat Malaysia. Semua ang disebarkan tidak ditapis sehinggakan gamabr 10 tahun dulu pun ada. Mesej 10 tahun dulu pun tersebar semula. Apapun semoga rakyat Malaysia bersatu hati.


Tidak perlu lagi sebarkan kepanikan ke seluruh negara. Adalah lebih baik :

1. Bersedia kawasan rumah anda menghadapi banjir

2. Belikan barangan bantuan untuk disalurkan ke kawasan yang mengalami banjir

Hari ini dalam sejarah, jumlah mangsa banjir di 7 Negeri telah meningkat kepada 119, 624 orang setakat jam 5 petang tadi. Sama-sama kita mendoakan bencana ini menuju pengakhirannya.


Tiada isu politik di sini namun sebaran bantuan daripada KL harus dikawal, Maksud Keris kepada yang nak pergi misi, kalau kita menjadi beban kepada pasukan penyelamat pun tak guna. Jadi rancanglah sebaik mungkin.

K7L :  Pray4Malaysia

Kini Adik-Adik UMK Berada Di Bachok - Mereka Selamat!




Tersebar sudah gambar adik-adik di Universiti Malaysia Kelantan yang sedang berkumpul meredah banjir pada paras pinggang. Menurut adik Keris di sana, dalam masa sekelip mata air telah naik ke paras hidung namun mereka semua telah berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Jangankan manusia, kucing pun berjaya diselamatkan. Apapun kita doakan mereka dilindungi Allah. 

K7L : Bencana ini ujian atau musibah?..

Harga Minyak Lebih Penting Dari Cintai Rasul Ajaran Pakatan?



Apa benda ni? Takkan pasal harga minyak mereka sanggup hina Majlis yang memuji Rasulullah S.A.W? Sekalipun nak jadi bodoh, janganlah jadi jahil terus. Yang lawaknya, tukang edar pun orang PAS.

Buat kerja macm tak ada agama pulak. Majlis Cinta Rasul memang tak dapat turunkan harga minyak tapi dapat turunkan kejahilan kau. Biadap dan Pakatan semakin melampau. Kalau orang Islam masih tak sedar lagi pasal selewengya Pakatan, Keris tak tahu nak kata apa lagi.

PAS pun menikus sebab takutkan DAP. Turutkan sahaja asalalkan dapat kuasa. Masih ak undi?

K7L : Dah boleh beritahu Pakatan..they are not needed PRK nanti..

25/12/2014

Info Banjir - Hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah #OpsHanyut





K7L : Doakan semua seperti sediakala..

Rakyat Kuala Langat Setuju Jadi Bandar Babi Moden?


Tak faham betul Keris. Kenapa Adun Tanjung Sepat yang bercakap pasal ladang babi moden? Mana Yunus Hairi? Takkan menikus sebab mulut telah dikunci daripada mengeluarkan sebarang kenyataan?

Nampaknya kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin berani berbohong kepada rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat telah menyatakan persetujuan dengan pembinaan ladang babi moden yang akan dibina di kawasan itu (sila rujuk di sini)


Hakikatnya majoriti penduduk beragama Islam di kawasan tersebut, waima penyokong Pakatan Pembangkang sendiri menolak pembinaan ladang babi moden dirancang kerajaan negeri Selangor itu kerana khuatir berlaku penularan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (J.E.) yang pernah mengemparkan negara dan membunuh ribuan rakyat.

Sebersih manapun ladang babi atau semoden manapun sistem saliran yang bakal dibina di kawasan tersebut, tiada jaminan kepada rakyat Kuala Langat bahawa dua jenis virus ini tidak akan tersebar kepada penduduk setempat.
Malah kawasan tersebut yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam nyata kurang senang apabila babi dikategorikan sebagai najis mughazah yang harus disamak dengan air bersih dan tanah apabila umat Islam menyentuhnya.

Persoalannya mengapa pula pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan sanggup menipu rakyat Selangor dengan mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat bersetuju dengan pembinaan babi?

Dan lebih menyedihkan mengapa ladang babi itu tidak sahaja dibina di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam?

Sambung di Team Media Selangor
K7L : Bila masa mereka setuju?..

Temasya Selangor - Bergembira Bersama MB Selangor Dan Lupakan Sahaja Mangsa Banjir?



(Klik untuk besarkan imej)

Mungkin Temasya Selangor 15 yang bakal diadakan dari 26 hingga malam ambang tahun baru nampak molek sekiranya diadakan dua minggu atau sebulan yang lalu. Sekiranya perayaan gilang gemilang ini diadakan sehari dua lagi bersemperna sambutan ambang tahun baru, 100 hari pentadbiran MB Baru dan pelancaran Tahun Melawat Selangor, nampak seperti ada yang tidak kena.

Dalam kita bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak dan beberapa negeri lain yang dilanda banjir yang luar biasa, kita di Selangor bersuka ria dengan temasya. Malu saya Dato Menteri Besar untuk sama-sama bersukaria sedangkan saudara-sudara saya yang lain menderita. Dua hari tangan ini tidak boleh membuat posting disebabkan sebak melihat penderitaan saudara-saudara yang dilanda cubaan di gambar-gambar yang dipaparkan di media-media sosial.

Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?





K7L : Bergembira dalam saat rakyat negeri lain berduka?..

24/12/2014

Tolak Hudud Tapi Mahu Maqasid Syariah - Azmin Belum Faham Islam?



Apakah Maqasid Syariah?

Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat.


Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai:


جلب المصالح ودرؤ المفسدة وإزالة المضرة


Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.
Dalam erti kata lain Hudud berada dalam Maqasid Syariah. Jadi nampak sangat dia tak faham apa tu maqasid syariah. Kamon la MB Selangor. Tolong bijak sikit berbicara.

K7L : No komen?..

Pesanan Ikhlas @JamawiJaafar Buat Mangsa Banjir


 

"Salam kepada sahabat2 KP yang terlibat banjir...
Saya sentiasa mendoakan agar keadaan banjir akan cepat reda dan surut... Tabah menghadapinya busss. Saya masih di China temankan anak utk rawatan. Dari jauh saya memahami apa yg dihadapi dlm saat sukar begini... JJ"

Pesanan ringkas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia buat semua mangsa banjir.

Hubungan Chin Peng Dengan PAS-DAP Perak Yang Perlu Malaysia Tahu!



Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yg diharamkan.

Tahukah korang semuan apa kaitan Chin Peng ni dgn Ngeh Koo Ham? Chin Peng adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tu. Tahukah korang semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming?


Mereka adalah sepupu yg tentunya berkongsi bapa saudara yg sama, si Chin Peng tu. Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming

Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming adalah sepupu. Manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!

Apa pula kaitan mereka dgn Mat Sabu yg menganggap pengganas komunis tu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya? Dan apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pihak Bekalan Air Pulau Pinang dgn elaun sebanyak RM15,000 sebulan?

Jawapanya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu diumpan wang ringgit oleh DAP utk menjadi ayam jantan berkokok utk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya di mata rakyat Malaysia dgn cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yg sebenarnya, bagi tujuan membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat.

Bukalah mata wahai orang-orang Melayu PR, terutamanya PAS bagaimana pemimpin korang digunakan oleh cina DAP bagi menjayakan agenda mereka.

K7L : Khas buat mu PAS..

23/12/2014

Akar Umbi PAS Ikut Sahaja Telunjuk DAP? - Pemimpin PAS Yang Cakap!



KUALA LUMPUR 22 Dis. - Akar umbi Pas hendaklah mematuhi apa sahaja arahan pimpinan tertinggi parti itu termasuk meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya DAP berterusan membantah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, keutamaan mesti diberi terhadap arahan pemimpin parti walaupun ia akan mengakibatkan tahaluf siyasi antara Pas dan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa dibatalkan.

Beliau tidak menolak kemungkinan itu boleh berlaku memandangkan Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah pada 14 September tahun lalu turut mencadangkan resolusi agar tahaluf siyasi Pas dalam pakatan pembangkang disemak semula.

“Kita mesti akur dengan pendirian pimpinan Pas lebih-lebih lagi setelah Timbalan Mursyidul Am parti, Datuk Dr. Haron Din menegaskan bahawa DAP yang ‘merobek’ tahaluf siyasi apabila berterusan mempertikaikan hudud.

“Akar umbi menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan tahaluf siyasi, apa sahaja keputusan kita mesti ikut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Haron menegaskan, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun dan jika DAP mahupun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Guan Eng boleh mencari ‘ke­selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.

Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas kelmarin menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah ber­kenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha memberitahu, sokongan rakyat Kelantan yang tidak berganjak terhadap Pas sejak 1992 membuktikan mereka bersetuju hudud dilaksanakan di negeri itu.

Malah, jelas beliau, kesediaan kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan berhubung pelaksanaan hudud bersama kerajaan Pas Kelantan wajar dilihat sebagai perkembangan yang menggalakkan.

“Walau bagaimanapun, selagi Pas masih bersama DAP dan PKR, selagi itulah isu pelaksanaan hudud akan terus berkecamuk,” ujarnya.

Norman menambah, hanya ketegasan pucuk pimpinan Pas yang dapat menentukan hudud dapat dilaksanakan di Kelantan memandangkan DAP konsisten menentang undang-undang tersebut sejak dahulu hingga sekarang.

Sumber : Utusan

Bila @limkitsiang Nak Minta Maaf Pada @LiowTiongLai






Penasihat DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, semalamtelah memadamkan posting beliau di laman sosial Twitter setelah membuat fitnah ke atas Air Asia dan menunding jari kepada Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Lim Kit Siang membuat fitnah bahawa sebuah pesawat Air Asia telah mengalihkan arah penerbangan ke Senai akibat konon berlakunya banjir di KLIA2.

Tanpa segan silu beliau menunding jari kepada Menteri Pengangkutan dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai memalukan. Orang tua nyanyuk ini kemudiannya menarik balik fitnah beliau dan meminta maaf. Katanya, maklumat yang diberikan oleh penumpang kepadanya tidak tepat. Lencongan penerbangan daripada jadual asal menurutnya adalah disebabkan oleh cuaca yang buruk.

Inilah sifat pembangkang. Suka melompat dan membuat fitnah. Selepas fitnah di'kantoi'kan, mereka akan memadam status di laman sosial dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Damage was done. Apology not accepted! Soalan cepumas - Kenapakah Lim Kit Siang memohon maaf kepada Liew Chin Tong dan bukannya kepada DS Liow Tiong Lai?

K7L : Komunis ni mana reti minta maaf...

Ulama PAS Dah Mula Rasa Dihina DAP?



Pergeseran antara Pas dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari ‘ke­selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri ‘serangan’ oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan Pas telah ‘mengoyak’ syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam Pas itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan ‘kertas’ tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah ber­kenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, Haron mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ berkait soal asas perjuangan.

“Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur Pas kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. Pas tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.- Utusan

K7L : Pengikut PAS terus tunduk?..

22/12/2014

Hamley's Mohon Maaf - Ingat Malaysia Ini Negara Apa?



Tindakan staf Hamley's itu didedahkan oleh Rosyam dan isu ini menjadi viral di dalam media sosial.

Akhirnya pihak Hamley's telah meminta maaf secara dengsn alasan mereka.

Di bawah ialah respons Rosyam Noor :

Pengarah filem terkenal Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf dari kedai permainan terkemuka Hamley’s yang meminta anaknya membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.

“Saya menerima permohanan maaf mereka (Hamley’s), dan saya harap perkara ini tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hamley's dalam kenyataanya semalam memohon maaf kepada Rosyam dan seluruh umat Islam ekoran insiden tersebut.

Hamley’s turut mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjaan yang tidak mempunyai kuasa menemuduga atau mengambil pekerja, serta memberi maklumat tidak betul kepada anak Rosyam.

Rosyam yang juga seorang pelakon dan penerbit turut berkata, beliau tidak mahu memperbesarkan isu ini dan berharap lebih ramai remaja dan wanita yang bertudung diberi peluang pekerjaan.

Ditanya sama ada anaknya akan kembali memohon kerja di premis perniagaan itu, Rosyam berkata:

"Saya belum pasti sama ada anak saya mahu minta kerja di situ atau tidak, saya belum tanya dia lagi," katanya yang pernah dinobatkan pelakon lelaki terbaik pada 2003.

Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada mereka yang begitu senang memperlekeh-lekehkan umat Islam di negara ini.

Aktivis Bogel Hina Islam Mati Terseksa Akibat Kemalangan?



Balasan Allah sangat keras. Jangan menghina kerana Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al Quran bahawa siksaanNya sangat keras kepada yang terus ingkar walau diberi nasihat dan petunjuk untuk berubah.

Jangan sesekali cuba melawan kuasaNya!

Baca artikel di bawah ini kisah dari Mesir yang telah mati kemalangan ngeri akibat perbuatannya sendiri.

Aliaa Majida seorang aktivis agama dari Mesir yang menghina Islam dan kalimah ALLAH dilaporkan telah meninggal dalam kemalangan ngeri.

Aliaa Majida Al Mahdi atau dikenali juga Aliaa Magda Elmahdy,23, sebelum ini telah menggemparkan dunia apabila telah menitiskan darah haidnya ke atas kelimah ALLAH.


Tindakan kurang jarnya itu telah mendapat kutukan umat Isalam seluruh dunia. Nampaknya perbuatannya itu telah dibalas dengan kematian yang amat tragis dalam sebuah kemalangan.



Menurut sumber, gambar di atas beliau masih belum mati dan itu adalah saat siksa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Andai apa yang dilaporkan oleh media ini benar mati beliau pasti dilaknat.- Siakap Keli

K7L : Yang kat sweden tu ingat Selamat ke?

Kasihan Adik Adam - Apa Kisahnya?



Tiada tergambar perasaan apabila melihat wajah anak ini yang baru bernafas sebulan di dunia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa perasaan tersirat ibu dan bapa anak ini. Sebaik melihat gambar ini, saya sendiri telah menghubungi ibu anak bernama Adam ini. 

Ibunya mengesahkan gambar yang bertebaran di laman sosial adalah benar anaknya. Menurut si ibu, anaknya akan menghadapi pembedahan pada hari esok (Isnin, 22 Dis 2014) untuk menjahit lidah Adam. Pihak hospital juga perlu menebuk lelangit Adam untuk memudahkannya bernafas seperti sedia kala atau pilihan lain menebuk di lehernya. 

Untuk info, jumlah terkumpul terkini hanya sekitar RM2,000 lebih (1pm - 21/12/2014). Adam memerlukan sekitar RM40,000 untuk menjelaskan segala kos yang dikehendaki pihak hospital. Kini Adam berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Saya mohon agar seluruh umat Islam dan masyarakat yang prihatin di luar sana membantu keluarga ini bagi memudahkan segala urusan pembedahan agar anak ini hidup seperti sediakala seperti anak-anak lain. 

Bantuan boleh disalurkan kepada ibu atau bapa adik Adam. Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan kedua ibu bapa Adam. 

Ibu - Khairiyah Binti Shamsuin Tel : 011 232 66907 Bapa - Norisam Bin Nohd Jaafar Tel : 012 650 3806 Account BSN : 0510 2290 0013 9274 Mohon disebarkan. Tak berdaya menderma wang ringgit, mohon didoakan kesihatan adik Adam (permintaan dari ibu).

Info penuh : Rezqeen Hill

Nazri Aziz Ada Perjanjian Apa Sampai Setuju Lain Macam?



Apalah nasib generasi masa hadapan? Kalau sekarang pun menteri ambil langkah tak fikir panjang untuk negara? Cub aberitau kepada rakyat 10 sebab kelebihan permudahkan untuk pemberian visa yang tertumpu kepada warga China?

Apa Menteri tak tengok 999? Polis dok tangkap semua pelacur-pelacur yang ada, yang mana mereka mempergunakan Visa Pelancong dan Visa Pelajar untuk datang ke Malaysia. Nak cakap apa lagi?

Kalau tidak ada angin masakan pokok bisa bergoyang sheikhhhhh. Apapun Keris harap pemberian visa kepada Warga China, Indonesia, Bangladesh, Myanmmar dan mana-mana pelajar Awang Hitam ke Malaysia diberatkan.

Jangan risau, kalau orang nak melancong, dulu lagi ketat masih ramai yang datang melawat Malaysia. Mohon sangat selamatkan Malaysia dari Pencemaran Warga Asing yang menyalahgunkan Visa Pelancong/Pelajar ke Malaysia.

K7L : Terowong....

21/12/2014

Jawapan @AzminAli Tiap Kali Wartawan Tanya Soalan Terbongkar! #MBNoComment


 

Haha! Mengamuk pejabat MB Selangor bila tahu Azmin kena hanjing sebegini rupa. Tapi itulah realitinya.

K7L : Jangan marah aa.. nanti kena jual..

Kisah Chapuis, Girlfriend Dan Gadis Melayu



Ini Girlfriend Chapuis. Seorang pemain bolasepak Thailand yang menjaringkan gol untuk memastikan Harimau Malaya kalah di Stadium Rajamangala pada 17 Disember 2014 yang lepas.

Maka kerana kekacakan dia, maka berbondong gadis-gadis melayu cari dan jadikan dia idaman. Dan macam biasa netizens mengganas dan menunjukkan kerendahan hati mereka dengan memberi komen di dalam Instagram Chapuis.



Mereka secara lantang menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka saat mereka melihat Girlfriend Chapuis yang juga merupakan orang putih. Haha! Yang beria seibuk pasal GF dia awa ke tak kenapa?

Merapu betullah. Sedar atau tidak korang dah malukan diri korang. Nak terasa dengan ayat Keris? Yang korang hentam orang lain boleh tapi kena kat batang hidung sendiri nak marah?  

Pengajaran buat semua. Tak payah nak jadik makcik-makcik sangat lagi-lagi pada orang yang tak ada kena mengena dengan kita. Selamat bermuhasabah diri!

K7L : Haha! Aduhai gadis melayu..

Ustazah Hina Jururawat Dengan Ayat Menghina? #Biadap



Tersebar sudah pasal satu Hamba Allah ini menghentam Jururawat dengan bahasa yang teruk sekali. Bila dah sedar diri cakap tanpa akal baru buat permohonan maaf. Kata tak ada niat dan sebagainya.


Tapi nasihat Keris, esok lusa kalau ada Jururawat tak endahkan kamu janganlah marah mereka sebab bukan semua orang mampu memaafkan kita. Telajak perhau boleh berundur, terlajak kata binasa badan.

Apapun mohon juga semua jururawat di Malaysia ampunkan kesalahan Hamba Allah ini. setiap manusia melakukan kesilapan, sudah cukup dia sedar akan kesilapannya. Moga ianya tidak lagi berulang.


Untuk budak mentah Aleeya Natasha II yang lahir pun disambut oleh nurse. Hinaan sebegitu amatlah biadap. Kalau kena tampar paling elok sekali. Atau adik nak jadi 'glamour'?

Ini ada cebisan huraian daripada Ustazah Fatimah Syarha:

Pekerjaan jururawat sungguh mulia. Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG? Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan. Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat. Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka. Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam. :)

Dan berikut adalah artikel kedua yang buatkan kita terfikir pengorbanan jururawat yang gigih di hospital dan di mana-mana saja semasa bertugas:

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda? Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat. Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat? Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli. Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik. Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja. Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja. Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja. Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


K7L : Hargailah jasa mereka atau jika tak mampu, hormatilah kerjaya mereka.

20/12/2014

Nik Abduh Sound Peguam PKR - PAS Dah Ready Nak Keluar?



Rakan seperjuangan dalam pakatan pembangkang dilihat seakan goyah apabila pemimpin utama Pas terus mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menyatakan pendirian dan pandangan masing-masing berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya semalam dibidas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas yang mahu membuat pindaan enakmen hudud dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpalit dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Memetik tulisan Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebook miliknya yang bertajuk “Jawapan Buat Seorang Peguam Wanita” yang seakan menyindir dengan mempersoalkan, apakah benar Pas bersubahat dengan BN bagi menutup isu 1MDB sedangkan parti itu sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak lebih 20 tahun lalu.

"Agenda hudud Pas sudah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?’" katanya.

Nik Mohamad Abduh menjelaskan, Pas bukan sahaja mahu melibatkan isu ekonomi malahan merangkumi pembinaan Malaysia secara menyeluruh termasuk pelaksanaan hudud.
"Pas juga memperjuangkan aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman mendidik yang ada di dalam hukum hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?" ujar beliau.

Mengulas lanjut, katanya, isu royalti minyak di Kelantan yang tertangguh sebelum ini tidak menggugat pelaksanaan hudud negeri itu dan mengapakah isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk menyekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah.

Oleh demikian, Nik Mohamad Abduh menyatakan Pas dianggap telah masuk perangkap sekularisme sama ada oleh BN, DAP dan PKR serentak sekiranya isu 1MDB berjaya menyekat Pas daripada memperjuangkan hak agama. - Azlin Hussain / 
Utara News 


Monorel @myrapidkl Berwajah Baru Yang Lebih Selamat!


 

Hari ini Monorel telah dinaiktaraf dengan beberapa ciri-ciri menarik. Antaranya adalah Pintu Keselamatan di setiap Platform, Pengawasan CCTV yang lebih sistematik dan Kemudahan OKU untuk menaiki Monorel.

Semoga pengguna berasa puas hati dengan segalanya.

K7L : Tingkatkan kualiti kenderaan awam untuk elakkan kesesakan lalulintas..

Kucing - Kedai Makan - Rezeki - Apa Kaitan? #PerluTahu



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain :

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua


Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Info :  mymediahubonline

K7L : Menarik kan?.. sebab tu kalau ada kucing..setakat tulang tu bagilah sikit..kita bukan makan pun..

19/12/2014

Tak Cukup Cela Hudud - DAP Larang Maulidur Rasul?



Kadang-kadang Keris tertanya-tanya dalam hati. Apa sebenarnya orang PAS di Pulau Pinang nak? Perjuangan untuk memartabatkan Islam atau hanya sekadar mahukan KUASA MEMERINTAH?

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Jadi atas dasar apa sambutan itu mahu dilarang oleh DAP?

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (l. 549 H. w.630 H.), penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.

Orang PAS dan Melayu PKR sendiri tahu akan perkara ini. Mengapa tidak ditentang tetapi dituruti? Keharmonian negara ini janganlah dicela lagi. Jangan cabar orang Melayu. Ini juga satu peringatan buat semua umat Islam di Malaysia.

Andai kata kita bersatu maka tunduklah mereka, namun mereka yang berdarah yahudi ini akan sentiasa ingin memecah-belahkan kita sehingga dapat mereka pijak kita sehingga lumat. Sebelum dihenjak lebih baik bukalah mata. 

K7L : Satukan hati..sucikan jiwa..

LGE Sengaja Timbulkan Isu Sebab Nak Undi Sarawak?



Siapa tahu Kafir Harbi? Itulah Lim Guan Eng dan keluarganya. Sifat mereka yang suka mengusik keharmonian negara tidak boleh dipisahkan. Jika dahulu zaman mahu merdeka, ayahnya bukan lagi macam celaka.

Kini selepas ketiadaan Mahathir, LGE pula mula tunjuk sifat Kafir dia. Tapi dengarnya semua ini untuk memancing undi orang Sarawak. Nak bagitahu kat sini, kalau pasal hudud, Sarawak tak ada kena mengena.

Ini Malaysia bang, dah lama kita amalkan toleransi beragama. Sarawak tak akan ada hudud tak akan jadi. Maka tak perlu nak rasa goyang dengan dakyah DAP.

K7L : Makin mengarut DAP, PAS masih duduk diam?

Azmin Ali, Babi Dan Kuala Langat - @AzminAli & Yunus Sila Jawab!



Dulu pernah meletup isu ini. Tetapi Khalid Ibrahim pujaan hati Azmin Ali dah buat cover up. Yang mana sebab itu Adun-Adun DAP mengamuk dan nak gulingkan Khalid. Kes batal babi ni pun antara punca Khalid ditumbangkan.

Sekarang ini Modern Pig Farming ini dengarnya akan diteruskan. Azmin Ali tahu atau tidak atau buat-buat tidak tahu? Surat telah pun dikeluarkan. Mungkinkah Abdullah Sani akan dapat share ladang tersebut?



Apakah keuntungan kepada Rakyat Kuala Langat yang telah memilih PKR sebagai Ahli Parlimen mereka? Apakah Yunus Hairi yang juga Adun PAS Sijangkang akan membiarkan perkara ini diteruskan?

Banyak persoalan maka kita tunggu mereka jawab. 

K7L : Takkan besok anak kita cakap.. Daddy tu ada babi terlepas.. sudahhh...

18/12/2014

Peguam Anti-Islam Mengamuk Pasal Apa? Siapa Cetuskan Perbalahan?



Pertama sekali Keris nak bagitahu. Malaysia ini negara yang masyarakatnya majmuk. Berbilang kaum dan agama. Kami selesa sudah dan tidak ada masalah untuk mana-mana pihak beragama selagi ia masih mengikut garis undang-undang dan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

Jadi isu "Kristian Diganggu' sebenarnya hanya satu isu untuk mencetuskan perbalahan. Jangan cuba hasut melalui ayat-ayat halus. Kami nak bagitahu, Ambiga sebenarnya yang menganggu umat Islam di Malaysia apabila cuba melawan pelbagai hak orang Islam di Malaysia.

Inilah manusia yang cuba huru-harakan keadaan dengan pelbagai hal. Ini Keris nak bagitau 14 tuntutan IFC yang Ambiga lead :

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Artikel Penuh: Utusan

Jadi siapa yang ganggu gugat negara? Sendiri simbah petrol sendiri bakar, buat report kata diri sendiri kena bakar? Ingat filem Tamil?


K7L : Lebih baik kau diam dari bersuara...

Amalan Suami Jika Isteri Mengandung #InfoIslam




Kebiasaannya apabila seseorang isteri disahkan hamil, kaum SUAMI adalah antara insan yang paling gembira....namun adakah cukup dengan hanya menunjukkan kegembiraan sahaja....ada beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh suami. 


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : 

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT 

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. 

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. 

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. 

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. 

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. 

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. 

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. 

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. 

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. 

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : 
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup 
yang paling dekat. 

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. 

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. 

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. 

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" 

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. 

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN 

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. 

Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. 

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.

Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. 

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. 

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. 

Amalan di atas bukan hanya sesuai waktu isteri mengandung je bahkan ianya sesuai setiap masa. Sama-samalah kita amalkan ye.

K7L : Sama-sama kita berkongsi..

PKR Makin Bimbang, Kemelut PAS-DAP Melemahkan Mereka?



Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti DSAI.

Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?

Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dengan ‘permainan’ politik Pakatan Rakyat yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR.

Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu. Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA.

Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.

Mengikut sumber dalam PKR, PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.

Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar drp PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.

Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini, rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya. Kehadiran yang agak hambar PKR perlu memikir semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.

K7L : Ramai pemimpin PKR panas bontot...

17/12/2014

Lim Guan Eng Kena Sound Sampai Merajuk Tak Mahu Datang KL?



Isu Kalimah Allah yang cuba dibawa oleh kumpulan Evangelis nampaknya cuba dihidupkan kembali. Cuma kali ini ia dihidupkan semula oleh orang ternama di Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu ini yang sememangnya menjadi isu yang teramat sensitif. Sengaja mencurah petrol ke bara yang hampir terpadam membuatkan Keris terfikir apa sebenarnya niat Guan Eng? Apapun sebagai Umat Islam haruslah kita pertahankan Kalimah Allah dari terus dipermainkan.

Menurut E-Fatwa Kebangsaan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah:

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyahdan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

K7L : Apa yang berlaku sebenarnya ni?..

#TriviaBolaMalaysia - Fakta Tentang Bola Sepak Malaysia Yang Rakyat Perlu Tahu


(Klik untuk besarkan Imej)

AFF Suzuki Cup First Leg Final akan berlangsung malam nanti. Jadi tak salah kalau kita nak ambil tahu pasal Bolasepak Malaysia. Mari kita lihat :


Penampilan terbanyak – Soh Chin Aun (252)



Gol terbanyak – Mokhtar Dahari (152)


Stadium asal – Stadium Merdeka


Stadium sekarang – Stadium Nasional Bukit Jalil



Ranking terbaik – 75 (Ogos 1993)



Ranking terburuk – 170 (April 2008)


Kemenangan terbesar – Malaysia vs Filipina (15-1) 1962


Kekalahan terbesar – Malaysia vs New Zealand (2-8) 1967




Keputusan terbaik perlawanan persahabatan:

Malaysia 1 – 1 England (1970)

Malaysia 2 – 0 Arsenal (1970)

Malaysia 2 – 3 Manchester United (2009)

Malaysia 1 – 0 Korea Selatan (2010)


Kejayaan paling manis pasukan Malaysia ialah ketika layak untuk beraksi di sukan olimpik (1980) di Munich tetapi memboikot atas tindakan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.

Apapun kita doakan Harimau Malaysa bawa pulang piala AFF Suzuki. 

K7L : Ayuh! Ayuh! Ayuh Malaysiaku! Hari Ini! Kita Mesti Menang!...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk