30/11/2014

Harga Ron 97 dan Ron 95 Turun Malam Ini?



Sejauh manakah kebenarannya? 

29/11/2014

Farhana KULN Moscow Punca BN Menang #PRU13



Masa PRU13 adik ada kat mana ya? Masa itu semua orang sibuk berkempen dan mempertahankan BN. Kami yang 'lembab' ni yang bersengkang mata dan keringat untuk membantu Barisan Nasional melalui peperangan propaganda Media Sosial.

Keris yakin adik Farhana tak tahu apa itu 'Name Calling' yang diguna pakai kepada DS Rosmah. Tahu tak adik sebenarnya mereka serang DS Rosmah supaya kita tertumpu ke situ sahaja? 

By the way, ingat tak ada ke kami semua backup DS Rosmah? Artikel Keris yang pertama sekali adalah menepis fitnah Chegubard terhadap DS Rosmah perihal cincin. Nak cakap kami lembab?

Dah berapa lama jadi blogger or cybertrooper dik? Jangan semberono tuduh macam itu. Tak baik. Kat sekolah ada ajar jangan biadap dan merendahkan sesama keluarga kan? Ini masalah kalau tak reti cari fakta dan main bedal je berucap. 

Contoh fakta tak betul, katanya 3.6 juta ahli, sedangkan keahlian Keris nombornya sudah hampir mencecah 4 juta. Itu daftar tahun 2007 tu dik. Samalah macam kes media sosial. Banyak lagi kami semua kena cerita dan serang pembangkang. Kalau semua tumpu pertahan DS Rosmah, pasal GST yang bagus ini siapa nak cover?

Kami blogger UMNO. Blogger BN. Bukan blogger individu. Kena faham ye dik. Beringat sebelum cakap lain kali. 

Satu lagi nak bagitahu, sebenarnya beratus Mahasiswa yang belajar dalam Malaysia menjadi barisan hadapan mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional. Bukan baru bersedia ya. Dah lama diorang jadi benteng hadapan. Kami selalu ada kat Malaysia bukan setahun sekali masa bersidang atau jumpa nak bagi proposal.

K7L : Tolong nasihat dan anggap ini teguran..minta maaf dah memadai.. Kelab dan Ahli UMNO ada bezanya..

21/11/2014

Bukti Hanipa Maidin Sokong Chin Peng - Rakyat Malaysia Terus Marah?



Apa lagi yang puak PAS nak nafikan? Nak selindung kesalahan pemimpin sendiri? Chin Peng ini manusia yang jahat. Kalau tanya nenek moyang kita, mereka benci dengan Chin Peng.

Mereka hidup zaman komunis menyeksa rakyat. Ini yang bukan hidup zaman itu sibuk-sibuk kata Chin Peng hero merdeka? Adakah dengan menyeksa rakyat dan membakar harta bumi Tanah Melayu ketika itu dianggap sebagai wira?

Nampak benar Hanipa Maidin menyokong DAP lebih daripada PAS. Umum tahu DAP ini banyak darah orang komunis sebagai pemimpin. Malahan cara mereka juga seperti PKM yang mana mempergunakan Melayu seperti Dyana Sofea.

Apapun kini Hanipa tidak lagi boleh membuat penafian. Bukti sudah ada.

 

K7L : Apa kata rakyat?...

20/11/2014

Peringatan Buat Seluruh Rakyat Malaysia!



Ada yang kata macam-macam. Tipulah apalah. Manusia ini selagi belum kena dia takkan kata benda itu betul. Namun kita yang faham, elakkan sebarang kemungkinan yang tidak elok.

K7L : Mencegah lebih baik daripada merawat..

Setuju Dengan Rais Yatim! Martabatkan Bahasa Melayu Bukan BI!



Pertama kali Keris setuju dengan kenyataan TS Rais Yatim. Pemerkasaan Bahasa Melayu hari ini terlalu kurang sehinggakan di dalam Parlimen sendiri ramai MP tidak fasih dan lancar berbahasa Malaysia.

Sepatutnya Ujian Lisan berbahasa Malaysia perlu dijadikan sebagai salah satu syarat untuk menjadi calon kelak. Cakap pun mengarut semua. Tak campur budak-budak Melayu khususnya. Cakap nak omputih, rare katanya.

Yang dulu ada artis pun pernah ras bodoh cakap Bahasa Malaysia. Jadi berbalik kepada isu, tidak salah jika kita berusaha untuk jadikan Bahasa Malaysia sebagai Lingua Franca. Sesiapa yang ingin bekerja mahupun belajar di Malaysia, harus berbahasa Malaysia.

Kenapa Jepun, Russia dan Perancis boleh buat, kita tak boleh buat?

K7L : Cintailah bahasa kita sendiri..

19/11/2014

Hanipa Maidin Suruh Malaysia Agungkan Tokoh Komunis - Presiden PAS Kata Apa?



Nampaknya sebahagian ahli PAS sudah mula berani menongkah arus daripada terus membawa ideologi peninggalan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Hadi yang dikatakan sebagai orang terakhir bawa PAS dengan elok, kini kian musnah akibat kesilapannya sendiri.

Hadi yang silap apabila bersekutu dengan DAP dan Anwar Ibrahim kini sedang dimamah oleh agen-agen upahan DAP-PKR sekaligus untuk mereka menguasai penuh PAS. Kini komunis juga terus disokong sekali lagi selepas Mat Sabu menyokong Mat Indera. hanipa Maidin suruhan DAP telah menyatakan keterbukaan untuk mengagumi komunis dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.


Nak kagumkan komunis dalam buku sejarah anak-anak kita kelak? Nak mereka ikut ajaran Karl Marx yang tidak percaya pada Tuhan?

K7L : Keris suspek Hanipa ni pun Syiah...

PAS Kuda Pada DAP - Mat Sabu Kuasai PAS Baru?



Keputusan pimpinan PAS untuk terus kekal di dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kita tahu bahawa gelombang yang inginkan agar parti tersebut terus berdamping dengan DAP terlalu kuat untuk ditentang. Walaupun ada suara-suara kecil dari pihak pro-ulamak yang menyatakan hasrat perlunya untuk PAS melihat kembali tahaluf ini namun jelas ia gagal membawa satu arus yang kuat. Kewujudan PASMA juga membantu mengendurkan suara pro-ulamak ini walaupun ramai di kalangan ahli yang mempertikaikan peranannya.

Cuma kita berasa begitu kagum dengan kesabaran PAS apabila berdepan dengan pelbagai sikap yang ditunjukkan oleh DAP kebelakangan ini yang secara terang-terangan “menembak” Presiden PAS. Malah lebih hina lagi apabila Presiden PAS telah disaman oleh anak buah rakan parti. Namun PAS tetap bersabar. PAS dikritik kerana tidak konsisten, gagal untuk hadir ke mesyuarat, tidak pandai mengurus masalah dan akhir sekali penyebab kepada perpecahan apabila ingin terus melaksanakan hudud. Namun PAS masih terus sabar. DAP juga secara terang-terangan mengatakan bahawa mereka sudah tidak memerlukan PAS dan PR dan boleh bergerak sendiri. Ini kenyataan yang sangat angkuh dan penghinaan kepada PAS. Tetapi PAS tetap sabar.

Tidak dapat dinafikan memang sifat sabar ini adalah sifat yang sangat mulia dan dianjurkan kepada setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang yang sangat sabar walaupun dihina dengan pelbagai kejian dan cacian oleh pihak musyrikin dan kafirin. Cuma sejarah juga membuktikan bahawa Baginda juga sangat tegas dan keras dalam mempertahankan Islam apabila Islam dihina dan disekat dari perlaksanaannya. Baginda tidak berkompromi walaupun sedikit sehingga Abu Dzar r.a. sendiri ditegur apabila beliau secara berseloroh menggelar Bilal sebagai budak hitam. Nah, begitulah kerasnya Baginda.

Apakah kesabaran PAS akan ada sempadannya atau tidak? Itu satu persoalan yang menghantui ramai umat Islam.

Sehingga manakah sikap DAP yang lantang mengkritik PAS itu akan membuatkan PAS hilang sabar? Ini juga menjadi satu teka-teki yang besar.

Mungkinkah PRU14 nanti akan menjadi noktah akhir kesabaran mereka? Juga satu kemungkinan.

Tidak salah kalau kita mengatakan bahawa PR begitu yakin bahawa dalam PRU14 nanti mereka akan berjaya menggantikan BN dan seterusnya memerintah negara ini. Mungkin ini yang menggiurkan sebahagian besar pimpinan PAS sehingga mereka terpaksa terus bersabar dengan karenah DAP walaupun terpaksa menelan hati dan hempedu hasil penghinaan oleh DAP.

Persoalannya; jika sekarang PAS tidak mampu menyekat kelantangan DAP maka mungkinkah PAS akan mampu bersuara di hadapan DAP jika PR berkuasa apabila perlaksanaan syariat Allah menjadi isu nanti? Atau adakah PAS akan terus bersabar?

Tetapi bagaimana pula jika BN terus kekal memerintah selepas PRU14? Adakah PAS akan terus bersabar dgn DAP? Jawapannya akan dapat diketahui apabila kita boleh menjawab persoalan ini; siapa musuh utama PAS? UMNO atau DAP?

Akhiran, ummat Islam hanya sekadar ingin mengingatkan PAS supaya jangan menjadikan soal menang atau kalah dalam percaturan politik semata-mata sebagai asas kesabaran. Walaupun Islam dirobek hingga ke akar umbi, kesabaran PAS berdiam diri benar-benar dikagumi !!!

Tuan Hj Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA

Visa Percuma Untuk Pelancong China? Nazri Tahu Kes Pelacuran Tak?



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kini sedang memperhalusi cadangan untuk melaksanakan sistem visa percuma kepada pelancong China sebagai usaha menarik kehadiran mereka ke negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, berkata cadangan berkenaan yang kini sudah dilaksana di beberapa negara ASEAN itu sedang diteliti dan dibincang bersama Kementerian Dalam Negeri.

"Bagaimanapun langkah ini hanya dapat diputuskan kerajaan selepas kajian keselamatan dilakukan terlebih dulu," katanya.

Sumber : BHarian

Nazri tahu tidak yang hari ini kebanjiran pelacur di Malaysia adalah daripada mereka yang berasal daripada negara China? Mereka telah masuk melalui visa pas pelawat ataupun visa pelajar.

Kalau boleh kita nak kurangkan kemasukan mereka, erti kata lain hanya yang benar-benar melancong (Mampu untuk bayar) visa bagi mengelakkan sebarang salahguna pas visa kemasukan ke Malaysia.

Kadang-kadang makin mengarut. Rakyat sentiasa melihat. 

K7L : Kenapa Kabinet Najib sama acuan dengan Kabinet Pak Lah?..

13/11/2014

Mana @n_izzah Ketika Mereka Berduka? #RakyatPerluTahu


Kena faham dan teliti betul-betul. Sikap sebenar yang terlindung di sebalik wajah-wajah MP Pakatan semakin hari semakin terserlah. Lihat sendiri bagaimana layanan mereka terhadap bekas penyokong tegar mereka.

Baca apa luahan hati anak kepada bekas penyokong PR yang telah kembali ke rahmatullah. 


K7L : Ini baru betul..bukan datang ikut suka je...

12/11/2014

Puting Beliung Petang Tadi Di Kedah - PAS Salahkan UMNO Punca Bencana?



Ribut puting beliung seakan menjadi kebiasaan di Kedah sejak kebelakangan ini. Setengah jam tadi berlaku sekali lagi ribut puting beliung di Sungai Nonang, Kuala Sala, Kedah. Beberapa rumah di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Pengkalan Kundor telah rosak akibat bencana alam ini. Pokok-pokok besar banyak yang tumbang. Semoga Allah melindungi mangsa-mangsa di sana. Diharap kejadian di Kedah ini tidak dipolitikkan memandangkan penduduk kampung ini adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.

 


Sumber : CTS

Apa Masalah JPJ Yang Rakyat Perlu Baca?



Artikel di bawah dipetik daripada FB Page JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap. Hujah-hujah di dalam posting ini agak menarik dan meyakinkan. Mungkin JPJ dan Kementerian Pengangkutan boleh mengambil perhatian dan membuat pembetulan di dalam pendekatan mereka dan memperbaiki persepsi terhadap mereka selepas ini.


Page JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap 
mempunyai 16,757 pengikut

Ramai rakyat negara ini yang tidak menyukai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kerana ia merupakan pihak PENGUATKUASA semata-mata, tetapi kerana peraturan-peraturan pelik dan tidak efektif yang diperkenalkan mereka. Peraturan-peraturan yang diperkenalkan ini bukan sahaja tidak membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dengan AMAT berkesan sebaliknya telah menyebabkan rakyat dihukum dengan berat.

JPJ melalui admin FBnya telah cuba menjelaskan tindakan mereka. Namun bagi ramai rakyat negara ini, JPJ sebenarnya gagal memahami isu utamanya.

Isu utamanya:-

1. Persepsi - Kementerian Pengangkutan dan JPJ telah dilihat sebagai terlalu berlebih-lebihan dalam memperkenalkan sesuatu yang kononnya dapat menurunkan jumlah kemalangan jalan raya. Sesuatu itu termasuk, perkakasan seperti tali pinggang belakang dan AES, perkhidmatan seperti PUSPAKOM, undang-undang seperti cermin gelap dan nombor plat, hukuman seperti hukuman yang berat ke atas rakyat, termasuk dalam kes menghalang rakyat membaharui lesen kenderaan, lesen memandu dan terbaru hukuman berat dan keterlaluan ke atas pesalah cermin, dan penguat kuasaan pertaruan-peraturan ini yang menyusahkan sehingga mengakibatkan gejala rasuah. Pokok pangkalnya rakyat melihat terdapat matlamat wang ringgit dalam memperkenalkan segala `sesuatu' ini dan rakyat menjadi mengsanya.

2. Hukuman pesalah cermin gelap yang berat. Alasan oleh kerana JPJ tidak boleh menguatkuasakan undang-undang ini ke atas kedai aksesori, maka, JPJPERLU MENGHUKUM RAKYAT adalah alasan yang tidak munasabah. Dalam hal ini, seharusnya, JPJ perlu bekerjasama dengan pihak yang boleh menguat kuasakan undang-undang ke atas kedai aksesori dan membuat undang-undang dan hukuman berkaitan. Menghukum rakyat adalah jalan pintas oleh JPJ dan mengenakan hukuman yang keterlaluan mengundang kemarahan rakyat seterusnya menggalakkan gejala rasuah sewaktu penguat kuasaan. Jika faktor yang menyebabkan kemalangan adalah kerosakan jalan raya, rakyat memerlukan pihak yang bertanggung jawab mengambil tindakan ke atas kontraktor atau pihak terbabit, bukan meminta JPJ menyaman rakyat yang melalui jalan tersebut dan berhadapan dengan risiko kemalangan.

3. Pengenalan hukuman ke atas kesalah cermin gelap sebagai tambahan kepada langkah-langkah sedia ada seperti tali pinggang keledar belakang, tali pinggang hadapan, AES dan sebagainya, memberi gambaran bahawa cadangan-cadangan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tidak begitu tepat. Mungkin JPJ perlu melihat semula statistik dan kajian-kajian yang ada dengan lebih teliti. Misalnya siapa golongan yang paling tinggi terlibat dengan kemalangan berdasarkan peratus ke atas jumlah semua kenderaan di atas jalan, asingkan statistik kemalangan dan kemalangan maut ke atas golongan penunggang motorsikal, kereta, pengangkutan awam seperti bas atau yang melibatkan kenderaan komersial seperti lori yang banyak menggilis penunggang motorsikal; seterusnya punca kemalangan, samada mengantuk, memandu laju, jalan raya yang rosak, ketiadaan lampu jalan, pemandu mabuk, kecuaian kenderaan lain misalnya lori dan bas dan sebagainya. Selepas analisis ini barulah dicadangkan kaedah dan tidak perlu semua kaedah ini disertai dengan undang-undang mewajibkan yang melibatkan perbelanjaan wang ringgit atau hukuman yang berat.

4. Alasan aduan nombor plat kurang jelas boleh dipakai jika nombor plat itu benar-benar tidak jelas. Masalahnya, kalau nombor plat itu jelas sekalipun, tetapi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ, pemilik kenderaan tetap dihukum. Kedua, tidak jelas itu relatif kepada tahap penglihatan seseorang. Jika pengadu rabun atau rabun malam, sudah tentu plat tersebut tidak kelihatan jelas.

5. Lampu HID dan strobe light - saya tidak tahu siapa yang mempunyai masalah akibat tergaggu begitu kerap dengan lampu seperti ini. Setakat ini, saya jarang berhadapan dengan masalah ini ketika memandu. Mungkin ada yang boleh memberi pencerahan. Jika warna lampu isyarat (signal) dan lampu brek kereta ditukar kepada warna lain, itu boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan. Kalau hendak semak yang itu, silakan.

6. Penguatkuasaan undang-undang cermin gelap memang agak lapuk. Banyak negara-negara jiran yang lebih bermasalah dengan keselamatan pun tidak menguat kuasakan peraturan ini. Alasan yang diberikan oleh JPJ tetap alasan penguatkuasaan dan kehendak untuk mengenakan hukuman terhadap rakyat. Alasan ini juga bukan alasan yang kukuh sebaliknya hanya untuk memudahkan tugas penguatkuasa menyaman rakyat. Kes Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar dirogol di dalam BAS bercermin gelap, bukan kereta. Silakan, jika hendak menguat kuasakan undang-undang ini ke atas kenderaan awam dan komersil yang becermin gelap. Rakyat cuma pelik, jenayah berlaku dalam BAS, tet5api hukumannya kepada pemandu KERETA.

7. Kementerian Pengangkutan dan JPJ selalu menggunakan alasan keselamatan jalan raya untuk memperkenalkan undang-undang, hukuman, gajet, perkakasan, perkhidmatan dan pelbagai perkara baru mengakibat peningkatan perbelanjaan wang ringgit. Malangnya, bila diminta statistik yang berkaitan, permintaan ini tidak pernah dipenuhi. Sebelum ini, ramai yang pernah meminta statistik kemalangan di kawasan-kawasan yang hendak diletakkan kamera AES. Sehingga sekarang, pihak Kementerian dan JPJ gagal memberikan statistik tersebut kepada pihak-pihak yang memintanya.

8. Dalam kes cermin gelap, yang patut dihukum adalah pemilik kedai aksesori (misalnya seperti larangan menjual rokok kepada kanak-kanak) dan pembekal atau pengimportnya. Jika ada kegunaan filem gelap di dalam bidang lain, misalnya pembinaan rumah, maka, undang-undang yang menguatkuasakannya perlu dibuat, termasuk log perbekalannya (seperti yang dikenakan ke atas klinik dan farmasi di atas larangan penjualan ubat batuk tertentu dan bahan-bahan yang mengandungi pseudoefedrin)

9. Sepatutnya Kementerian dan JPJ mencari jalan yang dapat mengurangkan beban rakyat, termasuk kos untuk mengambil lesen memandu dan mendidik rakyat di jalan raya. Bukannya mencari sebanyak mungkin jalan untuk menghukum dan membebankan rakyat. Sekiranya JPJ dan Kementerian Pengangkutan boleh memahami isu sebenar rakyat, maka admin FB JPJ tidak akan memberi jawapan seperti yang diberikannya.


Sumber : TF Dot Com

11/11/2014

Inilah MAZA Dan Qardhawi Pujaan Anwar - Hati-Hati Dengan Mereka!




Disusun Oleh: Abu Syafiq 

Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. 

Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram. APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM? 

Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. 

Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari) Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman. 

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam. 

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: "Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan. Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan denganperempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad) Dalil kedua, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i) Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih). 

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.” Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid). Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. 

BENARKAH DISANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN? 

Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. 

Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita. Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!. 

KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT? 

Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM. Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. 

Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?! Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i) Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka! Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri! 

Kamu marah orang baca qunut selalu waktu yang sama kamu sendiri mengkafirkan umat islam selalu! Kamu marah orang bertalqin tetapi kamu menyokong industri muzik haram dan bank riba! Di mana amanah?! di mana laungan sunnah?! Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta! NASIHAT Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram - Abu Syafiq

Hadi Diminta Lepas Jawatan Untuk Biarkan Mat Sabu Kuasai PAS?



Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri.

Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu.

Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan.

"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini.

Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.

Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR.

Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi.

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya.

Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar.

"Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR.

“Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar.

“Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian.

Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi.

"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu. – 10 November, 2014.

10/11/2014

Wanita UMNO Tidak Setuju Akta Hasutan Dimansuhkan! @NajibRazak



Hasil drp  majlis Pemahaman Akta Hasutan 1948 yg di anjur olih Biro Perundangan dan Advokasi Wanita Umno dan di hadiri lebih kurang 500 wakil wanita umno seluruh negara  satu  ketetapan di buat bahawa Wanita Umno akan hantar memo kpd PM menyatakan bahawa atas dasar keselamatan dan keamanan negara maka Wanita TIDAK setuju Akta Hasutan di mansuhkan  dan PM tangguh pindaan mahupun pemansuhan Akta Hasutan . Wanita akan mula dapat satu juta tanda tangan utk di kemukakan kpd kerajaan.

Nampaknya sayap-sayap UMNO nampak tegas dalam memastikan Akta Hasutan tidak dimansuhkan. Wanita UMNO menunjukkan ketegasan mereka. Semakin ramai yang tidak bersetuju termasuk rakyat biasa.

Akta Hasutan sememangnya ingin dihapuskan oleh puak penghasut yang kini rasa terkongkong untuk berbuat jahat. Maka anda pilih nak sokong benda baik atau benda buruk. 

K7L : Untuk generasi masa depan..

Stupid Alvin Sokong Lin Dan Berbanding Chong Wei? - Alvin Hina Bangsa Sendiri?



Dalam pada rakyat Malaysia sedang menyokong Lee Chong Wei, si bodoh ini tidak habis-habis menghina rakyat Malaysia. Malahan Chong Wei yang sebangsa dengan dirinya pun dihina. Ini budak sudah gila. Apapun mari kita baca apa kata Chong Wei pasal kes Doping tu.


Negara kita digegarkan dengan dakwaan jaguan badminton negara kita mengambil bahan larangan.



Ini jawapan beliau :

Jaguah badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.
Pemain nombor satu dunia itu, yang disahkan positif dalam sampel B ujian antidoping Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone', mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.

"Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan," katanya di laman sosial Facebooknya semalam.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei itu.

K7L : Macam ada yang tak kena dengan Doping tu..

06/11/2014

Phahrolrazi Dah Mula Jadi Balaci Serang Hadi?


 

Amboi. Bukan main lagi si Phahrol ni. Dulu membalun Arwah Tan Sri Azizan, bekas MB Kedah. Kini dia rasa dia dah cukup besar untuk jadi boneka lawan Presiden PAS. Mamat perasan ni apa sebenarnya yang dia nak?



Kini Hadi seolah-olah ditinggalkan keseorangan. Orang yang dahulunya disanjung oleh seluruh puak PAS, kini bagaimana dia dilayan? Perpecahan dalaman yang kian menular semakin hari semakin teruk.

Apakah orang bawahan PAS tidak tahu Hadi sedang 'dihukum' oleh DAP dan PKR melalui agen mereka didalam PAS sendiri? Hati-hati sebab PAS ini jika jatuh ke tangan yang salah, perjuangannya akan berubah. UMNO akan kekal kuat namun PAS akan jatuh andai orang PAS tak bantu Hadi.

K7L : Harini teman jadi orang PAS..hahaha...

@fahmizainol_ Buktikan Dirinya Seorang Bacul? - Dua Kali Tak Berani Berdepan Cabaran



Ingatkan Fahmi yang sibuk ke sana-sini perasan bagus bercakap pasal Anwar Ibrahim sangatlah berani. Tetapi rupanya penakut ya amat. Berpidato dia memang berani sebab orang dia ramai keliling. Siap dengar cerita ada 'funder' upahkan Bodyguard untuk Fahmi lagi kalau tak silap.

Tapi ada beberapa orang cabar dia. Apa dia jawab? Semua jawapan penuh alasan. Bukti dah ada beb! First cabaran datang dari UKM selepas dia ganggu UKM.


Selepas dia membisu kepada cabaran Paan, ada pula cabaran daripada UPSI.




Kebetulan pencabar kepada Fahmi adalah junior ketika Fahmi sekolah. Mengikut kata Nurfarahini, dia adalah orang kedua yang dihubungi. Bermakna Fahmi mula-mula setuju untuk hadir dalam talkshow, tetapi selepas tahu Nurfarahini juga hadir sebagai panelis, dia tarik diri.


Jadi dah dua kali cabar tapi tarik diri. Rasanya dia layak ke digelar hero pidato untuk bawa suara Mahasiswa? The real challenge bukan masa pidato tapi masa berdiskusi. Orang yang tak cerdik memang takut. Jadi jangan nak bangga sangat ye Fahmi?

K7L : Ayam.. bermacam ayam.. hahahah...

@Armand_PJU Punya Kes Lagi Teruk Dari @AnwarIbrahim?


Keris sangat  tertarik dengan isu peremajaan parti yang cuba di bawa oleh Saudara Arman Azha, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia..


Tujuan Keris kongsikan artikel ini bukan untuk menentang tetapi ingin mencari titik permulaan dalam transformasi meremajakan parti seperti yang dijanjikan oleh Presiden parti untuk survival UMNO dalam PRU 14..

Apa komen anda? Keris sokong apa yang dikata demi UMNO!

Assalamualaikum Dan Salam 1Perjuangan ,

Tertarik hati saya bila tiga Senator dilantik semalam dimana ketiga2 Senator berusia lebih 50tahun, sampai bila lah nak ada peluang utk berikan ruang dan peluang bagi pimpinan muda yg konsisten dalam gerak kerja sebagai Senator2 muda bagi mengangkat agenda yang dilaungkan transformasi politik.

Saya rasa tak salah jika berikan lantikan Senator pada selain pada veteran Parti :

1) Pimpinan Muda UMNO/BN

2) Wakil NGO muda/belia

3) Wakil Veteran Tentera

4) Wakil Veteran Polis

5) Wakil Golongan Pimpinan OKU

6) Wakil Pendidik Muda

PRU14 pengundi muda akan bertambah dan rata2 anak muda mahukan pimpinan gabungan antara baru dan lama bagi memantapkan dasar2 kerajaan.

Bila lar nak buka mata ttg kepentingan suara orang muda dlm pembuat dasar. Sampai bila lar nak peremajaan Parti.

Masih relevan ker laungan Peremajaan UMNO/BN ? Anak muda mahukan kolobrasi pimpinan muda dan lama dalam pembuat dasar parti mahupun kerajaan..

Tetapi jika kita nilai keadaan kini ianya masih tidak seimbang dlm kedudukan orang muda baik drpd segi peremajaan parti mahupun kerajaan.

Bukan sekadar itu, qouta bagi orang muda dalam GLC juga masih tidak dilaksanakan. Landskape politik dan ekonomi berubah mengikut zaman.

Cuba kita renungkan sejarah, kemerdekaan juga hasil perjuangan anak2 muda. Dahulu kita boleh lihat kepimpinan negara bermula pada usia muda kerana diberikan peluang dan ruang oleh generasi kepimpinan terdahulu.

Kenapa zaman itu mudah , kenapa kini susah..Harus ingat PRU14 peratusan pengundi muda meningkat, rata2 mahukan orang muda sebagai wakil suara mereka.

Kesian tgk bila seseorang yg tiada pendirian..Kita konsisten dlm perjuangan bagi kepentingan orang muda, terutama dlm isu peremajaan Parti...Kita sebagai pemimpin muda parti harus berpegang pada pendirian dlm perjuangan bukan mengikut buta sahaja..

Ada ker nak bandingkan kouta Senator ngan Parlimen Belia..Kesian bila tak paham ianya dua perkara berbeza..Ada ker keluar statement macamana kalau veteran minta kouta Parlimen Belia..Soalan yg dilihat emosi.

Cakap depan2 baru contoh pemimpin. Bukan cakap belakang tapi tak paham kenapa kita nyatakan "PENTINGNYA PEREMAJAAN PARTI" Ianya harus ada perlaksanaan bukan sekadar laungan retorik.

Saya konsisten dlm isu kepentingan orang muda bukan bermusim. Pada yang emosi nak marah silakan..Itu bezanya saya dan orang lain. BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT..

Saya secara konsisten perjuangkan suara orang muda dlm kearah negara maju selaku generasi pewaris negara .

"Berkata Benar Walaupun Pahit"

Renung2kan pimpinan negara .

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Msia

K7L : Peremajaan parti.. Pelaksanaan Atau Fantasi?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk