28/10/2014

Info Pasal Kes Perbicaraan Anwar 28-29 Oktober 2014? #KenaTahu


\

28hb dan 29hb Oktober ini adalah 2 hari yang sangat penting bagi menentukan nasib hidup politik Anwar Ibrahim.

Dan itu pun jika ianya tidak ditangguh lagi.

Tarikh-tarikh itu adalah bagi Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir veteran politik, Anwar Ibrahim tentang sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, 3 anggota panel Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dokumen lengkap kes liwat Anwar Ibrahim adalah 85 mukasurat. Kita boleh baca di sini : http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting di mana kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh banyak kali. Dan mereka masih lagi tabur fitnah kononnya sistem kehakiman tidak adil!




Dan di bawah adalah hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim :

  1. Setelah mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, kami kenakan hukuman lima tahun penjara. 
  2. Dengan menjatuhkan hukuman tersebut, kami telah mengambil kira keadaan dalam pelakuan kesalahan itu, betapa seriusnya kesalahan itu dan pertimbangkan mereka dibandingkan dengan kepentingan awam. 
  3. Kami juga telah mengambil kira hukuman maksimum penjara bagi kesalahan ini adalah 20 tahun dan responden juga dikenakan sebatan. 
  4. Namun memandangkan peruntukan s.289 dari kanun tatacara jenayah, responden telah terlepas dari hukuman sebat. Pada pandangan kami, hukuman penjara lima tahun akan menjadi matlamat keadilan dan proporsional dengan kesalahan yang dilakukan.

Anwar Ibrahim terlepas hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan. Sebaliknya, dihukum penjara 5 tahun.

Kiraan matematik mudah sudah dapat menjangka politik peribadi Anwar Ibrahim akan malap di dalam penjara, jika beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Persekutuan.

Dan tatkala itu, Anwar Ibrahim sudah berumur 72 tahun, satu usia yang sudah tua untuk terus berpolitik agresif seperti sekarang. Dan jika dipenjara, terputuslah politiking Anwar Ibrahim kecuali khabar-khabar daripada keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarah.

Maka timbul satu persoalan besar, apakah Anwar benar-benar sudah bersedia menyerah diri untuk dipenjara jika didapati bersalah?

Setelah berpuluh-puluh kali keluar masuk Mahkamah dan tertangguh lebih daripada 2 tahun, apakah Anwar akan akur menerima sahaja berada di dalam penjara?

Atau ada pelan lain?

Tambahan pula, rakyat sudah muak dengan politik Anwar dan Pakatan pembangkang

Sambung DI SINI

K7L : Orang kanan pun dah tak sokong dengarnya..

@AzminAli Sindir Anwar Pasal Masuk Penjara? - PKR Pecah Dua Nampaknya!


 

Keris tidaklah terkejut mana memandangkan kini Azmin mengambil peluang 'membunuh' karier politik Anwar sebagaimana Anwar cuba untuk lakukan perkara yang sama kepada Tun Mahathir suatu ketika dahulu.

Bezanya Anwar ketika ini rapuh dan tidak kuat, maka Azmin yang kini sedang menajdi raja dalam PKR akan mengambil tempat Anwar. Kesabarannya berbaloi berbanding kegelojohan politikus Anwar yang akahirnya membunuh kariernya sendiri.

Apapun perli kasar oleh Azmin terhadap Anwar memang stylo. Nampak sangat mereka sudah tidak sebulu dan Azmin sedang berlagak seperti king PKR. Mungkinkah PKR akann bergelodak semula?

K7L : Dengarnya Rafizi tengah nak lawan Azmin?..

27/10/2014

Video Ustaz - Klik Sebelum Link Terpadam


Untuk Tonton - KLIK

K7L : Apa nak jadi dengan orang Melayu ni?..

Sekolah Demokrasi DAP Ada Lambang Lanun? - Nak Rompak Siapa?



Keris hairan kenapa orang Melayu yang sokong PR tak faham propaganda tersirat DAP? Tahukah anda lambang lanun itu seolah-olah kumpulan perompak di lautan yang mana Malaysia adalah negara yang dikelilingi oleh laut.

Apakah ini simbolik DAP merompak kuasa di Malaysia dengan menggunakan orang Melayu itu sendiri? Sejarah Empat Ratus Tahun terbenam itu masih belum cukup mengajar umat melayu tentag bahayanya bangsa dan agama jika terus dibenam?

Mari kita baca artikel Cucu Tok Selampit :


DAP dalam usaha untuk mengkaderkan anak-anak Melayu seluruh negara dengan program Sekolah Demokrasi. Sayangnya segelintir anak Melayu amat mudah diperkotakkan untuk menjadi macai kepada parti chauvinism DAP. 

CTS tertanya-tanya apakah yang hendak diterapkan ke dalam minda anak-anak Melayu ini sekiranya lambang Sekolah Demokrasi menggunakan lambang kepala tengkorok (skull) yang sinonim dengan lambang lanun.

Apakah Sekolah ini ingin menjadi pemberontak atau perompak di lautan atau sekadar terpengaruh dengan watak Captain Jack Sparrow dalam filem Pirates of The Caribbean. Adalah diharapkan Kementrian Dalam Negeri tidak memandang ringan perkara ini.

K7L : Jangan sampai dah teruk baru Melayu nak sedar..

Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah Saya Berserah - Saiful Bukhari



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Apa Yang Pelik Cara Customer DiGi Ini?



Keris tak tahu pula cara ini mereka layan customer. Hmm.. Lihat dan nilai sendiri. Diharap selepas ini perkara sebegini tidak lagi berlaku.

K7L : Kalau kita buat..kena kecam teruk..

Hari Untuk Rakyat Malaysia Bersyukur Kerana Punca Kekacauan Akan Terima Balasan!



Keadilan kali ini bukan untuk Anwar seperti 1998. Tetapi hari ini Keadilan untuk Saiful yang telah dianiaya oleh Anwar. Bukti telah ada, setelah beberapa kali perbicaraan dan rayuan, sudah tiba masa kita melihat orang yang layak dipanggil penjenayah politik menerima hukuman.

Setelah sekian lama rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada keinginan dan kerakusan Anwar yang mengejar kuasa, kini akan reda kerana kifarah menjadi balasan kepada 'kehancuran' Malaysia sejak dia dikeluarkan dahulu.

Manusia macam ini patut jangan hidup dekat Malaysia. Dia patut hidup di negara lain. Malu untuk mengaku dia pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Syaitan yang bernafsu lebih teruk daripada binatang.

Apapun kita tunggu kemenangan rakyat Malaysia yang sebenar. Allah sebaik-baik hakim bagi manusia. Kini kita berserah segalanya kepada Allah.

K7L : Allahuakbar!

24/10/2014

Anwar Ibrahim Dedahkan Azmin Mula Biadap Pada Dirinya?



Umum di Malaysia tahu bahawa Azmin Ali jadi Menteri Besar bukanlah mendapat mandat secara terus daripada Anwar Ibrahim. Erti kata lain kini Anwar tiada pilihan selain menerima arahan daripada Sultan Selangor.

Kenapa Anwar marah sangat? Kerana dia tahu Azmin tidak lagi ingin menurut kata. Azmin yang dilihat 'solid' dalam PKR memang membimbangkan Anwar Ibrahim yang kini bagaikan pisau lipat yang tidak lagi mampu memotong daun pandan.

Manusia macam Anwar ini takut jika dibayangi oleh orang-orangnya yang kuat. Azmin yang bijak bersabar saban tahun, buatlah macam-macam dan apabila tiba waktu dia berada di puncak.

Kerana kedegilan Azmin yang melihat seolah tidak lagi menghormati Anwar, Anwar bertindak memburukkan Azmin dalam mana-mana majlis tertutup yang dihadirinya. Anwar baru-baru ini ada bagitahu sejak Azmin jadi MB dia ada buat sombong.

Anwar ada minta Azmin dedahkan Perjanjian Air namun Azmin berkeras tidak mahu kerana tidak mahu melanggar aturan yang ditetapkan OSA? Sampai hari ini Anwar ragui siapa yang mendapat kontrak tersebut. Ironinya, dia dah nak masuk penjara pun sibuk pasal duit? Nampak tak perangai Ketum macamana sebenarnya?

K7L : Azmin betul-betul kenakan Anwar?..

Safwan Anang Kena Sound - PAS Mula Buang Boneka Mahasiswa Tak Boleh Pakai?



Ni nak bagitau dengan budak-budak Mahasewel pimpinan Safwan Anang. Jangan cuba-cuba nak ajar mahasiswa lain untuk join group mahasewel anda semua. Sedar diri, dengar dah kena sound dengan PAS.

Orang PAS cakap kamu semua ni tak boleh pakai. Jadi kalau duduk sokong PR samalah macam sokong PAS. Fikir sendiri bang, nak jadi pandai atau jadi bengap. 

Yang orang PAS pulak tahu tak yang orang PKR dan DAP sebenarnya tak suka Hadi Awang? Mereka mintak keluar dari PR. Tak faham lagi ke? 

K7L : Kena sound terus melutut?..

Pemuda PAS Lebih Rela Bela Anwar Berbanding Bela Presiden PAS? #SalahParti


 

Nampaknya Ketua Pemuda PAS yang baru dan popularitinya macam baru setahun jagung ini, seolah-olah mempunyai masalah kecelaruan identiti. PAS dan PKR dua parti berbeza yang bersepakat hanya kerana mahu menjatuhkan UMNO dan kuasa.

Kenapa nak sertai AMK sokong Anwar sedangkan AMK adalah punca Presiden PAS dibicarakan kebetulan pada hari yang sama iaitu 28 Oktober? Tahaluf siyasi yang tak ikut otak mungkin?

Apakah Ketua yang tarafnya berdebat hanya layak dengan Pemeriksa Kira-Kira Pemuda UMNO Malaysia ini mahu diangkat dan dijadikan contoh oleh anak muda yang sokong PAS? Ke PAS dah tak ada calon sampaikan sokong 'calon AMK' dalam PAS?

Apapun kecelaruan ini menunjukkan bibit perpecahan dalam PAS. Presiden sendiri tidak disokong, tapi Ketua Umum parti lain pula menjadi keutamaan. Apa punya sengal tak tahu beza Hijau dengan Biru Cair?

K7L : Ke mamat ni memang makan 'upah demo'?

PAS Angkat Syiah - Mohon Rakyat Malaysia Tengok Dan Kaji Video Ini!



Inilah pemimpin PAS yang mengaburi mata ahli dia sendiri serta seluruh rakyat Malaysia. Orang yang kata Agama itu candu pada masyarakat ini telah dibuktikan yang dia ini ada fahaman yang tidak sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Siapa Hizbullah yang dia sebut itu?

Hizbullah atau Hezbollah bermaksud Penolong Allah. Kumpulan Islam mazhab Syiah ini merupakan sebuah parti politik di Lubnan. Hizbullah juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam yang berkesan di Lubnan. Hizbullah wujud berikutan penjajahan tentera Israel terhadap selatan Lubnan pada 1982 dan tahun 2000. Pemimpin utamanya kini ialah Sayyid Hassan Nasrallah.

Hizbullah terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini. Pada tahun 1982 , pilihan terbaik umat Islam di Lubnan bagi mengatasi penjajahan Israel 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam mazhab Syiah di Lubnan , Syria dan Jordandan Iraq sendiri. Setiap negara tersebut mempunyai kumpulan atau parti yang dinamakan Hizbullah.


Sumber : Wikipedia


Dan bukti yang jelas tentera Syiah iran dan tentera Syiah Hizbullah (Baca Hizbussyaitan) Lubnan terlibat membunuh dan menyembelih umat Islam sunni di wilayah Karm al-Zeitoun Homs dan di wilayah-wilayah yang lain di Syria. Sila baca di SINI.

K7L : Jadi bukti orang yang diangkat tu kejam, kita nak terus kena tipu?

#PAS Kini Dimaki Sebab Buat Keputusan Sokong Hadi Dari Anwar?


 

Mangkuk betul macai PKR ni. Dia marah bila orang PAS ingin berkumpul untuk sokong Hadi yang merupakan Presiden PAS. Amboihh. Ingta Anwar tu besar sangat ke dalam Pakatan?

Dia pun 'Lantikan' dalam PKR sebagai Ketua UMUM. Sebab itu jawatan itu tidak dipertandingkan, sebab kalau dia bertanding memang dia kalah dalam PKR. Tak percaya cuba tengok berapa ramai sahaja MP PKR yang menang Ketua Cabang dalam pemilihan mereka?

Apapun sekarang ini PKR memang bimbang jika 28hb ini, tiada orang PAS datang. Sebab selama ini pun mereka berdemonstrasi, mereka hanya berharap pada orang-orang PAS untuk dijadikan soldadu yang mereka perkudakan.

Ceramah pun tak ada orang datang, agak-agak mereka tak bimbang?

K7L : Mengarut betul..paksa orang lain sokong Ketum..

23/10/2014

@razlanrafii Vs @realDrMAZA - Bekas Mufti Malukan Umat Islam? #JanjiSelfiePelukAnjing


Sumber : TMI

Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

 

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini. 

Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada ‎entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: "Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.

Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.

"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.

Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.

"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.

Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.

"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.

"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.

"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.

Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.

"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan. – 22 Oktober, 2014. 

K7L : Jawablah Asri. jawablah...

Mesej Rakyat Kepada Anwar Ibrahim Yang Ceramah Dah Tak Laku!



(Dengan ingatan tulus ikhlas buat DSAI & rakyat Malaysia)

Rakyat Bukan Hakim Negara.

Allah hakim yg sebenar2nya.. hakim rakyat, hakim negara, hakim seluruh makhluk.

Dato seri, mintalah Allah sebagai hakim bukan rakyat. Rakyat tak memberi bekas sebab rakyat bukan hakim yg hakiki.

Tak perlulah kali ini menganjurkan rakyat berhimpun sana sini, demo sana sini..cukuplah bersendirian atas tikar sembahyang dikala kegelapan berseorangan dgn hakim yg Esa. Doa itu senjata org mukmin, terutama org yg teraniaya dan dizalimi..sgt mustajab !

Apakah perlu kita himpunkan seluruh manusia, andainya kita yakin diri kita dizalimi ? Cukuplah kita seorang diri menghadapinya, selagi kita bergantung kpd makhluk (manusia) selagi itulah DOA dan TAWAKAL kita terhijab..tak dimakbulkan oleh Allah.

Cuba dato seri lihat sirah Nabi Yusuf a.s dan Saiditina Aisyah r.a yg terkena fitnah itu, adakah mereka LAWAN HABIS-HABISAN ? Suara mereka hanya dihadapkan kpd Allah shj, tidak bersuara sana sini.. senyap dlm diam mengharapkan pertolongan Allah, berdoa dan bertawakal.

Begitulah mereka menghadapi fitnah..senyap diam berserah pd Allah semata-mata..bukan lawan habis-habisan dan jauh sekali lawan tetap lawan !

Beginilah yg kita mahu utk kes Liwat II, usahlah dilibatkan rakyat lagi. Hadapilah kes ini sebagai rakyat biasa bersendirian demi meraih pertolongan Ilahi.

Apa perlu kita gentar jika kita yakin kita dizalimi ? Yakini diri..doa org dizalimi mustajab. Selagi dato seri bergantung kpd makhluk dan slogan2 kosong yg merosakkan keimanan kita, selagi itulah masalah dato seri tak akan selesai. Kembalilah kpd Allah dgn sepenuh jiwa dan raga dengan menafikan campur tangan makhluk dlm kes kali ini, seperti yg ditunjukkan dlm sirah Nabi Yusuf a.s dan Saiditina Aisyah r.a.

Andainya dato seri dipenjara, redholah..itu kehendak Allah. Bersyukurlah kerana Allah sendiri ingin menjemput dato seri bersendirian dgnNya dipenjara..jauh dr manusia, jauh dr dunia..tapi diberikan kesempatan utk dekat denganNya. Tidak kah penjara itu akan menjadi nikmat yg bes
ar bagi org beriman yang punya matahati ? Jgn pedulikan rakyat..pedulikan diri sendiri. Tak mengapa.. kerana rakyat ada tuan yg menjaganya. Ya kita perlu HABIS-HABISAN dengan Allah dlm mentaatiNya dan redho dlm semua kehendak dan ketentuanNya.

Allah hakim sebenarnya bukan rakyat. 

K7L : Jangan lawan ketentuan takdir..

Video Ustaz Berahi Tersebar? - Siapa Yang Punya Angkara?




Subhanallah. Keris tak sangka dengan khabar angin video yang menyentuh nama penceramah terkenal. Mengapa hari ini pula tersebar? Semua ini hanyalah satu konspirasi yang ingin divert issue Anwar yang hari ini gagal mendapat sokongan?

Isu baru yang 'panas' ini, Keris yakin akan dipergunakan Anwar untuk menarik semula sokongan Orang PAS yang mula boikot ceramahnya. Al-Maklumlah PKR mana ada ahli ramai pun, cerita je gebang.

Tapi bab tabur fitnah dan tuduh orang lain memang kerja mereka. Apapun kita mohon siapa yang sebarkan video tersebut dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat. Apapun hati-hati sebab Anwar cuba selindung kes dia yang dia yakin dia kalah.

Pertuduhan isu UMNO yang sebar akan berlaku kerana mereka sudah tidak ada isu lagi untuk terus menipu rakyat Malaysia.

K7L : Keris tak tengok lagi tapi khabar angin memang cepat sampai..

Terduduk Anwar Bila Ceramah Hanya Depan 80 Orang? - Rakyat Betul Hakimkan Anwar!



Senyuman penuh kepalsuan daripada seorang manusia yang akhlaknya diragui. Hari demi hari rakyat Malaysia yang dahulunya ketika 1998 banyak menyokong Anwar kini satu dmei satu meninggalkannya.

Atas sebab Anwar Ibrahim telah banyak kali menipu rakyat. Hari ini bukan sama macam zaman dahulu. Untuk dia menang lawan Ghafar Baba macam-macma juga dia buat tapi kini kifarah terbalas.

Tiada lagi penyokong setia. Jika dulu biarpun ribut taufan, para ekstremis Anwar akan tetap teguh berdiri bersama. Ini apa cer ramai sangat?



K7L : Bersih! haha..

@IshamRais Kurang Yakin Dengan PAS - PAS Masih Hantar Ahli Untuk Berdemo Anjuran Isham?


  

Isham Rais semakin berani merendahkan darjat PAS dalam beberapa siri ucapan forum yang dia hadir sebagai panel. Apakah PAS tidak tahu Isham Rais adalah pendokong tegar Anwar Ibrahim?

Si bodoh ini juga sering dilihat menjadikan orang-orang PAS untuk berdemo. Tapi dia tak habis letakkan PAS di bawah kaki dia, tak rasa hina ke? Hudud yang menjadi perjuangan PAS terutama di Kelantan nampaknya terus diperlekehkan.

Janji kepada pengundi PAS, hudud akan dilaksanakan. Sekarang apa jadi bang?

K7L : Gay tua..mengarut..

21/10/2014

Kempen Raba Perempuan Berlapik - Apa Ada Hal Asalkan Tak Bersentuh Kulit?



Ini mula-mula yang dianjurkan di Selangor. Mencetuskan kemarahan ramai orang termasuk beberapa pemimpin PAS yang akhirnya dibisukan supaya tidak bising lagi. Apa kita kata? Orang kafir sahaja yang minum. Senyapppppp....

 

Selepas itu si bangang ni cuba buat satu lagi program Pegang Anjing yang kecoh semalam. PAS senyap sebab yang sebelum ni dah kena sound. PKR pulak sokong sebab nak bagitahu dunia mereka open minded. 

Tapi kali ini cerita pasal orang Islam. Maka adalah ramai yang berbalah pendapat. JAKIM pun ada bunyi sikit-sikit. Sekali keluar bukti MAIS luluskan. Apa jadi? Buat masa ni nampak Senyapppppp...


 

Tapi jangan lepas ini ada ada Program 'Sentuhan Kasih' secara berjemaah pun masih nak senyap. Ini isu akidah. Kita bimbang ramai yang terpesong dan terpengaruh. Sebab itu kita bising. Tapi jangan terus menerus cabar hukum Islam. 

Pemimpin pula kena kawal dan ambil tindakan yang sewajarnya. Jangan sampai kena laknat bila dah 'goal'. 

K7L : Pegang izzah berlapik tak apa kan?..

Syiah Dibawa Jumpa Presiden PAS - Mat Sabu Hasut Untuk Benarkan PAS Disyiahkan?


Nak bukti apa lagi yang nak bagitahu rakyat Malaysia terutama orang PAS pasal Mat Sabu. Dia pendokong Syiah dan sedang mensyiahkan PAS dalam pada orang PAS tidak sedar. Jika Arwah Ustaz Fadzil Noor hidup dia akan kawal pergerakan Mat Sabu sama macam dulu.

 

Umum tahu Iran penuh dengan orang Syiah. Kini Mat Sabu dah bawa jumpa orang Syiah kepada Presiden PAS. Entah apalah Presiden PAS ditipu lagi. Mungkinkah mereka sedang memujuk Hadi Awang untuk lepaskan jawatan kepada Mat Sabu?

Dan apa bukti yang kukuh untuk memastikan Mat Sabu pendokong syiah? Tungguuu...

K7L : Tunggu kejap lagi kita bagi tengok video..

Warkah Untuk Anwar - “BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”



Berikut ialah surat terbuka daripada Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee:

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Sama ada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?

Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalan raya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA.

Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.


Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang.

Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.
*Ekhsan Bukharee adalah Koordinator Pusat LENSA

K7L : Tersebar kat Whatsapp..

20/10/2014

Tahniah @n_izzah Sokong Sentuh Anjing - Azmin Kata Itu Isu Kecil?


 

Seharian kita kecoh pasal Program I Want To Touch A Dog. MAcam-macam orang kata. Ada yangs okong, ada yang jadi sarjana, ada yang tentang. Tak campur yang keliru dan yang jahil tapi berlagak pandai.

Biarkan mereka sekejap. Kita nak tahu apa pemimpin pembangkang cakap. Seperti yang dijangka kalau daripada Melayu-PAS, mereka ambil jalan mudah iaitu mendiamkan diri. Teringin juga nak tahu apa cakap Nik Abduh.

Tapi Melayu-PKR dah boleh agak liberalisme dan keterbukaan mereka yang tak kisah jika syariat dilanggar apatah agi maruah agama Islam diinjak-injak selagi mereka mampu memegang kuasa. 

Izzah kata :


Nampak tak dia sokong dan siap kempenkan lagi. Orang PAS nak kata apa? Itu pendapat peribadi?

Azmin kata :

 

Isu remeh ke kalau pasal hukum Islam dan tentang akidah? Tak bimbang anak dia keliru atau dia sendiri jahil? Jadi nak tutup kejahilan dia ambil remeh isu tu? 


K7L : Melayu sibuk pegang anjing..Cina sibuk nak pegang Tanah Melayu..

Bekas Mufti Perlis Akan Tunjuk Cara Peluk Anjing Yang Sebenar?


 

Sumber : The Rakyat Post

Haaa.. Dah mula dah dia. Asal ada isu baru dia mesti tidak selari dengan keadaan sepatutnya. Ni dia siap cakap 'sarjana' punyalah nak tunjuk dia tu belajar tinggi. Kadang-kadang belajar tinggi ni pun boleh jadi bodoh. Sebab apa? Sebab Allah itu maha mengetahui.

Ini mamat nak bajet dia tahu semua dan akhirnya kelirukan rakyat. Kawan Keris kata "MAZA kata pegang masa basah pun khilaf bro?" Jadi MAZA sendiri memang belai dan usap anjing?

Keris cabar MAZA untuk buat video pegang anjing. Tunjuk yang dia buat itu betul. Tapi please don't act moron. Keris tak tahu nak cakap apa lagi pasal MAZA ni. Dia ingat semua orang sama otak macam dia?

Jangan lupa bawak balik kampung dan buat penjelasan sama macam program tu. Tak mustahil lepas ini kalau ada program susulan, MAZA akan dijemput untuk beri penerangan dan join sekali. Orang populis apa dia kira?

Mungkin dia faham ikut apa yang dia belajar tapi bukan semua faham macamana dia faham. Bahaya weyh. Tolong baca pasal hukum pegang anjing kat SINI.

K7L : Tiba-tiba teringat kisah Syeikh Siti Jenar.. hmmm...

#IWantToTouchDog - Wajib Baca Kalau Nak Tahu Pasal Pegang Anjing!



Kempen pegang anjing nampaknya berjaya. Maka ramai juga orang Melayu yang datang dan tertipu dengan hujah-hujah yang menunjukkan pegang anjing itu boleh dan mereka selindung beberapa perkara untuk kelirukan umat Islam.



Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.

2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.

3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.

4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.

5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.

6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.

7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.

8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.

Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."




JAWAPAN

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).

Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.

Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.

Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.

Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.

Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.

Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda:Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.(riwayat Muslim no. 1571)"

Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.

2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.

4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).

5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.

Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.--

Sumber : Utusan

K7L : Jangan dijahilkan walaupun kita tahu benda itu salah..

Petikan "Terbenam Empat Ratus Tahun" Untuk Orang UMNO




Dipetik sebuah rencana oleh seorang tokoh pejuang, Ibrahim Yaacob yang dimuat di muka surat 7, BERJUANG.....

“Terbenam Empat Ratus Tahun”.

Angkatan Melayu Muda Wajiblah Bekerja Dengan Segala Tenaga Dan Daya Upaya

“Sungguhnya 10 haribulan 8 adalah menjadi tarikh yang amat menyedihkan kerana pada tarikh itu dalam tahun Masehi 1511 jatuhlah Mahkota Sultan Melaka dikalahkan oleh Portugis. Daripada hari itu Tanahair dan Bangsa kita porak peranda. Melaka yang menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera, Brunei dan pulau-pulau di Selatan Singapura serta di Laut China Selatan telah jatuh. Dari semenjak itu timbullah dua peperangan yang besar di tanah air kita ini, iaitu:

1.Perjuangan menentang kuasa-kuasa Eropah yang telah bertubi-tubi tibanya kemudian daripada kejatuhan Melaka dan tempat itu jadi tumpuan kuasa Barat, dan

2.Peperangan saudara antara pembesar-pembesar atau wakil-wakil Sultan Melaka yang masing-masing tidak mahu menyembah kepada keturunan Sultan Melaka dan hanya hendak beraja sendiri. Dengan keadaan yang demikian bangkitlah kerajaan-kerajaan kecil di tiap-tiap satu sungai yang besar dan tiap-tiap seorang raja ini keadaannya berperang pula sama sendiri.

Umat Melayu Raya menjadi huruhara, berpecah belah dan tidak bersusun baik oleh sebab terlalu banyak raja dan terlalu banyak kerajaan yang kecil-kecil. Empat ratus tahun lamanya umat kita menderita, menderita kacau, menderita kejatuhan dan menderita kehinaan.

PENJAJAH EROPAH


Dalam hal yang demikian kuasa Barat, khasnya Inggeris dan Belanda telah menggunakan peperangan saudara di kalangan umat Melayu untuk menguasai dan mempengarui negeri kita ini dan mendatangkan dasarya “pecah-pecah dan kemudian perintah”. Kuasa Inggeris di Malaya bukannya saja memecahkan negeri Melayu ini dalam beberapa kerjaan dan puak yang kecil-kecil, tetatpi juga Singapura yang telah diambilnya dengan tipu muslihat telah dijadikannya pelabuhan terbuka untuk menyempurnakan “dasar pintu terbuka” yang dijalankannya. Maka timbullah dua desakan yang besar lagi pada umat Melayu yang sedang berserak dan berpecah-belah itu, iaitu:

1.Desakan orang dagang

2.Desakan modal dan putar belit daripada luar negeri.

TIMBUL ATAU TENGGELAM
Akan tetapi, apa yang telah terjadi itu ialah menjadi pelajaran yang amat baik kepada umat ialah satu soal yang wajib dkaji sekarang. Kiranya kita yang telah terbenam selama 400 tahun itu timbul semula?”. Soal ini menjadi suatu pertanyaan yang satu-satunya wajib dihalusi, wajib difikirkan dengan cermat oleh tiap-tiap seseorang daripada kita, terutamanya gulungan orang-orang yang berpengatahuan tiap-tiap segi, tiap-tiap penjuru dan sudut pertanyaan ini, sehinggalah dapatlah kita suatu pengertian atau susunan yang akan menentukan nasib bangsa kita sama ada timbul atau terbenam selama-lamanya.

Akan tetapi mustahil umat kita boleh timbul lamun jikalau kita sendiri tidak kuasa timbul, kita sendiri tidak mahu menyumbat membetulkan yang pesok dan yang pecah berlubang di antara pergaulan dan kumpulan umat kita, kita sendiri tidak sudi mendengar petunjuk Allah yang telah menunjukkan jalan-jalan yang suci kepada kaum kita untuk bekerjasama dengan sebulat-bulatnya bagi menimbulkan semula kaum kita yang telah rusak binasa. Sebab itu segala-galanya tergantung kepada kita sendiri.

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Adapun harapan yang digantungkan bagi pekerjaan umat ini ialah terutamanya pada orang-orang muda, tetapi orang-orang tua wajib jugalah memberi sokongan dan segala tenaganya sama serta menunjukkan jalan yang sempurna dan sayugianya tidaklah hendak memecah-mecahkan keadaan kita.

Tiap-tiap orang kita mesti mempunyai persatuan batin atau persatuan hati menuju kepada satu tujuan iaitu mengumpulkan tenaga dan dayaupayanya bangsa kita untuk kemenangan kita.

Daya upaya dan tenaga yang kuat tidak akan diperolehi melainkan dengan ikatan yang satu, sekurang-kurangnya di antara umat kita yang hampir tiga milion di Malaya, bahkan akan bertambah kuat lagi manakala umat Melayu yang hampir 80 milion di Tenggara Asia ini boleh menyatukan segala tenaga dan daya upayanya

PEMIMPIN BEKERJA DIKEHENDAKI

Adapun kaedah mendapat suatu ikatan yang teguh bagi kaum kita tidak akan diperolehi lamun jikalau umat kita masih terlalu banyak cadangan dan terlalu banyak fikiran, walhal tidak ada yang dikerjakan satu pun daripadanya; hanya yang banyak ketua-ketua cadangan dan pemimpin-pemimpin fikiran, sedangkan yang dikehendak sangat-sangat sekarang- sekarang juga – ialah pemimpin-pemimpin bekerja supaya dapat kita tumpukan segala pekerjaan-pekerjaan kita untuk meneguhkan usaha-usaha yang telah dan sedang kita buat, kerana nasib diri kita seseorang semata-mata bergantung kepada nasib bangsa kita sendiri”.


K7L : Sama-sama kita muhasabah diri..

Ajaran Sesat Millah Abraham Sedang Merebak Di Kawasan Felda?


Ini merupakan maklumat daripada blog My Massa. Bahaya. Ancaman ini perlu dielakkan dari terus merosakkan anak-anak muda kita. Mari kita baca perkongsian dari MyMassa.


Ntah apa bala yang menimpa umat Islam di Malaysia sekarang ini? Satu puak suka mengapirkan umat Islam yang lain kerana perbezaan idealogi politik... Satu puak lagi dok terpengaruh dengan dakyah songsang nak mati syahid di Syria...


Satu puak lagi terlalu liberal mengagungkan idealogi sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sosialisme (SEPILIS). Sebahagian puak lagi dah jadi pentaksub Syiah, Ayah Pin, Rasul Melayu dan Ahmadiyah...


Kini timbul plak puak mengaku sebagai pengikut ajaran Millah Abraham. Ramai plak tu menganut ajaran sesat ni di Pahang spesifiknya di Felda-Felda.



MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

“Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Sebahagian ibu bapa kepada para pengikut ajaran Millah Abraham yang juga warga Felda di beberapa daerah Rompin sedang diberi taklimat kesedaran dan pemulihan oleh JAIP.

Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.

Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.

Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.

“Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.

“Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.

Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.

“Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis,” katanya.

Sinar Harian



Ajaran sesat kini menjadi sebahagian dari ancaman keselamatan yang utama di Malaysia. Ia mendapat kekuatan akibat sokongan seseorang yang kemaruk berpolitik. Adakah pihak berkuasa kita mahu berdiam diri lagi???Mahu ikut telunjuk puak-puak tertentu yang ingin hapuskan Akta Hasutan, SOSMA dan undang-undang jenayah?

Apa yang kita perlu tahu?

Fakta ajaran sesat Millah Abraham;

Menyatakan agama Islam yang ada sekarang tidak lagi asli kerana Islam sebenarnya telah terhapus akibat serangan Monghul terhadap kerajaan Abbasiyah pada abad ke 10 dan 11.

Menolak fakta Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Quran bukan kitab yang betul dan tidak lengkap.

Kerana Islam sekarang tak lengkap maka ajaran Millah Abraham akan melengkapkan ajaran Islam tersebut.

Ajaran ini berasal dari golongan Anti Hadis dan Ingkar Sunnah berpusat di Indonesia.
Ia menjadi lebih berpengaruh apabila ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) mengasaskan Gerakan Pemuda Khafi (GPK) menyokong pendanaan dan perekrutan ahli-ahli.

Ajaran Millah Abraham ini juga mempunyai kaitan langsung dengan ajaran sesat Al Qiyadah Al Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang difatwakan sesat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Kini ajarannya dikembangkan melalui Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR)
Mencampur adukkan kefahaman Yahudi dan Kristian yang dianggap sebagai Abraham Faith atau Millah Abraham 

Menolak kewajipan solat dan menyeru para ahli meninggalkan solat atau hanya dengan niat ritual sahaja.

Pemimpin dan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh meskipun mereka terdiri dari golongan profesional dan terpelajar.

Menafsir ayat Quran menurut fahaman akal fikiran mereka sendiri.

Difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Mufti Selangor dan Pahang pada tahun 2009 dan Mufti Wilayah Persekutuan pada 2011. 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menahan 15 orang pengikut ajaran ini pada Disember 2013 lalu dan diberikan pemulihan akidah. 


Serbuan JAIS terhadap pengikut ajaran Millah Abraham pada Disember 2013 lalu.

Dari maklumat sahih yang diterima, pihak JAIP telah memanggil para ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi pengikut ajaran sesat ini.

Mereka telah diberi nasihat agar membetulkan akidah mereka dan anak-anak mereka serta kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

JAIP akan memantau ajaran ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada.

Dari penyiasatan dan penelitian kami didapati para ibu bapa ini kebanyakannya adalah para peneroka dan keluarga Felda.

Bila disiasat-siasat lagi latar belakang mereka ada di kalangan mereka adalah ahli-ahli PAS yang pernah membawa kes saman peneroka terhadap Felda berhubung isu kadar gred perahan kelapa sawit.

Kes tersebut masih tertangguh tunggu perbicaraan sementara lawyer-lawyer PKR; R.Sivarasa, N.Surendran dan Latipah Koya sibuk mengira-ngira keuntungan yang bakal mereka rembat dari para peneroka.


Ada dia antara mereka juga menjadi penyokong ajaran sesat Millah Abraham ini secara senyap-senyap.

Bertambah menarik lagi, ada di kalangan mereka juga pernah membuat laporan polis di beberapa balai polis di daerah Rompin berhubung isu pihak Felda tak bayar duit raya dan dividen FGV berjumlah hampir RM1000.00 baru-baru ini.

Sekali lagi lawyer-lawyer PKR diambil mengendalikan kes mereka tagih duit raya dan dividen FGV itu.

Kami tak tuduh tetapi siapa yang rapat dan tahu latar belakang para peneroka ini memang tak menafikan mereka ini turut terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tak pun melalui anak-anak mereka.

Kesian, di kala mereka kutuk kerajaan, Felda dan UMNO secara habis-habisan, rupa-rupanya Allah telah menurunkan musibah dengan rosaknya akhlak dan akidah anak-anak mereka kepada ajaran Millah Abraham ini.

Harap pihak berkuasa bertegas tak bagi peluang puak-puak sesat ini bermaharajalela...masih ingat kes pengikut Tuhan Harun menembak mati pegawai JAIP tak berapa lama dulu?


K7L : bahaya brooooo...

19/10/2014

Pidato Umum Ketum Di UM? - VC UM Membisu Atau Bertindak?


 

Berpidato dengan tajuk Anwar Ibrahim yang berkait rapat dengan kes mahkamah Anwar, apakah ini dibolehkan di Universiti Malaya? Cerita pasal orang yang moralnya sudah tiada serta didapati bersalah atas beberapa tuduhan, mungkinkah mereka dapat kebenaran?

Kita nak tahu juga kemungkinan pihak pengurusan UM memang benar tidak mahu ambil tindakan? Kalau selepas 27 Oktober 2014, masih tiada apa-apa tindakan maka kita tahu mereka tidak ada 'telur'.

Keris tak boleh terima kalau seorang bakal penjenayah dijadikan bahan pidato yang kita tahu akan 'melambung' mereka. Bimbang mahasiswa lain 'disesatkan' dengan ideologi Anwarinnas.

K7L : Jangan jadi pondey...

17/10/2014

Ancaman ISIS Rendah Tapi Kita Pantau! @HishammuddinH2O #IsisHaram




KUALA LUMPUR: Perbuatan segelintir kecil rakyat Malaysia yang dilaporkan bersama-sama mengikuti pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) adalah tidak wajar dan haram untuk diteruskan.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibatan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara berkenaan.

"Mereka (pengikut ISIS) tidak dikategorikan sebagai mati syahid kerana pertubuhan ini menentang orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri. Ia merupakan satu pemberontakan dalam negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

"Rakyat Malaysia yang pergi ke sana dengan niat untuk berjihad juga akan jadi sia-sia sahaja kerana tujuan ISIS ini bercanggah dengan tujuan Islam, jadi ia haram di sisi syarak," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata umat Islam di negara ini perlu memahami terlebih dahulu apa itu maksud jihad.

"Adakah jihad dengan berperang sesama sendiri itu berlaku secara begitu sahaja, secara bersungguh-sungguh, atau serius? Memang kita disuruh melakukan jihad namun apa yang menjadi persoalannya kini apakah penyertaan kita pada sesuatu pertubuhan itu tepat atau tidak.

Menurut Muhammad, keputusan untuk berjihad itu perlu dipastikan sama ada ia berlandaskan syarak atau tidak kerana jika berjihad tanpa mengikut syarak dari segi Islam mereka tidak seharusnya turut serta.

"Kita sesama umat Islam sendiri tak boleh berperang, kalau kedua-duanya bergaduh ia memang diharamkan tetapi jika jihad itu bertepatan dengan kadar syarak jadi niat untuk menyertainya adalah betul," katanya.

"Saya menasihatkan mereka yang ingin menyertai sesuatu pertubuhan itu perlu memantau, membuat penelitian, dan berhati-hati supaya tidak terjebak dengan pertubuhan yang tidak bertepatan dengan syarak.

Sementara itu, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata tidak ada keperluan untuk rakyat Malaysia turut serta berjuang dalam pertubuhan itu memandangkan ia dilihat bersifat geopolitik.

"ISIS tidak berpegang kepada ajaran Islam yang betul, mereka mungkin lebih melihat perjuangan membentuk satu kerajaan atas nama yang disebut kerajaan Islam di Iraq, dan Syria mungkin lebih kepada agenda politik berbanding agenda agama," katanya.

Jelas Ahmad Marthada, perjuangan pertubuhan itu tidak mendapat sokongan masyarakat Islam hampir di seluruh dunia terutamanya masyarakat Islam di Timur Tengah malah kurang mendapat bantuan dari sudut kewangan.

Beliau mencadangkan agar kerajaan memberi penerangan untuk menyedarkan rakyat mengenai apa itu ISIS dari segi perjuangan, matlamat dan hala tuju pendekatan pertubuhan yang bertentangan dengan Islam supaya mengurangkan penglibatan masyarakat secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu, kerajaan perlu membanteras gerakan yang cuba merekrut rakyat Malaysia untuk menjadi pengganas memandangkan ISIS mula melebarkan aktiviti merekrut ke peringkat akar umbi.

"Tindakan keras mesti diambil kepada mereka yang cuba merekrut, ini kerana kita mempunyai peruntukan (undang-undang) pada hari ini yang boleh dilaksana kerana ia bersifat mengancam," katanya lagi.

Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan bahawa perjuangan jihad di sesebuah negara atau wilayah adalah berbeza-beza.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar Malaysia mempunyai satu perundangan Islam (fikah tempatan) kerana katanya fatwa yang diberikan ulama dunia adalah betul bagi sesebuah negara dan tidak betul pula bagi konteks sesetengah negara yang lain.

Beliau berkata ia terutamanya menyentuh fatwa yang dikeluarkan oleh ulama dari Timur Tengah yang mungkin sesuai dilaksanakan sesetengah negara tetapi tidak sesuai di negara ini kerana Malaysia mempunyai pendekatan berbeza dalam menyelesaikan masalah.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah keluarga empat beranak yang terdiri daripada ibu bapa, anak perempuan berusia 18 tahun dan anak lelaki berusia 14 tahun merupakan keluarga Malaysia pertama dipercayai menyertai ISIS bersama 30 rakyat Malaysia yang lain.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri berkata dalam sidang medianya bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott bahawa Malaysia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memerangi pertubuhan militan dan pengaruhnya kerana ISIS tidak mewakili Islam, tidak sepadan dan tidak membawa keadilan kepada Islam. - BERNAMA

PPS Haram Buatkan @cmlimguaneng Mengamuk Lagi?



KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana penubuhannya tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPS juga tidak termasuk dalam akta yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebagaimana Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terletak di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di bawah Akta Kesukarelawan 2012.

Dalam konteks itu, kata beliau, maka PPS bukan sebuah pertubuhan keselamatan memandangkan kuasa pertahanan keselamatan adalah hak Kerajaan Persekutuan.

"Kuasa Kerajaan Persekutuan adalah dalam soal keselamatan dan pertahanan, itu bukan kuasa kerajaan negeri tetapi PPS mahu bertindak sebagai sebuah badan atau pasukan keselamatan, saya ada bukti.

"Polis mengambil tindakan ke atas PPS kerana ada beberapa laporan polis dibuat contohnya rekod kesalahan lampau daripada 158 anggota yang ditahan, ada 11 laporan polis antaranya dipukul oleh anggota PPS, adakah PPS dibenarkan untuk memukul orang, menampar orang, menyembur dengan semburan pemedih mata, dan saya lihat banyak lagi laporan dibuat, itulah sebabnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) isytihar bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar ertinya PPS adalah pertubuhan haram," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini.

Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang ingin tahu mengapa PPS diiktiraf sebagai pertubuhan haram.

Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sehari selepas itu, polis menahan Ahli DUN Seri Delima RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik.

Ahmad Zahid berkata, terdapat 296 kumpulan PPS di seluruh Pulau Pinang yang beroperasi di bawah 40 kawasan.

Jelas beliau, selepas lima tahun penubuhannya, keanggotaannya berjumlah 9,002 orang terdiri daripada 2,970 Melayu, 5,123 (Cina) dan 473 India dengan memperoleh sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 setiap tahun di setiap kawasan DUN.

Menjawab soalan tambahan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) berhubung kewajaran penubuhan PPS biarpun kadar jenayah mencatatkan penurunan di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, situasi baik itu bukan disebabkan kewujudan PPS tetapi kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan orang ramai.

Kata beliau, biarpun kerajaan menggalakkan usaha pelbagai pihak membantu menangani jenayah, tetapi segala peraturan dan undang-undang mesti dipatuhi dan bukannya mengikut apa yang dirasakan logik.

"Biarpun aktiviti PPS nampak baik dan digalakkan, namun dari 9,002 nama anggota yang sedang ditapispihak polis, kita akan lihat berapa ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan kes jenayah termasuk dalam beberapa laporan yang diperoleh yang kita nyatakan termasuk menumbuk, menendang dan menampar orang.

"Ini bukan tugas pasukan yang kononnnya mahu membantu polis, sebenarnya mereka mahu mengambil alih kuasa polis dan pihak keselamatan, maka dalam soal inilah Kerajaan Persekutuan bertegas," katanya.

Menjawab soalan Mohamad Imran Abd. Hamid (PKR-Lumut) berhubung soal keselamatan negeri di bawah Ketua Menteri atau Menteri Besar, Ahmad Zahid berkata, bidang tersebut adalah terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negeri, Panglima Divisyen atau Panglima Briged dan bukannya hak seorang ketua negeri.

"Jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai Kerajaan Persekutuan, maka ia di luar undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Wei Aik berhubung bilangan anggota Rela di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, anggota jabatan itu adalah berjumlah 229,766 orang setakat September lalu manakala pasukan SRS pula ialah sebanyak 227 pasukan dengan keanggotaan 9,080.

Sumber : Utusan

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk