16/06/2014

Pelajar Duduk Apartment Lebih Cenderung Diganggu Warga Asing Berbanding Kondominium!




Keris sengaja memetik artikel lama daripada Utusan Malaysia :


MELAKA 23 Nov 2010 - Seramai 588 pelajar perempuan di Kolej Kediaman Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini mendakwa hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu pekerja warga asing yang semakin ramai mendiami kawasan pangsapuri itu.

Rata-rata pelajar tahun pertama dan kedua universiti itu mendakwa mereka sering diganggu oleh sekumpulan antara 10 hingga 15 warga asing dipercayai dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia khususnya pada waktu petang. Menurut mereka, kebiasaannya kumpulan warga asing itu akan berkumpul di sebuah jambatan tidak jauh dari pangsapuri itu bermula dari pukul 5 petang sehingga 7 malam.



Mereka mendakwa sering diganggu dengan siulan dan kata-kata manja untuk menarik perhatian pelajar perempuan yang melalui jambatan tersebut. Salah seorang pelajar, Nadrah Mohamad Bakri, 24, berkata, tindakan warga asing itu membuatkan dia merasa tidak selesa selain bimbang keselamatan diri sekiranya berlaku sesuatu yang lebih buruk.

"Setiap kali saya dan rakan-rakan melintasi jambatan itu, mereka akan melihat dengan pandangan yang lain. ''Kami tidak ada laluan lain untuk pergi ke kedai berdekatan kerana perlu melalui jambatan itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.



Hari ini ramai pelajar termasuk pengurusan menjadikan Apartment atau Pangsapuri sebagai hostel/tempat tinggal pelajar. Murah dan pengurusan tidak ambil kisah terhadap keselamatan rumah.

Apa yang berlaku? Ramai pelajar terutamanya perempuan menjadi mangsa serangan seksual oleh warga asing selain daripada mereka yang tinggal di situ berisiko tinggi disamun oleh warga asing.

Terlalu banyak cerita tentang warga asing terutama Awang Hitam dan Bangla. Dua kaum ini paling bahaya antara kaum lain sebab pandai pujuk rayu dan gelapkan mata dengan duit. Saranan dari seorang pelajar, mohon mana-mana pengurusan memilih kawasan hostel buakn di pangsapuri yang penuh dengan warga asing.

"Kami sanggup bayar lebih asalkan keselamatan kami terjamin'. Jadi pilih kondominium lebih baik daripada apartment. Kenapa? Sebab Kondominium ada pass sendiri dan management ambil berat perihal keselamatan.

Jadi harap masalah diganggu bangla atau negro tidak lagi menjadi masalah kepada pelajar kita.

K7L : Selamat atau murah? Mana satu anda pilih..

1 comment:

  1. Sangat hairan kenapa Negara kita ini jadi tempat longgokan warga asing yang bertaraf rendah. Kedatangan warga asing bukan membantu Negara kita tapi lebih menjadi risiko keselamatan dan juga kesihatan. Di Singapura warga asing di tempatkan di kompleks tertutup demi menjaga keselamatan mereka sendiri dan juga warga tempatan mereka. Di sini pihak berkuasa serupa makan gaji buta ajer. Di pahat, jalan. Kalau tidak di pahat, buta mata dan tuli telinga. Ini lah metaliti pihak berkuasa kita - mentali 3rd class.

    ReplyDelete