17/06/2014

Jawi Salah Eja - FAS Tak Peka Atau @Khalid_Ibrahim Buta?



Dilaporkan Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS dibina dengan kos RM20 juta ringgit.

Melalui maklumat disalurkan oleh pembaca blog ini, kompleks terbabit masih belum diserahkan lagi kepada FAS.

Jika diteliti gambar di atas, tulisan Jawi disusun terbalik itu telah ditampal. Gambar asal, di bawah. Semua orang Islam tahu, tulisan Jawi dibaca dari kanan ke kiri. Sifat ketidakprihatinan tentunya mengundang kontroversi. Tidakkah ada seorang pun individu beragama Islam terbabit memantau pembinaan papan tanda itu?

Kes ini rasanya tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia.

"Apa yang berlaku pada papan tanda ini bukan sahaja salah dari segi ejaannya tetapi juga sususan ayatnya dan ini jelas menunjukkan orang yang membuat papan tanda itu tidak tahu langsung tentang tulisan Jawi," ujar pensyarah Fakulti Tamadun Islan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, Dr. Kamaruzaman Yusof.

Saya pula melihat, betapa tulisan Jawi terlalu mudah diperlekehkan.

Klik di sini.


Ada baiknya pihak kontraktor atau FAS berkongsi gambar papan tanda telah diperbetulkan. Nampak sangat pihak berkuasa tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum projek dilaksanakan.

Sumber : Mazidul

No comments:

Post a Comment