16/06/2014

Ikon Kroni Atau Ikon Patriotik? #AkuIP @razaliibrahim



Program Aku IKON Patriotik dianjurkan oleh BTN dengan kerjasama Media Prima. Objektifnya program IP (Ikon Politik) ini bertujuan untuk mencari ikon dari setiap negeri untuk diketengahkan sebagai Ikon Patriotik negara.

Namun ada perkara buruk berlaku, ianya amat dikesalkan oleh kami kerana berlaku kronisme didalam saringan akhir.

Kronisme yg di maksud itu ialah, ada kroni BTN turut mengambil bahagian malah turut terpilih dalam saringan akhir. Tidakkah ini melibatkan conflict of interest? Bolehkah penganjur memberi jaminan tidak akan berlaku keputsan berat sebelah?




Itu belum lagi disebut peserta-peseta yang menggunakan pengaruh pengarah BTN negeri masing-masing, adakah peserta dipilih berdasarkan hubungan baik dengan BTN bukannya berdasarkan pengetahuan tentang dalam negara dan patriotik? Cuba kita soal kebanyakkan peserta dalam saringan akhir ini, tahukah mereka siapa itu Raja Chulan, siapa orang mencipta bendera malaysia, siapa pengasas petronas, apa itu perlembagaan persekutuan?

Persoalan yang bermain di kepala saya..adakah mereka menyertai Ikon Patriotik ini tertarik dengan pengisiannya atau dengan habuannya?

Relevankah mereka yang telah berumur 30 tahun keatas menyertai IP? Seharusnya peluang patut diberikan kepada golongan yang lebih muda. bukan pada mereka yang berpangkat pegawai HEPA dan sebagainya.

Kita perlu create ikon muda, bukan ikon tua.. Lihat pembangkang..ada ka ikon yang tua? Bengap!!

Sumber : Kedah Ke KL

Keris setuju dengan pandangan Kedah Ke KL. Dengarnya mereka yang pernah jadi Fasilitator BTN pun ada masuk saringan akhir. Pada Keris simple sahaja. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin atau beruk.

Satu lagi Keris ingatkan Ikon Patriotik ini untuk 25 tahun kw bawah, sekali sampai umur 40. Ikon tua? Jangan camtu banggggg....

K7L : Baik buat AkuKroni hahaha..

1 comment:

  1. Dengki la tuuuu...yang menang tu tak macam umur 40 an pown.. segak.. tampan memang mcm pahlawan Melayu, langkah silatnya memukau...

    ReplyDelete