02/05/2014

Rakyat Selangor Pasal Air Sungai Dan Air Lombong - Wajib Baca!



Sejak dua bulan yang lalu penduduk di Lembah Kelang mengalami catuan bekalan air kerana ketiadaan hujan yang mencukupi bagi memenuhi kolam-kolam tadahan dan sungai-sungai di Selangor.

Menyusuri fakta-fakta, sejak beberapa tahun yang lalu, para pakar hydraulogi telah membuat perkiraan bahawa di Lembah Kelang akan kekurangan bekalan air terawat bagi memenuhi keperluan domestik dan industri pada tahun 2014. Ramalan ini memang tepat !

Ia sebenarnya bukanlah satu “ramalan” tetapi adalah berdasarkan beberapa indeks kepenggunaan air yang dikatakan meningkat 8% setiap tahun. Namun sumber air dari sungai-sungai di Selangor tidak dapat menampung keperluan yang sedemikian.

Dalam teori ilmu hydraulogi pula, dalam setiap beberapa tahun akan berlaku satu putaran di mana berlaku kejadian di atmosfera yang akan menyebabkan berlakunya kejadian kekurangan hujan.

Maka sebab itulah dalam ilmu hydraulogi terdapat pengiraan taburan hujan bagi 50 tahun atau 100 tahun bagi sesuau tempat. Ia bertujuan untuk mentafsirkan bilakah akan terjadi sesuatu kemarau panjang atau terjadinya banjir besar. Ianya juga digunakan bagi mengukur jumlah air sungai bagi membina sesuatu empangan untuk tujuan penjanaan letrik, pengairan ataupun bekalan air mentah.

Memandangkan kepesatan pembangunan di Lembah Kelang yang pesat dan lembangan sungai menjadi semakin cetek serta sering berlaku pencemahan. Kadar resapan air ke dalam tanah juga menjadi semakin berkurangan lantaran setiap inci tanah tanah kini dipenuhi oleh jalanraya dan konrit bangunan serta tarahan bukit-bukit, maka sudah tentulah mata air yang menjadi sumber anak-anak sungai semakin mengecil.

Sebab itulah pakar-pakar hydraulogi dan kejuruteraan mengesyorkan negeri Selangor agar mendapatkan bekalan air mentah dari Pahang yang disalurkan melalui terowong merentasi Banjaran Titiwangwa. Inilah yang dilakukan dalam Projek Langat 2.

Namun kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta para exconya tidak langsung memikirkan masalah ini dari sudut keilmuan. Mereka hanya beretorik dengan bermain politik atas alasan kenaikan tariff air apabila Projek Langat 2 dimulakan.

Tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa perlunya kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan Projek Langat 2. Namun ianya telah terlambat (behind schedule) selama 3 tahun. Jika ianya dipersetujui dari awal tentunya kita tidak lagi menghadapi krisis air yang agak meruncing sekarang.

Dalam beberapa hari ini, MB telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor melalui pelan kontigensi telah mengepam air lombong untuk disalurkan ke sungai-sungai yang membekalkan air ke loji rawatan.

Walaupun dari segi kualiti air, ia mungkin dibolehkan kerana telah berlaku percampuran antara air lombong dan air sungai, maka kepekatan sumber-sumber logam berat dari air lombong telah dapat dikurangkan.

Namun demikian, persoalannya yang saya ingin tunjulkan bukanlah dari dari kesihatan tetapi adalah dari sudut ilmu hydraulogi dan kejuruteraan. Apakah ianya satu kerja BODOH dengan mengepam air dari lombong-lombong untuk menaikkan paras air sungai bagi memudahkan pengepamkan semula ke loji-loji rawatan air.

Bagi memudahkan kita memahami penstrukturan bagaimana kerja-kerja pengepaman ini dilakukan. Saya sertakan gambarajah yang telah diringkaskan seperti berikut.


Ini adalah lakaran ringkas bagaimana air dipam daripada lombong untuk disalurkan ke sungai-sungai yang terdapat loji rawatan air. Jika kedudukan lombong berdekatan dengan suangai-sungai, maka ianya akan disalurkan terus ke sungai melalui paip. Jika ianya terlalu jauh, maka ia akan dialirkan ke anak sungai.


Dalam ilmu hydraulogi, secara idealnya jika air atau sebarang cecair yang masuk ke dalam paip dengan sesuatu isupadu, maka ia akan keluar dalam jumlah yang sama.

Dalam contoh di atas, jika kita mengepam sejumlah 50 juta liter air dari lombong dan memasukkannya ke dalam sesuatu bekas, maka jumlahnya tetap sama.




Jika diandaikan sungai tersebut adalah sebuah takungan statik, yakni air tidak mengalir. Maka 50 juta liter air dari lombong itu adakah dapat menaikkan paras air sungai ?

Ini kerana air akan meliputi kesemua permukaan sungai. Jika sungai tersebut terlalu lebar dan terlalu jauh (panjang) untuk sampai ke loji rawatan air, maka berapa "inci"kah kenaikan sungai tersebut ?

Dalam keadaan sebenarnya pula, air sungai tidak statik, sebaliknya bergerak. Maka sudah tentulah makin banyak air yang diperlukan untuk menaikkan paras air.



Jikapun dianggarkan dengan cara mengepam air lombong dari pelbagai lokasi dengan kapasiti 700 - 900 juta liter sehari, tetapi air yang sampai ke loji rawatan mungkin hanyalah 5% sahaja.

Dengan sebuah pam dapat mengepam 50 juta air sehari serta dapat menaikkan paras air sungai di tempat loji rawatan dengan setinggi 5cm. Jika ada 8 buah pam maka puratanya ialah 40 cm sahaja. Itupun jika 8 buah pam digerakkan secara bersama dan tanpa henti.

Berapakah ketinggian 40 cm itu ? Ia hanyalah separas lutut orang dewasa !!!!

Berapa pula kos untuk menempatkan 8 buah pam serta kos operasi tertutamanya bahan bakarnya iaitu diesel ? Biasanya ia akan dilakukan dengan kerja-kerja "ad-hoc" dan tentulah kosnya semakin tinggi. Kerana kerajaan menyewa segala kelengkapan sama ada pam serta paip-paip.

Dari segi kuantiti yang dapat disedut oleh loji-loji rawatan air, ia mungkin 10% daripada 900 juta liter air, maka sebenarnya kita hanya dapat 90 juta liter sahaja !!!!

Apakah berbaloi dengan mengeluarkan wang dan tenaga untuk mengepam sebegitu banyak air daripada lombong tetapi hanya dapat 10% sahaja ?

Maka cukupkah 10% air mentah itu untuk menampung kekurangan bekalan air terawat yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ?

Maka kita akan bertanya, apakah lebih berbaloi jika MB Selangor menerima tawaran daripada kerajaan Negeri Sembilan yang mahu menjual air kepada Selangor. Lagipun ia hanyalah buat sementara waktu sahaja. Tambahan pula ia adalah air yang sudah dirawat.

MB Selangor pula mengatakan kerajaan sanggup berbelanja sehingga RM10 juta bagi projek BODOH ini.

Kita tidak tahu dari pakar manakah yang menasihatkan MB Selangor agar membuat projek BODOH ini. MB bukanlah orang teknikal yang bijak dalam ilmu hydraulogi dan kejuruteraan.

Berdasarkan penerangan yang di atas, saya percaya orang biasapun sudah dapat memahami betapa BODOHnya keputusan MB itu.

Apakah jika kita membeli air dari Negeri Sembilan perlukan sehingga RM10 ?

Harapan kita hujan akan turun dengan lebih kerap. Tambahan pula Angin Monson Barat Daya sudah mula bertiup dengan membawakan hujan lebat di beberapa tempat.

Tulisan : Hisemudin Kasim

3 comments:

  1. Bagilah fakta macam mana pun. Kalau dah bengap tu bengap juga. Dan selalunya bodoh di kelilingi oleh penasihat yang bodoh juga. Tapi penyokong kata MB depa pandai sebab tu gaji dia mahal.

    ReplyDelete
  2. Patut siapa rumahnya yg ada swimming pool. Meter airnya dikunci 10 hari lebih dari catuan biasa. Baru la adil. Kalau ada anak 10 org. Bagi duit belanja rm2 sorang walaupun yg tua sekali dah ada kerja. Adil ker namanya ni?

    ReplyDelete
  3. Pengakuan tulus dari IBU IDAH DI TAWOU.
    TKI Yang kerja cumah tukan masak di sebua restoran .
    kami nak cakap terima ksih yg tidak terhingga, serta penghargaan
    & rasah kagum yg setinggi-tingginya kepada, AKI DARMO, DAN kami sudah kerja
    sebagai TKI selama 7 tahun di tawou,dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln,
    tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,apalagi setiap bulan harus
    mengirim orang tua di BANJARMASIN, sudah lama kami mengetahui roomnya aki ini,
    juga sudah lama mendengar nama besar AKI,tapi kami termasuk orang yangg tidak
    terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi kami pikir ini pasti kerjaan orang
    yang nak nipu.
    tetapi kemarin waktu pengeluaran angka, 6D,JATU TGL,03,04,2014/ 860367. DAN, kami benar2 tidak percaya dan hampir pingsang,
    angka yg kami mintah sama AKI DAMO ternyata tembus, awalnya kami terai menelpon,
    kami bilang kami TKI Yang kerja di tawou, nak balik kampung
    terus beliau bantu bagi angkanya. mulanya kami tdk percaya,mana mungkin angka ini
    keluar, tapi dengan penuh pengharapan kami sudah teransper duit 3 juta untuk angka ritualnya sama aki, dansisah gaji satu bulan lebih ,
    ternyata berjaya….!!!
    dapat 600 jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI DARMO, KAMI
    .buat AKI,kami sekeluarga tidak akan lupa
    bantuan dan budi baik AKI.
    yang ingin merubah nasib seperti kami silahkan hub AKI DARMO di no. 0823-1014-3355
    Demikian kisah nyata dari KAMI tanpa rekayasa.
    ANGKA RITUAL/ANGKA GAIB 2D 3D 4D 5D 6D…

    [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI BOCORAN RAMALAN TOGEL <<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]

    DAN MENGHASILKAN PUTARAN…
    _PREDIKSI TOGEL SGP_ _PREDIKSI TOGEL TAYLAN_

    _PREDIKSI TOGEL HKG_

    _PREDIKSI TOGEL MALAYSIA_ JIKA ANDA INGIN CEPAT KAYA,BUTUH ANGKA JITU ATAU BELI TUYUL

    _PREDIKSI TOGEL LAOS_

    _PREDIKSI TOGEL SIDNEY_

    _PREDIKSI TOGEL KAMBOJAH_
    _PREDIKSI TOGEL TAYWAN_

    angka"GHOIB: kudalari
    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…

    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MEKNUM 4D,/STS,/88, /DA MA CAI 1+3D,/ DAN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA BERTUA ADA PADA AKI DARMO…..

    ReplyDelete