Mengulas mengenai perkara itu, Syed Hassan menegaskan Perkasa tidak pernah berubah seperti Yammy.
"Sayangnya Yammy lambat mengaku bahawa dia pernah berada dalam barisan pimpinan penaja Perkasa sehingga menyusahkan anaknya untuk berkempen.
"Sedih kami lihat orang Melayu terpaksa menipu takut dikaitkan dengan Perkasa kerana hendakkan undi kaum Cina. Dah terdedah baru nak mengaku.
Belum jadi wakil rakyat dah berbohong kepada rakyat,"katanya. Klik Sini
Sebelum itu, calon DAP itu terpaksa 'bersilat' mempertahankan pembohongan beliau. Lihat video di bawah :
Video : You should be ashamed of yourself!
If you were not sure, you could have just said it. But you didn't. Even SorosKiniMalaysiaKini was questioning your stand! How low can you go just to please your bosses?
Belum jadi wakil rakyat dah berbohong kepada rakyat.
Anda baca juga laporan di bawah :
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong hari ini melancarkan manifestonya yang antara lain berjanji untuk membina sebuah universiti di bandar itu dan berusaha menjadikan ikon kawasan berkenaan, Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Selain itu, beliau berikrar untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia.
Siew Keong menjelaskan, janji dan ikrar yang digariskan itu adalah keperluan penduduk berdasarkan pengalaman yang dilaluinya selama 20 tahun memberi khidmat kepada mereka.
"Sepanjang enam tahun lepas, Teluk Intan telah banyak ketinggalan terutama dalam pembangunan infrastruktur berikutan kegagalan Ahli Parlimen DAP yang dipilih menjalan tanggungjawabnya dan kita akui ada 'jiran' kita yang telah jauh mendahului.
"Melalui tiga teras utama iaitu pembangunan ekonomi, pelancongan dan komuniti, saya bertekad untuk menyambung kembali rancangan yang telah dirangka untuk membangunkan Teluk Intan, yang dulu terpaksa saya ketepikan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun 2008," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran manisfestonya di Pejabat Gerakan Teluk Intan di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Siew Keong juga berikrar, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen di sini, beliau akan terus berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Teluk Intan selain memastikan potensi yang ada di kawasan ini direalisasikan sepenuhnya.
Jelas Siew Keong, beliau yakin mampu melaksanakan segala akujanji yang terkandung dalam manifestonya itu antara 70 dan 80 peratus.
"Apa yang saya ikrarkan bukan direka-reka kerana semuanya saya rangka setelah membuat semakan dengan pihak-pihak terlibat mengenai bantuan yang boleh mereka salurkan untuk penduduk di kawasan sini.
"Ada peluang untuk dapat, baru saya berani suarakan. Saya tidak berani buat janji sedangkan realitinya ia tidak akan dapat dilakukan seperti yang selalu dibuat pembangkang," katanya.
Tambah Siew Keong, melalui pengalamannya sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Ahli Parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 hingga 2008, beliau yakin mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Teluk Intan.
"Saya memohon agar diberikan peluang untuk berkhidmat di kawasan ini sekali lagi. Saya berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan Teluk Intan lebih maju dan membangun pada masa depan," katanya.Utusan Malaysia
K7L : Kenapa perlu kita pilih penipu untuk mewakili rakyat?
No comments:
Post a Comment