14/05/2014

@NikNazmi Akan Keluar Dari PKR Jika Kalah AMK? @AMK4Msia



Orang cakap kalau tulis nanti bagi publisiti. Tapi Keris nak bagitau yang desas-desus politik AMK. Ugutan juga dengarnya menjadi amalan puak PKR bagi mendapatkan jawatan dan kekal kuasa.

Benda yang sampai ke telinga ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Khabaran Amiruddin Sahri sedang mendahului dengan tema AMK Baru membuatkan Nik Nazmi sebagai pencabar terdekat namun masih jauh ketinggalan.

Ada yang kata beza beberapa ratus bukan satu mesej bahawa Amiruddin Sahri dah menang. Tapi jika Nik Nazmi kalah, dia mungkin akan keluar parti dan menjadi Bebas ekoran penyelewengan dan korupsi undi yang menghantui team Azmin Ali.

Amiruddin Sahri merupakan kumpulan dan penggerak utama kepada Azmin Ali yang membawa kapal Keadilan Raya. Timbul di beberapa tempat Azmin telah dijadikan mangsa oleh lawannya, Pudin dengan mendedahkan kepincangan yang selama ini dilakukan Azmin ketika bertanding.

Kini Pengerusi JPP Johari Abdul juga adalah rakan baik kepada Azmin. Jangkaan team Azmin untuk menang tinggi. Maka Nik Nazmi yang dilihat sebagai calon pilihan AMK mungkin akan kalah kerana 'susunan dalaman' yang digarap Azmin dan Amiruddin.

Soalnya hari ini, mungkinkah Nik Nazmi akan keluar demi keadilan?

K7L : Berani kerana benar!.. Hidup PEMUDA UMNO!

No comments:

Post a Comment