22/05/2014

Kajian #PRKTelukIntan Memihak Kepada Barisan Nasional - DAP Mula Gabra!



Seramai 1,000 responden yang memberi maklum balas melalui borang kaji selidik melibatkan 50% masyarakat Cina, 30% masyarakat Melayu dan 20% masyarakat India.

Hasil kajian daripada maklum balas yang diperolehi, daripada 500 responden Cina, 45% lebih memihak kepada calon Barisan Nasional Mah Siew Keong dan 55% memihak kepada calon DAP iaitu Dyana Sofia.

Faktor bangsa dilihat kurang mempengaruhi sokongan masyarakat Cina terhadap calon BN. Masyarakat Cina yang memihak kepada calon BN berikutan prestasi baik dan pengalaman beliau yang pernah menjawat ADUN Pasir Bedamar dan Ahli Parlimen Teluk Intan.

DAP dilihat masih mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina walaupun calon yang diletakkan adalah dari bangsa Melayu berikutan isu-isu nasional terhadap kerajaan antaranya GST, Kos Sara Hidup dan Pembangunan.


Calon BN dilihat mendapat sokongan majoriti besar masyarakat Melayu yang mana daripada 300 responden, seramai 264 orang memilih Mah Siew Keong sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan. Masyarakat Melayu dilihat menjadi faktor calon sebagai anak tempatan dan pernah berkhidmat di Teluk Intan sebagai sebab utama memilih calon BN dalam Pilihanraya Kecil pada kali ini.

Masyarakat India secara majoriti iaitu sebanyak 67% daripada 200 orang responden memihak kepada calon Barisan Nasional berikutan faktor calon anak tempatan dan perwatakan mesra rakyat. Namun, calon DAP dilihat mampu pengaruhi masyarakat India melalui faktor perwatakan yang dibawa serta manifesto politik baru yang dijadikan kempen oleh DAP.

Secara keseluruhan, UMCEDEL menjangka Pilihanraya Kecil Teluk Intan lebih memihak kepada calon Barisan Nasional berbanding calon DAP dengan kemungkinan menang melalui majoriti yang sedikit.

K7L : Biarpun melayu tapi bila DAP perjuangannya, maka haram menyokong pengkhianat..

4 comments:

  1. BERHATI HATI DGN STRATEGI INI.
    JGN TERLALU PERCAYA DGN UMCEDELL.

    PRU 12 yg lepas
    Lim guan eng muncul di tv
    ..." BN mesti menang. . .BN mesti menang. . .
    Dgn megahnya tv pun ulang2. . .

    AKHIRNYA ? TERKANGKANG.

    ReplyDelete
  2. wahai melayu, jgnlah terlalu lurus bendul. sudah2lah melukut dgn cina....akhir2 nanti klu depa solid sokong dap, kita jugak yg jadi badut.

    atau mungkin blog ini adalah blog pakatan sebenarnya....

    ReplyDelete
  3. Hasil soal selidek umcedel masa pilihanraya kajang ingat lg tak ?

    ReplyDelete
  4. anti kominis dan DAPpigs24 May 2014 at 14:25

    Jangan dok percaya kat kaji selidik ni. Semua tektik DAPpigs supaya jentera BN slow down. Terus gempur kubu2 kominis DAPpigs ni. Apa yang depa tulis tu semuanya wayang opera DAPpigs semata2.

    We have found a weak sport in their armour.

    Teruskan serangan, gempur habis-habisan. Walaupun kalau BN menang nanti, yang menang tu cina tapi cina GERAKAN, sekutu kita dan bukannya Dyana Sophia, PA dan gundik LK Sial dari DAPpigs - musoh kita. Yang penting BN menang. Kalau lepas ni GERAKAN pun buat kurang ajaq, kita taram depa cukup2. Ini bumi MELAYU!!!!!...jangan sesiapa pun lupa kenyataan tu.

    ReplyDelete