30/04/2014

Mesej Untuk Ketua Wanita Gerakan - Sila Tutup Mulut Anda!


Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yakin wanita dan kanak-kanak akan menjadi sasaran mudah untuk dirogol jika hukum hudud dilaksanakan. Katanya, usul yang dibawa PAS itu jika diluluskan Dewan Rakyat pada Jun ini juga akan memberi tamparan kepada perjuangan kesamarataan jantina di Malaysia.


Ini masalah kalau tak tahu apa-apa tapi cuba jadi hero. Kalau tak tahu tolong tanya dahulu sebelum nak beri komen. Jangan jadi macam DAP yang bengap. Tahukah kamu bahawa hudud meletakkan darjat wanita dan kanak-kanak lebih tinggi?

Ini semua kenyataan populis sebab nak jadi calon di Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor. Nampak sangat permainan Parti Komponen yang gagal dalam PRU13. MCA dah umum jadi Gerakn pun akan umum kan?

Keris dah tahu yang mana satu yang menjadi persoalan si aunty dari Gerakan ni. Macam inilah aunty, biar UMNO buat kerja beri penerangan. Di sini juga Keris mengesyorkan para hakim dan para ulama perlu berijtihad untuk menentukan hukuman yang terbaik bagi jenayah rogol dengan mengambilkira dalil-dalil yang sedia ada dalam Quran dan Sunnah.

Kalau tak beri penjelasan maka makin ramailah mereka-mereka yang terasa pandai nak jadi hero ke depan untuk beri kenyataan. Kalau Keris tulis lebih akan dicop rasis tapi mereka persoal hudud Islam tidak boleh dicop rasis?

Hudud adalah bahagian dari undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah. Batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.

Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, wajib sebat dia 100x (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

K7L : U jaga u punya parti kasi kuat dulu ok?

1 comment:

  1. itu la pasal. ramai lagi org bodoh bukan muslim yg malas mengkaji. dok hentam kiri kanan. last-last kena tibai duduk tersandar. tugas umno ialah kunci mulut mca, gerakan dan mic, kasi sekolah sikit. pas pulak sekolahkan pkr dan dap.

    ReplyDelete