30/04/2014

Hadi Awang Protes Senyap - Lari Ke Morocco Tidak Hadir #BantahGST



Nampaknya hubungan diantara PAS dengan PKR dan DAP sudah menunggu masa. Hubungan yang seakan retak menanti belah ini semakin terang apabila haji hadi membuat protes secara senyap.

Dia yang seringkali menghadiri mana-mana demonstrasi anjuran Pakatan hari ini diberi pengesahan tidak akan hadir. Haji hadi Awang yang juga merupakan Presiden PAS telah berlepas ke Morocco pada 28 April 2014 yang lalu bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman. 

Dijangka mereka pulang ke Malaysia pada 3 Mei 2014 yang mana mereka menghadiri seminar Islam antarabangsa yang diadakan di Morocco. Yang beria hadir cuma Mat Sabu yang juga 'belaan' Guan Eng.

Nampaknya Presiden PAS sendiri sudah mula 'menafikan' semua anjuran Pakatan. Perancangan untuk membantah GST ini telah digarap berbulan lamanya kan? Kenapa tiba-tiba dia terima untuk ke Morocco?

Padahal boleh sahaja tolak undangan itu jika membantah GST dianggap penting oleh Presiden PAS. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin atau beruk cabut kelapa. Nampaknya PAS sudah mula bertindak di luar kawalan PKR dan DAP.

K7L : Siapa ingat Keris pernah tulis yang PAS akan keluar Pakatan selepas PRK Kajang?

1 comment:

  1. Pak Adi pi Morocco guna duit sapa? Duit sendiri? Duit parti? Duit kutipan Tabung Bergerak? Atau APA...??

    ReplyDelete