26/08/2013

Top 10 Pemimpin Yang Akar Umbi Mahu Mereka Berundur Supaya UMNO Lebih Kuat!


Selama lebih 2 minggu Keris telah membuat kaji selidik di kalangan orang UMNO secara verbal dalam majlis-majlis UMNO. Bertanya kepada akar umbi siapa pada mereka perlu undur diri demi kesejahteraan dan kemajuan UMNO.

Mula-mula Keris nak cakap ini dari akar umbi. Bukan Keris suka-suka nak hentam mana-mana pihak. Apapun mari kita lihat siapa 10 nama paling banyak Keris dengar untuk ditukar :

10. Dato' Sulaiman B. Mohd Karli


Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah. 

9. Dato' Shaziman bin Abu Mansor 


Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm

8. Dato' Sri Dr. Ir. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis 


Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.

7.Datuk Zainal Abidin Osman


Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.

6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman


Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.

5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain


Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?

4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee 


Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN? 

3.Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin 


Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat. 

2. Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed


Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Ada ramai ahli-ahli Wanita kata pada Keris, Shahrizat sudah tiba masanya untuk berundur. Terlalu banyak kontroversi yang mana melemahkan sayap Wanita UMNO. Dia juga kalah pada Nurul Izzah dan tidak tercalon pada PRU13 (bukan winnable candidate kot?). Sampai bila persepsi negatif terhadap Wanita UMNO harus ditanggung oleh akar umbi? Banyak kelemahan dia telah menjadi bayangan kepada Wanita UMNO. Nak simpan lagi?

Mungkin ada yang rasa perlu letak orang lain dalam Top 10 ini tapi macam Keris cakap ini semua suara akar umbi. Rais Yatim, Rafidah Aziz, Bushro semua 'gentleman' untuk beri peluang pada orang lain.

Formula baru diperlukan dengan kepimpinan yang lebih efisien. Bukan dengan kekalkan yang kita tahu sudah kalah. Kenapa nak simpan orang yang diberi peluang memimpin namun gagal?

K7L : Kalau UMNO ini Real Madrid agak-agak berapa Coach dan Player ditukar?

10 comments:

  1. yang paling gagal sebenarnya adalah Ah Gib Gor. Dia sepatutmya bertangung jawab atas segala kegagalan UMNO dan juga BN .apa guana jadi ketua kalau ikut telunjuk punahsihat yang jadi talibarut cina

    ReplyDelete
  2. Yang penting , sapa dah kalah dalam PRU12 & PRU13 tu , jangan lah nak belagak bagus lagi . Bagi peluang orang baru orang muda memimpin pula ,jangan ingit diri je yang pandai memimpin tapi pentabiran hancur ....

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan anom 1748 serta yang memberi masalah kepada parti UMNO sendiri.

    ReplyDelete
  4. Takkan saifuddin abdullah yang kalah kat Temerloh takder dalam senarai? Rakyat tolak dia kecuali golongan muda yang kurang matang pemikiran agaknya?

    ReplyDelete
  5. ah jib gor patut kena buang dulu,bila ganti ganti ketua lebih baik,maka anak2 buah di bawah pun jadi baik.shahrizatmemang patut dilet go,ayuh kempoen utk azalina.kita mau pemimpin yg nak bekerja bukan makan gaji buta.azalina dah buktikan dia berjaya meletakkan alevel yg sgt tinggikpdputeri umno.buktinya harini puteri dh nak mati,tak pernah dengar lagi org sebut puteri

    ReplyDelete
  6. tolak azwan bro

    ReplyDelete
  7. https://www.facebook.com/photo.php?v=567588329968930

    ReplyDelete
  8. Rais Yatim berundur bagi can orang baru? Siapa? Si zainudin tu? Baik toksah! Lagi teruk adanya.

    Sebenarnya, rais ingat ajai akan kalah dlm PRU13 haritu....to prove that BN cannot do without him. Tapi menang pulak sijebauk tu. So, jelebu sekarang ni neither here nor there la!

    Ada lagi orang lain yg lebih bersih dan berkaliber....kenapa tak pilih? Indirect sabo?

    ReplyDelete
  9. Nasib la ada sabah serawak,klu tak habislah....

    ReplyDelete
  10. tajuddin berusaha keras mematikan karier politik anak muda yg boleh menggugat kedudukan dia termasuk, dr Wan, azwan dan ramelle tan sri Ramli. Bangangnya,di mencaturkan anak sendiri utk jawatan kp pasir salak setelah ramelle menolak utk mcabar azwan.anak dilantik s/u bhgn, laki anaknya jd s/u di moa. bangang tajuddin ni.abis ketua kg diarahkan bantu anak dia faizal sakit jiwa tu utk menang kp. giler judin ni.

    ReplyDelete