29/08/2013

Kerana Babak Kencing Tiang Bendera - LGE Takut Siarkan Di Pulau Pinang?




Filem 115 minit mengisahkan pengorbanan besar dua orang pemimpin Melayu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei telah tidak dibenarkan untuk ditayang di Pulau Pinang. 

Adegan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja dalam filem tersebut. Keseluruhan cerita mengenalkan rakyat kepada watak sebenar Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail.

Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?

Takut kerana ada babak kencing dalam filem tersebut? Babak itu khabarnya adalah adegan semula bapa Lim Guan Eng kencing di tiang bendera rumah Dato' Harun. Namun dalam filem tersebut, orang yang melakukan watak kencing itu tiada pun pakai name tag bertulis "Lim Kit Siang".

Oleh itu, mengapa Lim Kit Siang terasa sangat? Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?



Sikap tertutup dan tidak demokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berdepan dengan fakta dari filem Tanda Putera amatlah mengecewakan. Parti yang mendakwa merekalah yang lebih demokratik rupanya takut dengan kebenaran.

Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat. Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei.

K7L : Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera.

1 comment: