03/05/2013

Kerana #PRU13 Khalid Sedar Dirinya Tipu Rakyat Selangor Selama 5 Tahun? #Isu Air Sgor



Berita demi berita mengatakan Khalid berjanji bulan dan bintang pasal air kepada rakyat Selangor tersebar meluas. Kononnya sekarang dah ada pula penyelesaian bagi menghadapi isu air Selangor yang kian kritikal.

Selama ini apakah dia hanya berfantasi tentang air yang sering dikatakan cukup dan banyak. Masih segar dalam ingatan rakyat Selangor dengan kata-kata Khalid,”Korang faham tak yang air ini ada dan cukup”



Selama ini kesengsaraan yang dihadapai oleh rakyat tidak pula diendahkan malahan fantasinya tentang air yang banyak dicanang sana sini. Jadi apakah yang telah dibuat sepanjang menjadi ketua penjajah bagi pihak Pakatan?

Sepenggal memerintah iaitu sebanyak lima tahun ini apa yang telah dilakukan oleh Khalid? Samada dia bodoh ataupun dia sengaja jadi bodoh? Jika bercakap pasal isu air ini, selama lima tahun hanya kegagalan sahaja datang daripada dia.




Macam inikah pemimpin yang diangkat menjadi Menteri Besar oleh Pakatan? Kegagalan demi kegagalan terus dibuat dalam banyak aspek dan perkara. Keris ini jenis jujur kalau menulis. Kalau gagal kita kata gagal. Kalau berjaya kita puji.

Malahan bukan air sahaja yang boleh menjadi bukti kegagalan tadbir urus oleh Khalid and the gang. Sebagai contoh Keris nak cerita sikir pasal failure mamat ni yang berterusan melakukan perkara-perkara tak patut apabila Selangor dibawah pemerintahan Pakatan.

Ini ada sedikit pendedahan buat rakyat Selangor dan Malaysia. Mesti ambil tahu dan jadikan ini sebagai panduan untuk mengundi kelak. Khalid didapati menjual tanah di Selangor dengan harga RM25 sekaki.

Walhal harga sebenar adalah RM100 sekaki. Semua tanah-tanah yang dijual itu dikenalpasti di Cyberjaya, Kota Kemuning dan Puchong. Keluasan tanah yang dijual adalah sebanyak 1960 hektar! Besar tu beb!

Nak tahu apa masalahnya? Menurut sumber http://news.abnxcess.com/2013/05/26552/, transaksi dilakukan pada 15 April 2013 yang lepas 11 hari selepas DUN Selangor dibubarkan pada 4 April 2013. Kejap nak tanya sikit boleh?

Kenapa dia jual tanah selepas pembubaran dilaksanakan? Sedangkan dia sudah tiada kuasa eksekutif melainkan menjadi kerajaan sementara sahaja. Teruk dah Selangor ini dikerjakan oleh Khalid and the gang dari dulu sampailah sekarang. Dah bubar pun nak henyak lagi Selangor?

Kalau tengok isu air Selangor yang kritikal ini. Tak ada satu benda pun yang dia buat nak atasi krisis tersebut. Malahan penstrukturan semula air yang tak habis-habis dia canang nak buat menemui jalan buntu dan gagal!

Khalid yang dah ready untuk tak jadi Menteri Besar semula sebab bertanding parlimen yang sudah tentu dia kalah. Itu bermakna dia memang ditolak. Bukan saja ditolak rakyat Selangor, malah dia ditolak Pakatan Haram.

Mudah cerita Khalid dan Pakatan sepatutnya lebih realisitik dalam melaksanakan kebajikan demi rakyat. Kurangkan berfantasi yang mana hanya menipu serta menyeksa rakyat. Kerana fatamorgana buatan Pakatan dan Khalid, rakyat menderita pasal air.

Mintak Khalid realistik sikit, kurangkan fantasi (fatamorgana). Sedar dirinya ditolak dan berundur secara terhormat. Cuba tengok video dibawah :



Sekarang dah nampak kesengsaraan jika terus memilih Pakatan? Kepada Khalid, Keris mendesak dia untuk bertanggungjawab diatas siri-siri kegagalan dia dalam menyelesaikan isu rakyat. Pakatan harus berhenti memberi janji bulan dan bintang kepada rakyat.

K7L : Jangan tertipu lagi..lakukan di atas kertas undi..pangkah BN! Sayangilah Selangor!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk