Laungan 'Sokong BN' 'Undi BN' tidak henti-henti ketika ceramah di Putrajaya oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam semalam. Haduiii! Meremang bulu roma dengar sokongan padu rakyat Putrajaya kepada calon P125 Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Nampaknya Husam Musa akan berputih mata kerana rakyat Putrajaya sudah tahu kemampuan Datuk Seri Tengku Adnan atau Ku Nan kerana dua penggal sebelum ini telah berkhidmat menjadi wakil rakyat di Putrajaya.
Jika tanya Keris, jangan sesekali mencuba untuk tukar kepada PAS. Rakan Keris yang merupakan orang PAS di Selangor sendiri berpesan, katanya jangan ubah kepada Pakatan kelak pengundi sendiri yang akan merana.
Dia minta Keris beritahu bukan sahaja rakyat Putrajaya, tetapi seluruh rakyat Malaysia bahawa Pakatan tidak layak memimpin atau mentadbir. Mereka hanya layak menjadi pembangkang sampai bila-bila.
K7L : Orang Selangor dah mula sedar..jangan dah terhantuk baru terngadah..
No comments:
Post a Comment