16/04/2013

Penyokong PKR Balik Pulau Boikot Anwar Ibrahim? #CalonPKRosak



Beberapa hari lepas, kecoh tentang perhimpunan penyokong-penyokong PKR di Balik Pulau yang berhimpun membantah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan calon bukan tempatan di kawasan itu.

Anwar telah mengumumkan ahli korporat, Mohd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon baru dan mengugurkan Yusmadi Yusoff sebagai ahli Parlimen Balik Pulau.

Tindakan seramai 70 penyokong yang hadir membantah pengumuman Anwar itu menunjukkan mereka benar-benar kecewa dengan sikap pemimpin tersebut.

Secara terang-terangan Anwar tidak menghormati keinginan penduduk yang mahukan calon tempatan seperti Yusmadi.

Malah, ini menunjukkan Anwar tidak langsung memikirkan rakyat sebaliknya hanya terlalu mengejar kuasa yang ingin dicapai.

Penduduk di Balik Pulau tidak yakin dengan Bakhtiar yang mampu untuk memahami kehendak dan keinginan mereka walhal selama ini Yusmadi telah menjaga mereka.

Sejak beberapa bulan lalu, sudah terdengar beberapa spekulasi Yusmadi tidak akan dicalonkan di Parlimen Balik Pulau.

Yusmadi sendiri, sudah memberikan peringatan kepada kepimpinan tertinggi PKR bahawasanya penduduk tempatan hanya mahukan anak tempatan menjadi wakil rakyat di sana.

Jadi, pengumuman itu membenarkan spekulasi mengenai calon Balik Pulau yang terbang beberapa bulan lepas.

Nak-nak sebelum berlangsungnya hari mengundi pada 5 Mei nanti, rakyat Balik Pulau sudah tercalar emosi mereka di mana Bakhtiar sudah menunjukkan sikap tidak patriotiknya.

Bakhtiar dalam mana-mana ceramah yang dihadirinya suka mengagungkan kereta import dari kereta tempatan.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Bakhtiar yang juga seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”

Sudah tentu pencalonan Bakhtiar yang diletakkan Anwar menjadi satu cabaran kepada PKR untuk mengekalkan kemenangan di kerusi majoriti Melayu itu terutama ketika sentimen pengundi Melayu lebih condong memilih UMNO dan BN dalam PRU13 kali ini.


Sumber : MyKMU

No comments:

Post a Comment