Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, majlis anjuran pihaknya itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pegawai-pegawai kanan Felda serta pemimpin setempat dengan masyarakat di gugusan tersebut.
"Selain program bertanya khabar, yayasan turut menyediakan beberapa perkhidmatan seperti pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata serta gunting rambut secara percuma.
"Setiap program dianjur bukan sekadar untuk berbangga tetapi mahu menjadi inspirasi kepada yayasan lain di negara ini untuk sama-sama melakukan aktiviti kebajikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Yang hadir sama, isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid. Yayasan Felda turut menyampaikan pakaian sekolah kepada 65 kanak-kanak taman didikan kanak-kanak Kemajuan Kebajikan Masyarakat Tadika Kemas terpilih di gugusan berkenaan.
No comments:
Post a Comment