Para peneroka Felda kini berpeluang menambah pendapatan menerusi pelbagai program transformasi dan pembangunan yang lebih sistematik di kawasan tanah rancangan. Ini merupakan satu peluang yang baik buat mereka.
Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad ada cakap Felda yang dibangunkan dengan matlamat membasmi kemiskinan akan tercapai dan menepati visi Felda untuk menjadikan peneroka menerima pendapatan tinggi.
Felda boleh dikatakan sebagai salah satu organisasi yang menjadi penjana ekonomi bagi kawasan luar bandar dengan penyediaan peluang-peluang pekerjaan, perindustrian serta ruang perniagaan yang lebih sistematik dan efisien.
Antara platform yang boleh digunapakai oleh para peneroka bagi menjana pendapatan lebih adalah melalui Kompleks Industri dan Rekreasi Felda (KIRF). KRIF di Chini itu misalnya adalah antara program transformasi yang bertujuan membangun dan merancakkan keusahawanan Felda di kawasan berkenaan.
Seramai 35,310 daripada 112,635 peneroka terlibat dalam bidang keusahawanan dan oleh itu Felda berusaha memastikan setiap orang dibantu bagi membuka ruang dan peluang. Mazlan Aliman sebenarnya perlu berhenti memekak pasal Felda sebab sehingga ke hari ini Felda tak buat peneroka rugi.
Visi Felda yang nak mempelbagaikan pendapatan tinggi bagi peneroka serta menjadi pengeluar kepada produk-produk berkualiti memang sesuatu yang baik. Syabas pihak Felda!
K7L : Yang si Mazlan ni tak habis-habis cari salah..yang elok ni patut sokong!..
No comments:
Post a Comment