10/04/2013

Mengapa Datuk Ghani Perlu Lawan Lim Kit Siang Di Gelang Patah? #ghaniGP



Lim Kit Siang yang telah terlalu lama menjadi ahli parlimen di Ipoh Timor sedar apa yang akan berlaku sekiranya dia masih lagi terus bertanding di sana. Difahamkan para pengundi parlimen Ipoh Timor telah bersepakat untuk menolak dirinya daripada menjadi wakil rakyat jika dia masih bertanding di sana.

Atas sebab itu juga dia melihat peluang yang sama untuk 'mendekati' mentornya yang berada di Singapura, menyebabkan dia melarikan diri daripada Ipoh Timor ke Gelang Patah. Tetapi beberapa konflik telah timbul.

Keris ada dengar orang bercerita Chua Jui Meng dikatakan telah 'melabur' banyak di Gelang Patah dan dia juga tidak berpuas hati untuk bertanding di Parlimen Segamat yang jarang menerima 'orang luar'. Selain Pengerusi DAP Johor juga dengarnya berminat untuk bertanding di Gelang Patah.

Konflik kedua, dengar juga cerita ramai kepimpinan DAP negeri Johor tidak berpuashati dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dikatakan terlibat untuk menyusun calon DAP bukan anak tempatan Johor di beberapa kerusi.

Konflik ketiga, ada usaha untuk 'membenamkan' karier politik Lim Kit Siang yang telah digarap oleh tangan ghaib di dalam Pakatan. Sehinggakan dia akan bertanding di kawasan majoriti bangsa cina tetapi dia lupa lawannya juga daripada Barisan Nasional sudah tentu bukan calang-calang orangnya.

Bercakap tentang kerusi Gelang Patah :

Barisan Nasional sudah tentu akan meletakkan calon yang sudah tentu berupaya menguburkan karier politik Lim Kit Siang yang umurnya telah menjangkau 72 tahun. Siapa yang layak melawan si pencetus 13 Mei itu?
Bak kata Tun Dr Mahathir Mohamed Tokoh besar lawan tokoh besar, kalau Kit Siang kalah tamatlah hayat dia, kalau tidak dia tidak akan berhenti. Tidak kira MCA atau Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman ke, bagi kalah Kit Siang, kalau tidak dia tak mahu berhenti, sampai nak mati pun sibuk je lagi.”

Kita kan lihat pertembungan diantara Datuk Abdul Ghani Othman dan Kit Siang dianggap pertembungan ‘buku bertemu ruas’ jika benar Abdul Ghani berlawan dengan calon veteran Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Malahan Keris terbaca pendapat penganalisis politik, Mohd Fauzi Othman yang mana beliau tidak menolak bahawa Pengerusi Barisan Nasional Negeri itu calon paling sesuai di Gelang Patah.

“Saya melihat, pembangkang mempunyai idea baru apabila ramai pemimpin mereka keluar dari kepompong dan bertanding di luar kawasan, sama ada ia sesuatu yang baik atau sebaliknya bukan persoalan utama. Keberanian pembangkang itu juga, mencerminkan bahawa calon BN juga berani menyahut cabaran dengan keluar dari kedudukan selesa, dan percaya akan sokongan rakyat. Keadaan ini memperlihatkan Malaysia masuk ke satu era politik baru, iaitu kepimpinan BN bukan bersifat ‘home grown leaders’ malah ‘nasional grown leaders’ yang boleh bertanding di mana-mana tidak semestinya di kampung halaman sendiri,”

Maka kini Keris sendiri merasakan Datuk Ghani mampu mengalahkan Lim Kit Siang yang mana masyarakat cina juga selesa dengan beliau. Selamat Tinggal buat Kit Siang.

K7L : Bye bye LKS!!!!

No comments:

Post a Comment