04/04/2013

Ketua-Ketua Cabang PKR Tempatan Sabah Sah Boikot Calon #PRU13 Anwar?




Nampaknya Anwar sudah mula menunjukkan taring kuasa vetonya yang merupakan Ketua Pembangkang didalam Pakatan Pembangkang. Kini kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa, dia telah bertindak meletakkan kroni-kroninya demi kepetingan masa akan datang.

Namu begitu tindakannya dengan mengenepikan Ketua-Ketua Cabang PKR daripada menjadi calon dan meletakkan orang luar sebagai calon telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli PKR sendiri.

Malahan dia boleh buat hal dengan meletakkan calon PKR melebihi parti-parti pembangkang yang lain di Sabah. Nampak sangat kemaruk mahukan Sabah. Apakah sebenarnya agenda untuk memastikan PKR berkuasa ada kena mengena dengan #JanjiBerdarah yang telah dibuat?

Sebelum ini PKR hanyalah satu parti baru yang ditubuhkan untuk mendesak Anwar dibebaskan, kini PKR telah berubah menjadi parti yang mengejar kuasa pula dengan menidakkan parti-parti lain.

Inilah sifat diktaktor yang telah lama wujud didalam diri Anwar Ibrahim. Dia lebihkan Lajim dan Bumburing yang baru setahun jagung menyertai PKR. Kini risik-risik timbul mengatakan calon yang tidak terpilih akan sabotaj calon pilihan Anwar dan akan pastikan PKR tidak dominan di Sabah.

Mudahnya rakyat Sabah termasuk mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan yang telah disusun mengikut nafsu kuasa Anwar, sudah tentu akan memilih Calon Najib Razak pada #PRu13 yang menjelang.

K7L : Siapa yang perlu nyanyi lagu 'Sabah ku tak pegang"?

No comments:

Post a Comment