04/04/2013
Janji Buat Gugusan Felda - Transformasi Buat Peneroka Dan Anak Peneroka #Felda!
Najib mendengar penerangan Pengarah Urusan IRIS Corporation Berhad, Datuk Tan Say Jim (kiri) sambil diperhatikan Faizoull selepas merasmikan Kompleks Industri dan Rekreasi FELDA di Chini 2, semalam.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan menunaikan janji transformasi di gugusan FELDA dalam tempoh lima tahun akan datang itu terus mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia termasuk dalam inti pati transformasi FELDA untuk tempoh 50 tahun akan datang, bermula sejak sambutan ulang tahun ke-50 pada 2006.
“Kita dapat saksikan satu demi satu perubahan diterjemah di gugusan dan rancangan FELDA hingga ke hari ini dengan landskap baru.
“Kita akan lakukan transformasi lebih besar. Beri lima tahun lagi dan akan lebih banyak kejayaan kita lakukan,” katanya ketika merasmikan Kompleks Industri dan Rekreasi FELDA (KIRF) di Chini 2 di sini, semalam.
Sebagai satu daripada Projek Janji Ditepati BN, kompleks yang dibangunkan itu menjadi pemacu utama rantaian nilai industri komersial FELDA yang mengandungi lima komponen perniagaan, iaitu pusat tenun, makanan, industri ringan, gelanggang sukan dan kafeteria.
No comments:
Post a Comment