12/04/2013

Hadi Kata Tak Apa Keluarkan Video Stopa Ali? #BabyPa




Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.

Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.


Manakala Mustaffa Ali pula kata :

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. "

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily sebentar tadi.

K7L : Telan kata-kata sendir ke Hadi oii?..

2 comments:

  1. hukum hudud camana?...
    ops. UMNO tak lulus hukum hudud..
    kalau ada hukum hudud tu, jadin arwah dohla weeeii.2 Pork Cik.. satu yang ini dan satu lagi Pork Cik China Doll

    ReplyDelete
  2. Hudud nk buat???klaw BN memerintah..n org cm najib ade..xkan laksanakan la..najib dah tolak hudud..ciap kte hudud xkan dlaksanakan lg kt malaysia nie..jd nak salah sape?? klaw pmimpin sdiri tolak ape Islam suruh..

    ReplyDelete