09/04/2013

Fuziah Merayu Kepada Ramesh Kerana Bimbang Kalah! Pemimpin UMNO Jadikan Tauladan #PRU13 #TolakPR




Jika di Kuantan, ahli-ahli PKR akan kenal dengan Ramesh. Dia yang merupakan penggerak jentera utama Fuziah di kalangan kaum India telah bertindak meninggalkan parti. Masyarakat India Indera Mahkota kini telah berubah dengan menyokong BN.

Selama ini Ramesh yang sering bertungkus-lumus membantu Fuziah telah dilupakan. Dikatakan semuanya berpunca akibat Fuziah terlupa untuk memberitahu Anwar ibrahim akan usaha yang telah dibuat untuk membantu PKR di Kuantan.

Seramai 600 orang ahli parti-parti pembangkang meninggalkan parti secara beramai-ramai untuk bersama BN di Kuantan, Pahang. Sokongan terhadap BN sudah kembali kukuh di Kuantan yang dikatakan menjadi tempat pembangkang. 

Sebab itu usaha dan penat lelah anak buah yang berjuang perlu dihargai. Biarpun mereka kadang-kadang melakukan kesilapan, tegur secara baik dan jangan sesekali melupakan mahupun merendah-rendahkan usaha dan perjuangan mereka.

Namun tipikal Pakatan, mereka memang tidak menghargai orang bawahan mereka yang mereka anggap sebagai boneka sahaja. 

K7L : Hargailah usaha anak-anak buah anda...

No comments:

Post a Comment