05/04/2013
Dari Mana Datangnya Duit #Felda Dan #FGVH Ya?
Keris nak cerita panjang tak guna. Ini Keris petik kata-kata brader yang merupakan anak peneroka Felda di Jengka, Pahang :
Duit untuk felda datang dari felda la. Selain ladang yg diusahakan peneroka, banyak jugak yg diusahakan direct oleh felda. Terutama ladang-ladang yg baru. Sekarang mana ada bukak tanah untuk peneroka baru lagi dah.
Masa masuk hutan pahang, tak tau berapa ribu hektar tanah yg felda usahakan direct. Kalau sawit seekar boleh dapat untung bersih 300 sebulan, kali dengan ribu-ribu hektar tu. Tu pasal la dia nak realised the value of the company guna FGV. Felda bukan setakat peneroka. Tu pasal peneroka yg tolak FGV, memang rugi la. Cuma sumbangan peneroka di peringkat awal Felda memang patut dihargai.
Dulu masa peruntukan saham bumiputra FGV ditutup untuk sebarang pembelian. Berebut orang nak beli. Peneroka pulak ada special allocation lagi. Memang untung diaorang.
Ini pesanan orang Felda kepada anak-anak peneroka yang risau :
kawan aku seorang lawyer dan pergi sign semua surat minggu lepas sebab ayah dia dah takde so jadi wakil. Dia seorang yang buat suratkhabar Utusan Malaysia yang dibagi free dekat rumah dia jadi lapik siang ikan explain di bawah dan menjawab semua kegusaran anda semua:
Ada orang cakap: Saham tu dicagarkan pada bank.. bukan kita kontrol.. so bukan senang nak jual balik..
Jawapan: Pasal share memang pledged under nama bank, kita panggil nominees sebab pakai duit bank utk beli kan. Kalau nak jual, apa yg susahnya? Call je dealer, dia jualkan la price apa yg orng nak. Tak pernah dengar bank tak kasi jual sbb sentiasa ada buyer. But kadang2 orang buat not in the best interestla. Siapa yang cakap susah nak jual ni lebih kepada nak menghasut je lah (kata kawan aku yang kerja bidang saham² seumur hidup dia) Dan sila baca apa brader sorang ni pulak cakap:
Sebenarnya mana2 saham kalau kita xde duit memang kena buat loan nak dptkan saham tu.Sama mcm TNB,setiap staff akan diberi beberapa lot saham..utk dptkan lot saham tu memang kena buat loan unless orang tu memang boleh dptkan cash ribu2.Bila buat loan adalah normal berhutang mesti ada agreement kena byr balik..Tp biasabya kalau xsebut dlm agreement diambil tanah ke, harta ke..maka memang bank xboleh amik.
Sebenarnya ramai orang luar berebut nak dptkan saham fgvh ni..even aku pun kalau boleh aku nak mohon tp xboleh sebab utk peneroka felda jer.Konsep dia sama mcm bank rakyat juga..tgk berapa ramai org berebut nak beli share bank rakyat..sebabnya keuntungan setiap tahun dpt average 16%.Kalau saham blue chip xperlu risau...Tgk mcm Sime Darby..division plantation diorang untung byk setiap tahun..Semua company besar mcm TNB,Sime Darby,Telekom malaysia dan GLC lain semua dalam blue chip.Kalau sapa orang Felda xnak share FGVH tu boleh la bagi kat aku...ehehe..aku sggggt nak..
Ish! Kalau Keris diberi peluang untuk beli, memang keris beli siap untuk mak dengan ayah.
K7L : Felda nak bantu Melayu.. namun ramai nak tengok melayu jadi layu...
Konda Kondi
No comments:
Post a Comment