22/04/2013

Atuk Ini Solatnya Tidak Sah? Nik Aziz Perlu Undur Diri dari Terus Merapu!




Wahhh! Adakah atuk ini tergolong dalam mereka-mereka yang tidak dapat pahala biarpun menunaikan solat? Video [bawah] bukti Nik Aziz kata begitu. Usah pusing cerita lagi. Kegilaan dia menentang UMNO membawa kepada perpecahan ummah sebenarnya.

Mengapa Keris kata begitu? Kerana dia berkata sesuatu yang tidak patut dihamburkan hanya kerana ideologi berlainan dalam politik. Seolah-olah PAS itu satu agama pula sehinggakan PAS sahaja yang layak dapat pahala? Sokong DAP tak apa?




Keris terbaca di Harapan Esok tentang DAP yang dibenarkan pakai lambang PAS. Kononnya atas alasan mahu DAP terus bertanding selepas bimbang ROS akan batalkan DAP kerana gagal kemukakan bukti CEC-DAP berada dalam keadaan telus dan adil.

Untuk orang UMNO yang sudah tentunya Islam 'dikafirkan' namun DAP yang mengambil kesempatan memanipulasi lambang PAS untuk undi Melayu-PAS dibenarkan malah diagungkan pula.

Akhirnya sampaikan ke surau dan masjid pun dibenarkan letak lambang DAP. 



Kau ingat orang Islam tidak marah selepas logo DAP ditampal pada kalimah yang diletakkan dihadapan surau? Sokong PAS sama seperti sokong DAP. Kalau tanya Keris, gambar diatas menjadi bukti DAP mula memberi amaran Islam akan ditindas?

Masihkah kau ingat pasal Teresa Kok?


K7L : DAP jangan cabar Melayu..

3 comments:

  1. Solat bila sempurna rukun dan syaratnya, sah dr segi hukum. Berpahala atau tidak urusan Allah swt. Namun begitu, Allah swt Maha Adil, Al Quran menyebutkan apa pun kebaikan yg dilakukan ada ganjarannya dan tidak akan di sia siakan. Rujuk ayat 286 surah Al Baqarah, Hud 115, Al Kahfi 30. Yasin 54.

    ReplyDelete
  2. PAS Syiah - kerana itu sering mengkafirkan ahlus sunnah wal jamaah. Bahana selalu mendoakan bala terhadap orang lain, Allah SWT buka keaiban sedikit demi sedikit saban hari. Sama-samalah kita mendoakan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang selama ini kita kecapi, Amin!

    ReplyDelete
  3. YG LAGI PENTING KITA AHLI SUNNAH WA JAMAAH LG BAGUS BUKAN AHLI PAS&PKR.

    ReplyDelete