09/03/2013

[Video] Nur Misuari Isytihar Perang Dengan Malaysia? #LahadDatu #PeaceSabah




Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi. -news.abnxcess.com

4 ulasan:

  1. pergi mati sama najib..hahah padan muka ralyat Malaysia..matilah semua UMNO!..

    ReplyDelete
  2. inilah contoh pencacai Pakatan , biar rakyat tengok perangai binatang pencacai Pakatan dan pemimpin mereka yang hina !!!

    ReplyDelete
  3. Pencacai pakatan..mak bapak dan adik berdik semua binatang

    ReplyDelete
  4. Abang Mat Sabu Bagan Ajam14 March 2013 at 15:21

    Kalau tak kerana Tun, Anwar tu hanya tau melalak sana sini macam anjing. Kalau tak kerana Tun Nur Misuari dah lama keboloq dalam hutan.

    Inilah perangai anjing-anjing yang terlepas sepit.

    Kini anjing-anjing tu nak tujuk merekalah paling kuat mengigit. Tapi sayangnya makin digigit makin geli.

    Sebab, anjing-anjing ini hanya tinggal gusi, taring dah reput sebab umur dah tua.

    Ada sekor lagi anak anjing Siteepah Koyak nama diberi. Setiap kali dia melalak orang akan ketawa terbahak-bahak. Kenapa? nampak sangat gigi rongak.

    Mereka ni takut sangat bila nampak senapang. Silap haribulan kena tembak. Kerana bebas berkeliaran tak gantung lesen PBT tembak.





    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk