20/03/2013

Perajurit Negara Akui Mereka Berhadapan Dengan Manusia Lebih Kejam Dari Komunis! #LahadDatu


Siapa sangka mereka yang menceroboh Sabah atas alasan yang tidak munasabah rupa-rupanya manusia yang bersifat lebih teruk daripada binatang. Mereka melayan para anggota keselamatan negara yang ditawan dengan kejam sekali.

Inilah yang akan terjadi andainya kuasa dan wilayah menjadi rebutan, Batasan Habluminnanas yang dilanggar membuatkan hati Keris pedih mengenangkan mereka yang menceroboh dan menyerang Sabah mengakui mereka orang Islam.

Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah Prioriti atau keutamaan kita, namun harus tidak dilupakan hubungan sesama manusia kerana manusia diciptakan untuk saling memerlukan. binalah hubungan sesama manusia yang mana menjurus kepada ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT dalam mengharungi ujian dan dugaan di dunia ini.

Jangan sampai kuasa menguasai diri. Jangan sampai termakan helah manusia bertopengkan syaitan yang mahukan Islam terpesong dan berpecah. Jangan dikawal oleh nafsu kuasa yang akhirnya menjadikan akidah kita lari dari yang asal.


Sampaikan ada yang mengamalkan ilmu hitam demi merampas tanah yang bukan milik hakiki. Ya Allah! Bukakanlah hati mereka untuk balik ke tempat asal. Kau terangilah hati-hati mereka yang kepinginkan kekuasaan. AMIN.


Kuala Lumpur: “Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh. - Harian Metro

K7L : Kejam dan tidak boleh dimaafkan!..

No comments:

Post a Comment