06/03/2013

@Khalid_Ibrahim Apa? Nak Cuba Guna Duit Rakyat Untuk Beli Syarikat Konsesi Air? #IsuAirSgor




Amboiiiii Amboii Amboii.. Makin hari makin hangat isu air di Selangor ini. Keris datang dengan 7 lok untuk memberitahu kepada semua rakyat Selangor akan berita baru yang sampai ke telinga ini. Sungguh tak disangka namun dah jangka perkara ini akan berlaku.

Paip reput dan berkarat, atap dah macam nak runtuh di loji rawatan air, pam rosak akibat beroperasi melebihi had kapasiti bekerja, loji rawatan air beroperasi pada kapasiti penuh sampaikan tak boleh berhenti beroperasi.

Masihkah kau ingat akan kisah Kerajaan Negeri Selangor tak mahu luluskan pinajaman CAPEX yang dimohon kelulusannya oleh SYABAS sehingga mereka nak buat penyelengaraan tak mampu? Ingat lagi kisah tak mahu buat Loji Rawatan Air Langat 2 sampai 100 tahun pun sanggup tangguh? Sekarang cuba nak jadi hero?

Oppa Khalid Loser sedang berusaha keras untuk memiliki keempat-empat konsesi air di Selangor. Namun dia semakin terdesak untuk mendapatkan dana sampai dengar cerita sanggup songlap duit rakyat.

Kalau ikut berita, Oppa Khalid Loser ada umumkan tawaran kepada keempat-empat konsesi air sebanyak RM9.65 billion! Jeng Jeng Jeng! Ini yang menjadi pertanyaan kepada Oppa Khalid Loser. Dari mana datangnya duit banyak camtu?

Bukan ke Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk beri duit kepada ibu tunggal mengikut manifesto sebab tak ada dana? Bank mana yang nak Oppa Khalid Loser nak pinjam untuk bayar? Lagi banyak soalan daripada jawapan betul?

Apakah duit RM9.65 billion itu akan turun daripada langit? Teeettt Faekah Husin, setiausaha politik Oppa Khalid Loser terang-terang mengumumkan akan gunakan wang rizab Negeri Selangor sebanyak RM2.5 billion tu!

Duit itu benar-benar duit rakyat! Nama pun wang rizab beb! Sepatutya duit lebih RM2 billion tu digunakan untuk bayar wang pampasan saman air yang dikemukan oleh rakyat Selangor sendiri. Patut wang itu yang digunakan untuk melunaskan #ManifestoBukanJanji Oppa Khalid kepada ibu tunggal di Selangor.

Patutnya duit itu digunakan untuk bantu bina Loji Rawatan Air Langat 2 atau bantu SYABAS untuk laksanakan penyelenggaraan. Kenapa mesti nak beli guna duit rakyat walhal masalah air ini berlaku pun sebab sifat bodoh sombong Oppa Khalid Loser sendiri?

Sepatutnya dana lain yang perlu dicari oleh Oppa Khalid Loser untuk beli syarikat-syarikat konsesi air Selangor itu. Atau semua dana sudah masuk dalam poket kroni masing-masing? Kenapa mesti gunakan duit rakyat Selangor?

Inilah dia modus operandi Pakatan yang sebenar. Akhirnya topeng mempergunakan rakyat telah dibuka oleh mereka sendiri. Rakyat Selangor juga sedar yang buat masalah air puncanya datang daripada kedegilan yang macam abu jahal si Oppa Khalid Loser ni.

Sudahlah menjadi punca, kerap pulak salahkan orang lain dan memburuk-burukan SYABAS tanpa henti. Siap perlekeh lagi usaha Kerajaan Persekutuan yang nak bantu untuk membendung krisis air yang telah pun dijangka dahulu.

Selepas berdolak dalih senantiasa kini Kerajaan Negeri Selangor nak guna duit rakyat untuk pastikan Oppa Khalid Loser dapat sakau keuntungan konsesi air 100%? Yelah selama ini pun keuntungan yang Kerajaan Negeri Selangor dapat hanya 30%.

Keris tak rasa pun yang Oppa Khalid Loser nak beli untuk laksanakan penstrukturan semula air di Selangor.

Ini semuanya lebih untuk dapat untung konsesi kemudian isi poket masing-masing. Sebab kalau betul nak buat penstrukturan semula air, tak adalah gagal dulu beb!

Oppa Khalid Loser perlu ke guna duit rakyat? Rasanya niat nak struktur air bermula tahun 2008 lagi bila mereka berjaya menjajah Selangor. Jadi Oppa Khalid Loser sepatutnya dah menabung sejak 2008 lagi!

Sebenarnya, semua #ManifestoBukanJanji Pakatan Selangor dulu banyak habiskan wang rakyat itu sendiri. Semua nak bagi percuma dan sebagainya tapi sumber daripada rakyat sendiri. Lagi best bila Oppa Khalid Loser sendiri yang kurangkan pendapatan Kerajaan Negeri Selangor kan?

Sekarang mana Oppa Khalid Loser nak cekau duit ganti RM2.5 billion wang rizab rakyat Selangor? Mana nak cekau duit RM9.65 billion untuk beli semua syarikat konsesi air di Selangor? Nak membohong pun tengoklah orang kiri kanan pun.

Rakyat Selangor tak bodohlah. Mereka dah nampak kegagalan tadbir urus Khalid sampaikan masalah air pun tidak selesai-selesai.

Kalau tengok dari sudut yang lebih teliti, tawaran Oppa Khalid Loser untuk beli semua syraikat konsesi air Selangor tak membantu untuk bendung Krisis Air Selangor yang semakin hari semakin dilihat kritikalnya.

Yang cakap pun pakar air! Bukan Oppa Khalid Loser yang cakap macam dia pandai sangat pasal masalah air. Buat masalah lagi adalah! Atau sebenarnya ini merupakan satu taktik Oppa Khalid untuk bankrapkan Negeri Selangor bila mereka tahu mereka akan kalah pada #PRU13 nanti?

K7L : Dah macam abu jahal pulak sifat Oppa Kahlid Loser ni..air ni selesaikan cepat..asyik pikir untung je!..

No comments:

Post a Comment