03/03/2013

Kena Tahu Mengapa Polis Bukannya Tentera Di Sabah! #Pray4Sabah



MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.

DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik LahadDatu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.

2 ulasan:

  1. saya masih tak faham

    kita tahu penceroboh bersenjata lengkap dan berat.

    saya pasti bahawa ini bukan bidang kuasa polis, ini dah masuk kuasa tentera.

    sebab tu, saya masih tak faham.

    Berunding?

    Sehingga 2 minggu?

    Saya rasa, kalau saudara sendiri tak tahu atau tak pasti. Tak payahlah buat andaian.


    faham?

    ReplyDelete
  2. Sebagai negara demokrasi..sy juga berhak bersuara....sekarang jiwa sy tidak tenteram setiap detik dan saat sy berdoa supaya pasukan keselamatan kita selamat. Tetapi bila saya tahu sudah 7 org terkorban..sy jadi MARAH...marah pada Bandit..serta org yang membiarkan situasi ini berterusan......Saya takut kerana MARAH SEBEGINI...HATI SAYA AKAN JADI BERALIH arah.....dalam PRU 13

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk