01/03/2013

@HishammuddinH2O Sambut Belia #MPYM2013 Palestin Dengan Hati Yang Terbuka



KUALA LUMPUR, 1 Mac - Deligasi Malaysia Palestin Youth Movement (MPYM) hari ini meneruskan siri lawatan mereka di Ibu Pejabat Jabatan Penyelamat Awam Malaysia (JPAM), Jalan Padang Tembak.

Ketibaan mereka jam 10 pagi tadi telah disambut oleh Ketua Pengarah JPAM, Y.A.S Dato' Sulaiman Bin Haji Keling dan Ketua Pengarah RELA, Dato’ Mustafa Bin Haji Ibrahim.

Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn menerangkan
adegan yang berlaku di kaca televisyen

Kumpulan Deligasi MPYM ini telah diwakili oleh Presiden kedua-dua negara, Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin (MPYM Malaysia) dan Mohamad Y. Hasna (MPYM Palestin).

Aktiviti di sini dimulakan dengan Tayangan Video Korporat JPAM dan Video Gelombang Kesukarelaan JPAM. Seterusnya kumpulan Deligasi ini telah dibawa melihat demonstrasi Penyelamat oleh JPAM. Anggota JPAM telah menunjukkan teknik-teknik CPR dan First Aid. Sejurus selepas demonstrasi diadakan, kumpulan deligasi ini telah dibawa melawat ke Gerai JPAM.


Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah merasmikan kunjungan kumpulan deligasi MPYM dalam satu majlis perasmian.

Dato' Seri Hishammuddin berkata ketika ucapan perasmian "Sejak daripada saya memimpin Pemuda, perjuangan untuk membela rakyat Palestin tak pernah terpinggir, tak pernah terlupa, sentiasa dekat dihati jiwa dan raga saya secara peribadi. 1.1 juta rakyat golongan belia Malaysia yang tidak mengira kaum dan agama dibawah KDN akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada MPYM".

Deligasi MPYM(Palestin) menunjukkan tabik hormat 
tanda menghormati Menteri Dalam Negeri

Dato' Seri melahirkan rasa kesal dengan penceroboh terhadap negara Palestin oleh Israel."Dunia hari ini telah ditanam dengan kebencian, dengan perpecahan, peperangan, kematian, yang melambang keegoan , materialistik dan ketamakan seperti yang dapat kita lihat di Palestin dan beberapa Negara yang lain yang menjadi mangsa. Perjuangan keamanan yang memang dibawa oleh saya sejak dahulu lagi memberikan lebih perhatian kepada rakyat Palestin. Saya memberi sokongan penuh untuk kamu semua" kata beliau lagi.

Deligasi MPYM menerima cek dari RELA

Kesemua kumpulan deligasi ini melahirkan rasa bangga dengan semangat kesukarelaan yang tersemai dalam diri belia di Malaysia selepas menerima replika cek bernilai RM 300,000 daripada tabung kutipan RELA. -EH/PjO
K7L : Semoga rakyat Palestin dapat belajar tentang Malaysia yang menyokong keamanan..

No comments:

Post a Comment