25/03/2013

Felda Monopoli Tanah Peneroka Dan Akan Muflis? #Felda




Siapa agaknya yang sebenarnya memonopoli pelaburan-pelaburan hartanah? Ada yang nak tuduh Felda lagi ke? Atau ada yang nak kata Felda tipu peneroka dengan memonopoli tanah? Cuba cerita sikit kalau ada boleh?

Okay Keris nak bagitahu sikit pasal tanah ni. FELDA memang memegang tanah sebesar 811,000 hektar dan jika FELDA turut bersaing dalam pelaburan hartanah, apa akan jadi kepada syarikat-syarikat hartanah lain? 

FELDA masih belum menonjol, namun sampai bila? Adakah suatu hari nanti, FELDA akan turut bersama dalam persaingan ini? FELDA tidak sama seperti GLC lain. Tak sama langsung beb!

Mereka bukanlah gabungan peneroka yang hanya mengait kelapa sawit sahaja. FELDA kuat dengan hakmilik tanah serta saham di dalam bank-bank penting dalam Malaysia.

Kalau orang-orang yang terlibat dengan FELDA memahami sebenar-benarnya kekuatan mereka dan sedar bahawa FELDA adalah sebuah syarikat gergasi di Malaysia, maka mereka akan faham kenapa PR cuba untuk pecahbelahkan penduduk FELDA dengan perlbagai cara.

Kejayaan dan kebaikan FELDA bukan hanya untuk menjadi kebanggaan anak-anak FELDA malah ia dapat ditunjukkan kepada semua orang. Kejayaan FELDA boleh dilihat dari pelbagai sudut.

Menurut maklumat yang Keris terima menyatakan dari segi kebesaran saiz hartanah, dengan saiz tanah 16.2 sq.km pada 1956, kepada 8110 sq.km pada 2011, pembesaran menjadi sebanyak 500% dalam masa 55 tahun. 

Modal FELDA bermula dengan RM10 juta sahaja tetapi pada tahun 2011, FELDA dah jadi operator perladangan terbesar dunia. Ini merupakan satu kejayaan yang besar. Jadi, orang boleh nampak FELDA sebagai saingan samada dari segi lubuk emas, dari segi hartanah atau mungkin ancaman kepada syarikat-syarikat pembangunan hartanah lain di Malaysia ini.

Apa yang Keris nampak pasal FELDA adalah ia merupakan syarikat semi kebajikan dan semi keuntungan. Sekiranya elemen kebajikan dilebihkan, kita akan nampak syarikat tersebut terjurus ke arah kerugian namun FELDA berjaya membuktikan sebaliknya. Pihak yang terlibat dalam penyelarasan dan pengurusan FELDA telah melakukan kerja yang sangat mengagumkan.

Jika benar FELDA di ambang muflis, kenapa mereka masih menjadi pelangan penting bank-bank di negara kita dan luar negara? Kalau FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh memegang saham-saham strategik minoriti dalam bank-bank di Malaysia dan bank-bank tersebut menjadi pemain saham mewah di BSKL? 

K7L : Syarikat yang bankrap tak akan boleh buat macam tu der.. 

No comments:

Post a Comment