22/03/2013

FELDA Dituduh Kerugian Hampir Setahun Sebab #FGVH - #FaktaVsAuta



Terdapat cerita pasal Felda yang rugi akibat penyenaraian FGVH. Malangnya cerita itu tidak disebarkan dengan fakta yang jelas dan tepat. Felda dikatakan mengalami kerugian hampir setahun lamanya.

Tetapi disebaliknya tidak. Momokan ini ditimbulkan untuk membuatkan para peneroka tidak percaya kepada FGV dan Felda. Momokan demi momokan dihamburkan untuk menakut-nakutkan peneroka supaya tidak bersama dalam penyenaraian FGV.

RM2 Billion dikatakan angka kerugian yang dialami oleh Felda. Semuanya untuk membuatkan bukan sahaja para peneroka malahan rakyat Malaysia yang lain bimbang dan pandang enteng kepada Felda dalam pengurusan wang.

Namun begitu, yang hak akan berdiri teguh, yang bathil akan rebah ke bumi. Penyenaraian FGV bukanlah satu keputusan yang semberono atau membuta tuli tanpa sebarang kajian terperincin dan teliti.

Ini bukan cara budak-budak Oren yang Mazlan Aliman bawak pergi serbu Felda ke Felda tanpa halatuju yang sebenar melainkan menyebarkan fitnah tanpa fakta dan perkara-perkara yang kononnya sulit tetapi kosong dalam ceramah.

Rundingan demi rundinga, perbincangan yang rapi dan teliti berdasarkan kajian telah dilaksanakan sebelum FGV benar-benar mampu untuk disenaraikan..Oh lupa nak bagitahu yang Felda berdiskusi dengan ramai pakar dan penasihat yang benar-benar faham ekonomi saham.

Bukan import dari Bangladesh dan import orang yang pernah hancurkan KOHILAL. Nampak jauh beza dekat situ. Kita tak pakai pakar ekonomi Selangor yang hanya cari salah orang dan tak duduk di pejabat.

Hasil daripada penyenaraian FGV, mereka teah mendapat dana sebanyak RM9.9 billion. Apa yang merisaukan pembangkang adalah kerana keuntungan yang berlipat ganda akan menguntungkan para peneroka untuk jangkamasa yang panjang.

Kalau untung lbih macamana Mazlan nak burukkan Felda? Sebab itulah mereka serang habis-habisan FGV. Sebetulnya mereka dah cemas bila FGV disenaraikan sebab kalau ikut pakar ekonomi dan saham. FGV akan untung untuk jangakamasa yang panjang. Sekarang dah tahu kenapa?

K7L : Banyak lagi kesongsangan fitnah terhadap Felda yang kita akan dedahkan..

No comments:

Post a Comment