Laporan mengenai keterlibatan Anwar sebagai dalang krisis Lahad Datu telah dikeluarkan oleh Reuters dan Manila Post. Media tempatan hanya memetik laporan tersebut.
Menurutnya lagi, "media arus perdana TV3 dan Utusan hanya menyampaikan dakwaan ini dan kita mendesak supaya Anwar menyaman pihak yang mengeluarkan maklumat tersebut (Reuters dan Manila Post)"
Anwar dikata akan menyaman Utusan dan TV 3 berjumlah RM 200 juta atas dakwaan memfitnahnya.
Dalam perkembangan yang lain, "Saya bersimpati dengan kematian pejuang negara yang telah bersabung nyawa untuk mempertahankan negara ini." katanya dalam satu sidang media yang selepas mempengerusikan diskusi bersama Deligasi Malaysia-Palestine Youth Movement di PWTC tengahari tadi.
Ahmad Maslan turut mendesak supaya satu tindakan harus dikenakan kepada Tian Chua dan para pemimpin pembangkang yang memperlekehkan pejuangan wira negara yang terkorban mempertahankan negara. -EH/PjO
No comments:
Post a Comment