18/01/2013

Wong Tack Penipu Terbaru Selepas Fuziah! #KL112 #Lynas



Alamak! Apa ini orang cakap? Keh keh Keh.. Puak Anti Lynas yang dikenali sebagai Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) rupanya berjaya melahirkan seorang wakil yang tak berapa cerdik. Mungkin akibat tertelan nadir bumi?

Apa yang dihamburkan oleh Wong Tack ketika Himpunan Penyokong Tegar pembangkang itu sebenarnya membuktikan bahawa objektif, perjuangan dan dasar yang dibawa oleh puak Anti-Lynas ini tidak konsisten dan berubah-ubah.

Nampak sangat isu yang mereka bawa ini Cuma satu retorikal yang mahu memberi impak negatif kepada kerajaan Malaysia dan Lynas. Erti kata lain ada agenda tersembunyi mengapa Save Malaysia Stop Lynas ditubuhkan. Opppsss… Tak berdaftar lagi. NGO haram lagi.

Dah nama pun haram, sebab itu perjuangan mereka berterabur. Bercakap tanpa fakta dan tidak konsisten. Mula-mula dulu kata projekLynas ini akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada penduduk Kuantan.

Semua ini cuma satu permainan politik pembangkang yang menjadikan SMSL sebagai proksi dan agen menakutkan rakyat Kuantan. Keris dahulu pernah menemuramah Dato’ Ti Lian Ker yang memberitahu tentang sejarah SMSL yang ditubuhkan :



Jadi bermula dengan kononnya tuduhan rasuah yang diheretnya sekali nama dua ADUN MCA. Sentuh isu rasuah bagai walhal tak da kena mengena pun dalam hal Lynas. Kemudian selepas kantoi dan tak menjadi, mereka babitkan pula institusi diraja Pahang. Tetapi yang pastinya, dari dulu hingga sekarang, dan apa saja yang mereka kata, bukti tak pernah ada.

Terus ‘backfire’ sebab fahaman sosialisme SMSL tidak diterima penduduk Kuantan. Maka SMSL berusaha pula menjadikan isu radioaktif untuk menakut-nakutkan rakyat Kuantan sekaligus menjadikan isu itu panjang sehingga membentuk persepsi nasional.
Kemudian mereka kata akan bawa ke mahkamah dan akan terima sebarang keputusan. Bila mahkamah dah buat keputusan yang Lynasboleh beroperasi, mereka mogok lapar pula. Nampak tak konsisten dan objektif tak tetap?

Namun setelah gagal menipu rakyat beberapa kali, kini Wong Tack pula dah bertukar pulak kepada benda lain :

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack:
"Negara yang indah ini dijajah oleh kompeni orang putih, kita mesti buang rejim yang korup ini. Pilihan di tangan kita ! "







Nampak tak konsisten kan? Memalukan dan tidak berisi. Cakap tanpa fakta langsung. Flip flop dalam menyatakan perjuangan. Macam tak da halatuju serta berterabur dia punya objektif. Sekejap untuk alam sekitar, sekejap pasal radioaktif, sekejap lagi mahkamah tak adil dan sekarang penjajah punya syarikat?

Kalau kau hisap rokok memang kau nak kena dengan Keris. Nak cerita penjajah sangat, agak-agak Wong Tack pakai kereta buatan Negara mana? Penjajah atau Malaysia?

Kini episod #Lynas dah sampai babak cerita penjajah pulak? Hahaha! Kelakar pun ada bila dengar episod terbaru SMSL ini. Tak masuk akal langsung.

Maklumlah kini mereka dah tak laku dan tak dilayan jadi sekarang cuba nak main sentiment penjajah pulak. Berapa banyak syarikat yang datang melabur di Malaysia? Wong Tack tahu tak apa itu pelabur luar? Anwar Ibrahim tak ajar ke?

Kini mereka dah kehabisan modal serta tiada apa lagi bukti untuk menunjukkan betapa bahayanya Lynas. Dah kantoi besar, mereka cuba pula untuk bermain dengan emosi rakyat tentang penjajah. Tapi sayangnya tak bBerjaya malahan orang buat tak tahu bila ia bercakap.

Apapun semua yang keluar daripada mulut Wong Tack ketika itu macam tin kosong. Mungkin Wong Tack kena pergi sekolah semula dan belajar fahami apa isi nak cakap. Failed! Eh kejap! Wong Tack orang mana ya? Orang Kuantan atau Orang Kota Kinabalu?

Jadi layakkah dia nak bercakap untuk orang Kuantan yang sememangnya menolak puak Anti Lynas ini?
K7L : Merapu betul perjuangan mereka ini..

1 comment:

  1. ini sinang punya celita lo..lu offer kdai kopi sebelah itu kilang lynas punyerr ini kompom itu cibai punya mulut tutup maaa..tiu liama khah choa haiiii...bnyak ckp saja ini kuantan punya olang pun talak bising..soohhaiii.

    ReplyDelete