25/01/2013

Episod 1 : Save Malaysia Stop #Lynas - Dibayar Berbillion Ringgit Malaysia?



Alamak! NGO Save Malaysia Stop Lynas ada dapat dana yang besar? NGO apa yang boleh dapat dana banyak-banyak hanya untuk tutup sebuah kilang? Hairan bin ajaib kan? Kononnya SMSL satu NGO yang ditubuhkan bagi perjuangan demi keselamatan dan kepentingan rakyat setempat iaitu di Kuantan.

Kemudian SMSL dah jadi besar dan cuba memburukkan keadaan dengan menyatakan kepetingan orang awam mampu terjejas setelah wujudnya Lynas di Pahang yang mana akan memberi kesan bukan sahaja Kuantan malahan satu Malaysia.

Pelik juga dari mana datangnya duit untuk buat majlis, untuk buat t-shirt dan bayar pentas semua setiap kali himpunan hijau anti Lynas. Kini mereka dah daftar sebagai satu syarikat iaitu SMSL Sdn Bhd.


Kenapa syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan pecinta alam sekitar? Nampak sangat retorik mereka dalm perjuangan. Mereka yang seringkali berdiri diatas dasar perjuangan alam sekitar hanya mengecam kilang Lynas?

Kenapa mereka tidak mengecam kilang solar di Pulau Pinang? Projek Solar yang dibangunkan di Batu Kawan tidak pula ditentang walhal disana lebih berbahaya. Projek solar mampu menjana radiasi elektromagnetik & mampu menjejaskan alam sekitar.

Semua maklum bahawa projek kilang solar memerlukan kawasan yang luas, kalau tidak, macam mana nak kumpul tenaga solar yang mencukupi. Ini bermakna habitat semula jadi akan dikorbankan. Sudah la Pulau Pinang tu kecil dan padat, mana lagi haiwan-haiwan liar nak lari kalau habitat semula jadi mereka terjejas?

Tambahan pula, panel-panel solar yang digunakan mengandungi bahan-bahan merbahaya. Sekiranya panel-panel tersebut rosak atau dibuang secara tidak behemah, ini akan bukan sahaja membahayakan alam sekitar, malah kesihatan penduduk setempat.

Lagipun, projek tersebut dibuat dikawasan berhampiran dengan kawasan penempatan, walhal kilang Lynas dibina di dalam kawasan perindustrian.

Kenapa SMSL tak mempersoalkan kerajaan Lim Guan Eng? Adakah syarikat kilang solar tersebut membuat EIA terperinci? Bagaimana pula proses pembuangan komponen solar yang rosak? Adakah kerajaan Lim Guan Eng menerangkan kepada penduduk setempat pasal pembinaan projek tersebut?

Soalan-soalan tersebut yang perlu ditanya oleh SMSL, bukan mempersoalkan Lynas yang telah disahkan selamat oleh AELB & IAEA.

Maka mengapa Hanya Lynas yang menjadi objektif SMSL jika mereka benar-benar mencintai alam sekitar? Mengapa ada pilih bulu pula atau agenda tersembunyi? Apakah SMSL telah dibayar oleh ‘orang luar’ hanya untuk memastikan Lynas ditutup?

Kalau nak kata Lynas sangat berbahaya, kita tengok apa bahayanya projek solar yang ingin dibangunkan di Batu Kawan :

Beberapa minit paparan radiasi elektromagnetik dapat mengubah 5% sel kanser aktif berubah kepada 95% sel kanser aktif, malahan boleh menyebabkan Penyakit Alzheimer’s, Multiple Sclerosis & Parkinson’s lebih cepat berlaku kepada mangsa radiasi.

2 minit pancaran radiasi elektromagnetik, dapat melemahkan sel darah, sehingga protein dan racun/toksin bocor dan kemudian masuk ke dalam otak. Inilah yang membuka jalan bagi berkembangnya berbagai penyakit seperti Penyakit Alzheimer’s, Multiple Sclerosis & Parkinson’s

Jadi kenapa hanya Lynas? Mengapa tidak tutup kilang rokok? Nampak macam perjuangan SMSL tidak tepat dengan tagline mereka yang memilih warna hijau atas factor mesra alam dan mencintai alam. Perjuangan mereka hanya mahu melihat Lynas ditutup!

Orang yang buat macam itu hanya orang upahan sahaja! Tak percaya ke yang SMSL dibayar? Keris dengar Gabungan NGO Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) dan Kelab Wartawan Belia Malaysia telah menggesa agar NGO SMSL ini disiasat kerana dikhuatiri mempunyai agenda tersembunyi yang mampu bersifat menghasut rakyat membenci kerajaan selain daripada mahu menutup Lynas.

Sehingga ke hari ini SMSL masih lagi berterusan membawa fakta-fakta yang mengelirukan dalam usaha membohongi pemikiran rakyat. Usaha mereka bukan hanya memakai air liur sahaja tetapi dengan cetakan baju, poster, malahan ada mengupah sekumpulan anak muda untuk membuat artwork kreatif.

Dari mana mereka dapat duit untuk buat semua itu? Keris sendiri pernah dapat free baju Himpunan Hijau dan tengok kualiti bajunya agak tinggi. Erti kata lain kosnya sudah tentu mahal. Nak buat video yang Fuziah berlakon tu pun pakai duit jugak. Kos masih tinggi. Paling kurang RM10,000 hanya untuk video sahaja.

Peliknya, mereka dengan tak malu menjalankan kutipan derma baru-baru ni, kononnya untuk membayar pampasan RM10,000 kepada kerajaan pusat dan Lynas, sedangkan selama ini mereka mampu membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk ke Australia dan Jerman.


Banyaklah nak cakap! Ini semua model-model yang diupah untuk bergambar, seorang dah bayar berapa puluh ribu ni?


Itupun ada hati nak minta derma. Kalau dah namanya penipu semua benda mereka nak sapu. Mula-mula tipu rakyat dan sekarang nak minta duit mereka pula?

Perjuangan pun tak betul sebab tak fokus pada alam sekitar tetapi hanya ada intensi menutup Lynas sahaj dan dari mana mereka dapat wang untuk buat semua benda?

K7L : Episod 2 Save Malaysia Stop Lynas - Mari Kita Melancong Ke Australia!

No comments:

Post a Comment