31/08/2012

Pendemo #JanjiBersih Tak Diajar Tentang Cerita Ini?




Mereka diajar menyambut kemerdekaan dengan membakar gambar pemimpin. Memang seperti manusia yang tidak bertamadaun. Mereka perlu tahu 'sifat' sebenar 'MERDEKA' itu. 

Nah tengok sendiri video ini baru kamu tahu apa itu erti merdeka.

K7L : Menitik airmata melihat anak muda diajar sebegitu rupa..nasib baik masih ada lagi anak muda yang menjadikan Barisan Nasional sebagai pilihan..

Panas! Cubaan Menghasut Kaum Cina Ketika #JanjiBersih Sebentar Tadi!



Lihat sendiri bagaimana cubaan menghasut kaum cina ketika #JanjiBersih dilakukan. Mengajar erti kemerdekaan dengan hasutan adalah sama dengan modus operandi Lim Kit Siang ketika 13 Mei. Inilah kunci sebenar #JanjiBersih dilaksanakan.

DAP yang kini telah mula goyah setelah pergolakan dalaman yang membuatkan ramai orang cina tidak yakin lagi kepada mereka sementelahan mereka ini juga antar pelopor kehuru-haraan negara.

Inilah doktrin yang seperti mahukan 13 Mei berlaku sekali lagi. Inilah spesies yang menolak keamanan secara terang-terangan.

K7L : Tak dapat nak hasut melayu kini mereka mula menghasut cina pula?..

[Video] #JanjiBersih Raikan #Merdeka55 Dengan Bakar Gambar @NajibRazak



Biadap! Inilah ajaran puak pembangkang kepada anak-anak muda Malaysia. Mereka diajar untuk tidak menghormati pemimpin pilhan majoriti rakyat Malaysia. Mereka diterapkan dengan kebencian kepada kerajaan. 

Jika tindakan liar inilah yang mahu dijadikan sebagai panduan untuk anak-anak kecil kita, bayangkan apakah kita mahu jadi seperti Syria yang terus menerus bergolak? Apakah ini yang  rakyat Malaysia mahu? 

Membakar dan memijak gambar pemimpin adalah satu sifat baik? Jangan terkejut kelak anak-anak kita memijak gambar kita jika protes. 

K7L : Buat keputusan ketika mengundi..mahu pemimpin yang suka pada huru-hara atau pilih pemimpin yang menstabilkan negara? 

30/08/2012

Haron Din Pertahankan Nasha - Puak 'Anwarinnas' Mula Meloncat!




Akhirnya puak PAS pro Anwarinnas sudah mula goyang dan gusar kerana kebimbangan mereka jika bayangan Timbalan Mursyidul Am PAS mula kelihatan maka mereka akan tenggelam. 

Menjadi kenyataan setelah sekian lama mendiamkan diri dan 'ditanam' oleh Anwarinnas [Klik Sini], kini Haron Din bangkit dan mempertahankan Nasha yang kini sedang memberi 'signal' dia akan keluar parti. 

Kini Haron Din telah bangkit dari 'kuburan' yang dibuat oleh puak Anwarinnas maka apa yang bakal berlaku kelak? Keris hanya mampu beritahu bahawa kini Puak PAS telah berpecah dua, dimana Puak Ulama sudah mula memberi tekanan dan khabar dari rakan dalaman PAS, Ulama PAS semua telah bersatu dengan satu keputusan yang muktamad. 

Apa keputusan yang mereka persetujui bersama itu?

K7L : jeng..jeng..jeng..

27/08/2012

Unit Amal PAS Beramal Dengan Pukul Orang?



Gambar ini diambil ketika satu ceramah dan majlis hari raya yang dihadiri oleh rakan Keris di Selangor. Lihat sendiri bagaimana mereka berkawal. Serupa samseng! Pakai kopiah tapi mata usha awek jugak. 

Unit Amal PAS ini memang terkenal dengan mereka-mereka yang gemar memaki hamun polis. Nak tuduh UMNO samseng sedangkan mereka dilatih untuk menjadi samseng sambil tunjuk muka baik. Inilah sikap sebenar puak PAS.

Berselindung disebalik agama demi mendapatkan kuasa. Matlamat menghalalkan cara mereka. Sekarang siapa samseng?

K7L : Malam itu ada satu kejadian..tunggu...

Karpal Menikus Setelah Dengar Apa TUn Mahathir Cakap?



Orang yang paling digeruni oleh Karpal Singh adalah Tun Mahathir. Kenapa? Kerana zaman pemerintahan beliau puak DAP seakan tiada modal untuk membuat huru-hara seperti sekarang. 

Kepada Karpal Singh :

Tun Mahathir sudah bersedia. Apa lagi? Bolos saja dinding ituuuuuuuuu..

K7L : Karpal hanya pandai cakap je..tapi penakut sebenarnya..

Bukti Nik Aziz Hanya Mahu Puaskan Nafsu Anwar Dengan Hukum Islam?




Adilkan? Inilah kesan syiah dalam perundangan Kelantan. Kenapa Keris kata begitu? Kerana puak syiah memang hebat dalam membuat hukum sendiri. Boleh kaji sendiri jika pembaca tak percaya. 

Diatas bukti bentuk perundangan syiah dan terapan 'jahiliyyah' yang mana kaum wanita ditindas. Yang salah semua wanita dan peranan wanita seakan tidak wujud dalam PAS Kelantan. Hanya dipergunakan sahaja adalah. 

Kepada orang Kelantan. Acu Test Sepenggal!

K7L : Apa jadi YY balik Kelantan haritu?..

26/08/2012

Pemuda UMNO Malaysia Lesu? #Pemuda64



Hari ini merupakan ulangtahun yang ke-64 buat Pemuda UMNO Malaysia. Seringkali kita dengar bahawa Pemuda sudah tidak mempunyai taring, lesu,lembab, tak berfungsi dan macam-macam lagi benda yang tak pernahnya elok kalau berbicara tentang Pemuda UMNO.

Namun sejak 2 tahun kebelakangan ini, secara peribadi Keris dapat melihat keperkasaan Pemuda UMNO mula stabil dan momentum untuk menjadi 'garang' telah bangkit semula. Kini apabila bercakap tentang Pemuda UMNO Malaysia, orang muda sudah mula memandang tinggi. Keris masih lagi menantikan samada penubuhan semula Pemuda Tahan Lasak, Ginger Group dan Komando Pemuda sebagai pemangkin semangat dan kekuatan Pemuda kelak.

Malam nanti Keris terasa ingin menulis untuk beri pandangan peribadi terhadap beberapa bekas Ketua Pemuda. Keris coretkan dahulu sedikit sejarah Penubuhan Pemuda UMNO Malaysia :

Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga corak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis).


Negeri-negeri Selat diperintah secara langsung oleh British melalui seorang Gabenor British dan tarafnya adalah sebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak di bawah seorang Pesuruhjaya British yang berpusat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri tersebut dilantik seorang Residen British. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, pihak British telah melantik seorang wakilnya yang dipanggil Penasihat British.

Kedatangan semula pihak British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua telah membawa satu corak pemerintahan baru yang bertujuan untuk menyatukan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura di bawah satu pemerintahan pusat yang diperintah terus oleh seorang Gabenor British. Gagasan Pentadbiran baru yang dirancang oleh pihak British itu dinamakan Malayan Union. Gagasan ini telah dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Bagi menjayakan gagasan tersebut sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Sir Edward Gent' telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula. Jawatankuasa tersebut telah merangka satu dasar yang telah dipersetujui oleh kerajaan British untuk dilaksanakan. Antara rangka-rangka utama yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut adalah:

1. Sebuah kesatuan bernama Malayan Union untuk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Melaka dan Pulau Pinang.
2. Kerajaan berasingan bagi Singapura.
3. Seorang Gabenor-Jeneral bagi kedua-dua Malayan Union dan Singapura.
4. Kewarganegaraan serupa bagi kedua-dua Malayan Union dan Singapura.

Di dalam rancangan Malayan Union, Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Alasan pihak British untuk mengasingkan Singapura ini adalah disebabkan kedudukan Singapura sebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju dan merupakan sebuah bandar yang besar serta mempunyai penduduk Cina yang ramai. Keadaan ini berlainan dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak British, apa yang nyata ialah Singapura mempunyai kedudukan ekonomi yang baik dan menguntungkan British. British bertanggapan adalah amat merugikan untuk menyatukan Singapura dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

Antara perkara-perkara utama yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu melalui rancangan Malayan Union ialah mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu serta penukaran taraf Negeri-negeri Melayu. Apa yang menimbulkan kontroversi itu ialah penukaran dari negeri-negeri naungan British sebelum ini kepada negeri-negeri jajahan British. Melalui rancangan ini semua anggota Majlis yang ada dalam rancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setianya kepada Ratu Inggeris dan bukan lagi kepada raja-raja Melayu.

Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri. Melalui rancangan ini, Gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadap sesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura. Kuasa yang ada pada Gabenor ini adalah lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayu itu sendiri.

Mengenai kerakyatan, mereka yang berhak adalah terdiri daripada mereka yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengan syarat mereka telah menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun.

Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagai persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Melalui Setiausaha Tanah Jajahan, Kerajaan Bersekutu telah menghantar Sir Harold Mac Michael untuk melaksanakan tugas mendapatkan tandatangan tersebut.

Dengan kepintaran melakukan tipu helah dan membuat ugutan-ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya Mac Michael telah berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945. Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapi mereka terpaksa menurut demi untuk menjaga kepentingan mereka. Mac Michael telah mengugut akan menurunkan takhta Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjian tersebut dan menggantikan mereka dengan kerabat di raja yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan mereka.

K7L : Aku bangga aku salah seorang daripada Pemuda UMNO Malaysia!

24/08/2012

Apa Kaitan Al-Faruqi, Jesuit Dan Freemason Dengan Anwar?

AIDC - Semasa saya belajar PhD di salah satu universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi dengan kegiatannya untuk “menegakkan” Islam, terutamanya melalui idea “clash of civilizations” (Pertembungan peradaban).

Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.

Selepas itu, saya tidak lagi terpengaruh dengan idea Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia, termasuk Anwar Ibrahim.

Al Faruqi telah dididik oleh mubaligh-mubaligh Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika Syarikat (AS) sebagai profesor (Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, AS. Dr Muhamad Nur Manuty juga pernah menuntut di universiti yang sama).

Anak-anak didik seperti inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya sudah terbongkar.

Dan, pada masa itu, Anwar sangat aktif, rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui saluran intelektual. Rancangan Barat itu hampir berjaya setelah mereka mampu meletakkan Anwar di samping Dr Mahathir, sehingga Anwar menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.

Allah MAHA KAYA, rancangan untuk meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya telah maklum, siapa Anwar yang sebenarnya, walaupun pada satu ketika dahulu Mahathir pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar.

Allah telah selamatkan Malaysia.

Kenapa Al Faruqi Mati Dibunuh ?

AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young (seorang kulit hitam yang memeluk Islam dengan Yusuf Ali) membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual di kalangan pelajar pelajarnya.

Berikut laporan Amy S Rosenberg dalam Philadelphia Inquirer yang diterbitkan pada 21 Februari 1987:

“Joseph Louis Young telah menikam pemikir Islam, Ismail Al Faruqi dan Lois al-Faruqi (pasangan suami isteri) dengan pisau 15 inci, hingga mati, di rumah kediaman pasangan suami isteri itu, di bandar Cheltenham (sebuah bandar di Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania) kerana pembunuh mensyaki mereka mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia, menurut pengakuan Young yang dibacakan di mahkamah dalam perbicaraan semalam”

Itu merupakan keterangan saksi, pada hari pertama perbicaraan kes kematiannya dan Lois Lamya Al Faruqi (isterinya) di Mahkamah Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Detektif Polis Philadelphia, Carol Keenan, telah membacakan pengakuan bertaip, lapan muka surat itu di mahkamah yang ditandatangani oleh Young apabila dia ditangkap pada 16 Januari 1987.

Berdasarkan pengakuan tersebut, Young, yang juga dikenali sebagai Yusuf Ali, telah membunuh pasangan suami isteri itu kerana dia “mengetahui bahawa Dr. Faruqi dan isterinya mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia.”

Peguam pembela Yong bernama Stephen G. Heckman berkata, semasa zaman kanak-kanak, Young, 40 tahun, dari Utara Philadelphia, telah diserang secara homoseksual oleh seorang lelaki. Homoseksual adalah “satu perbuatan yang memalukan untuk umat Islam,” kata Young dalam pengakuannya

Kenyataan Young itu menyatakan dia telah diberi galakan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam (Muslim Student Association) atau lebih dikenali sebagai MSA, sebuah organisasi pelajar nasional.

Ghulam Nabi Fai adalah seorang rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. MSA ini adalah asas kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Ismail Faruqi.

Menurut kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq (Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib) yang menetap di AS memainkan peranan penting menubuhkan MSA (1963).

Dari MSA dikembangkan keseluruh dunia menjadi pelajar Islam sedunia yang dikenali sebagai IIFSO (1969). Apabila pelajar tersebut melepas zaman pelajarnya, ditubuh pula persatuan belia, WAMY (1972) dan badan pemikir IIIT, 1981.

Berdasar kepada kenyataannya itu, Young menyatakan dia dan Nabi Fai adalah “kawan karib…dia (Nabi Fai) tidak pernah menyatakan secara langsung, tetapi saya tahu dia sentiasa mengharapkan agar Dr. Faruqi dan isterinya akan mati apabila dia berkata secara berlawak tentang mereka (Ismail Al Faruqi) dan mengelarkan mereka sebagai ‘Big Bubba’.”

‘Big Bubba’ adalah satu istilah yang digunakan dalam masyarakat kulit hitam yang bermaksud ‘seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan lelaki lain sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara.

Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21

Anwar Dikader Di Universiti Jesuit

Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.

Jesuits bermaksud ‘Ahli Kumpulan Jesus’ atau ‘Satu Pasukan Tentera Agama Jesus’ yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.

Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi yang juga dikenali sebagai ‘orientalis’.

Mereka mengelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown.





Anwar Ibrahim di bawah bayangan logo Jesuit

Universiti ini adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit sangat jelas, dan dari sana Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan dengan Zionist dan Mossad.

Sangat sedikit rakyat Malaysia pernah belajar Jesuitism , dan sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak mempunyai pengetahuan tentang Jesuits.

Terdapat lebih kurang 25,000 Jesuits yang mempunyai paling tinggi (sumpah) di dunia , di mana kira-kira 10% berada di negara India. Rangkaian mereka sungguh cemerlang, mencampuradukkan keagamaan, pendidikan, mubaligh, politik, dan unsur-unsur diplomatik, kesemuanya menjadi satu rangkaian perisikan yang padu.

The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, ini merupakan punca isu Kalimah Allah.


Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengetahui berkaitan dengan Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons, New World Order, Nazis dan lain-lain , tetapi amat jarang mereka mengetahui tentang Jesuits.


Tokoh-tokoh di belakang Anwar Ibrahim adalah Jesuits – organisasi mereka paling berkuasa di dunia. Anwar ‘hebat di kaca mata dunia’ disebabkan oleh hubungan networkingnya dengan Jesuit – Pengkalan mereka di Asia Tenggara adalah di Manila, Ateneo de Manila University, tetapi mereka mempunyai pusat-pusat di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.


Putera Al Waleed Talal mempunyai hubungan sangat rapat dengan Jesuits, seperti juga hubungannya denga Zionists dan Mossad. Begitu juga dengan Anwar.


Al Waleed Talal, anak saudara Raja Arab Saudi ini adalah salah seorang pelabur terkaya di dunia, yang mendapat kepentingan besar dalam Citigroup (organisasi rangkain bank Yahudi). Menerima banyak publisiti, sebahagiannya negatif, pada Disember 2005 menderma sebanyak $20 million kepada Harvard dan Georgetown untuk mengembangkan jabatan-jabatan kajian Islam di sana.



Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).



Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.


Pada Januari 2006, dengan seorang rakan kongsi, Al Waleed Talal mengumumkan perjanjian $3.9 billion untuk membeli Fairmont Hotel & Resorts.


Pada Februari beliau menyenaraikan pemegangan hotelnya dalam bursa saham di Dubai. Bercadang untuk menjadikan kumpulan pelaburan utamanya, Kingdom Holdings, (di London kepada pertukaran Arab Saudi pada akhir tahun ini.

Putera Alwaleed Bin Talal Al Saud mendapat tempat kelapan di antara The World’s Richest People In 2006′.


Buka Minda, Buka Mata


Kita mesti buka mata. Ini bukan hanya berkenaan Yahudi-Freemason Illuminati NewWorld Order. Tetapi, ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order. Buka minda, buka mata.


Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut mereka :


Dalam Jesuit Oath (Sumpah Jesuit), pemimpin baru Jesuit diarahkan “anda telah diajar berlakon ‘dissembler’ (menyamar atau bersembunyi di belakang sesuatu yang palsu): antara Katolik Rom menjadi Roman Katolik , dan menjadi seorang pengintip walaupun di antara saudara anda sendiri; tidak mempercayai dan menyakini kepada sesiapa.


Antara Reformers, menjadi seorang reformis ; antara Huguenots (reformer protestan gereja di Peranchis), menjadi seorang Huguenot; antara seorang Calvinists (Reformasi Protestan), menjadi seorang Calvinist ; antara Protestants lain, menjadi seorang Protestan , dan mendapatkan keyakinan mereka, untuk berdakwah dari mimbar mereka , dan untuk mengutuk dengan semua kesungguhan dalam sifat Agama Suci kita dan the Pope; malah untuk turun begitu rendah sebagai seorang Yahudi antara orang-orang Yahudi, bahawa anda dibolehkan menghimpunkan bersama semua maklumat untuk manfaat Order anda sebagai seorang askar setia the Pope…


Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna.(The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


Sambungan dari Jesuit Oath : “Anda telah diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan menghasut mereka untuk pertumpahan pertumpahan darah, melibatkan mereka dalam peperangan antara satu sama lain , dan mencipta revolusi-revolusi dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan.


Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


Jesuit Oath juga menyatakan “Anda telah diajar tugas anda adalah sebagai seorang pengintip, menghimpunkan hampir semua perangkaan-perangkaan, fakta-fakta dan maklumat dalam ‘tangan anda’ dari pelbagai sumber; untuk meningkatkan diri anda ke dalam keyakinan keluarga Protestant dan orang berfahaman menyeleweng dalam setiap kelas dan perwatakan, daripada saudagar, banker, peguam, di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, dalam parlimen dan badan perundangan , dan mahkamah-mahkamah dan majlis-majlis tempatan negeri , dan untuk ‘menjadi semua benda untuk semua manusia,’ matlamat akhirnya kepada the Pope, yang menjadi hamba kami sampai mati.” (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN JESUITS kerana kita telah diINFILTRATE sekian lama melalui orang-orang seperti Anwar Ibrahim.


Isu Kalimah Allah juga merupakan satu daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu oleh rakan-rakan di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul-betul, semua ini telah berlaku di negara kita.


Awasi Misi Mereka

Agensi-agensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.


Saya tidak boleh memasukkan grafik di sini, jadi saya tidak boleh menunjukkan versi grafik sambungan antara 4 agensi-agensi. MI5 / MI6 ialah satu lagi agensi utama, tetapi tidak dimasukkan.


Modus operandi Anwar adalah bersama dengan mereka. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan “regime change”(perubahan kerajaan) di Malaysia.


PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik untuk ‘regime change’ (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12.


Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa, jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13.


Anwar Ibrahim boleh dapat sponsor dari luar negara (pinjam dulu), tetapi apabila sudah menang PRU, pinjaman harus dibayar balik oleh Malaysia. IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.

Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu!


Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13. Ini semua berkaitan tentang UNDI , dan ini dapat dimanipulasi dengan WANG. Demokrasi sendiri boleh dijadikan satu amalan tertinggi rasuah!


Mana-mana sistem adalah baik, tetapi manusia boleh merosakkannya. Thailand ialah satu contoh yang baik di mana Thaksin telah membeli penyokong-penyokongnya. PRU 13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. Inilah yang dikehendaki oleh penaja-penaja tersebut.


Masyarakat Cina telah melakukan perkara yang sebenarnya buruk di Xinjiang. CIA telah mengambil kesempatan untuk menyokong kumpulan pemisah. Bukan sahaja media China mahupun media Barat, semuanya memberitahu kebenaran.


Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara.


Kumpulan “Pro-Demokrasi” adalah projek CIA. CIA menyokong pemimpin-pemimpin “Pro-Demokrasi” – Su Kyii (Myanmar), Anwar Ibrahim (Malaysia), Rabeya Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) dan lain-lain lagi. Jangan terperangkap dalam permainan ini.


Di Thailand terdapat Thaksin. Di Nepal, sekutu-sekutu Jesuit-Communist menjatuhkan Raja Agama Hindu, dan hari ini, diperintah oleh Maoists. Tidak mengapalah, Maoists atau Komunis atau Sosialis atau prodemokrasi… – mereka adalah sama, DIKAWAL OLEH ORANG YANG SAMA!


Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh institusi asing .


Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG.


Apa Mereka Bakal Lakukan


Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan. Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru.


Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi tersendiri.


(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.


(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.


(3) Ekoran daripada itu, dapat menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon-calon bukan BN, dan mendapatkan undi majoriti daripada Sabah dan Sarawak menggunakan saluran underground.


(4) Membariskan pemimpin-pemimpin baru, termasuk bekas ahli-ahli politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.


(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa dan sebagainya

(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.

(7) Menumbangkan BN pada PRU13.


(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.

(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.


(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran ‘New Age’ (plurisme agama) dan kehendak NWO (sistem Dajjal).

Pada masa sama, PRU 13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam-macam lagi fitnah Dajjal.

Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik-taktik halus.


Pada ketika ini, Anwar telah lulus dari “Akademi” CIA – cara-cara untuk melakukan operasi tersembunyi (false flag).

Selamat berjaya Anwar, tetapi dunia tidak berakhir di sini, terdapat dunia AKHIRAT yang anda akan diperhitungkan nanti.

K7L : Tolak Anwar!..Hancur PKR!..

@AzminAli Salahkan UMNO Kerana Dosanya Terhadap Mak Tom?





Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO) membuatkan kita tersenyum sinis. Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.

Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan. Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO, tetapi Anwar Ibrahim.

Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO. Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi.

Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi. Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media. Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya? Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka.

Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya. Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’. Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan. Namun, apa yang kita harapkan dari seorang pondan.. Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan. Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat.

Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat. Tidak mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin? Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya.

Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah. Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara? Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat.

Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah. Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.

Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender. Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.

Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.

K7L : Nak kata apa?..hati kalau dah hitam..memang macamtu..

Filem Yang Dinantikan Oleh Lim Kit Siang Akan Ditayangkan November 2012!



Cerita yang buatkan Lim Kit Siang tak senang duduk ini akan ditayangkan pada bulan November nanti. Apa sebenarnya yang sangat ditakuti oleh puak DAP tentang filem ini? Mengapa mereka meroyan? Apakah pembongkaran dilakukan melalui filem ini?



K7L : Tak sabar pulak nak tengok..

@RealDrMAZA Kata Kerajaan Sedang Nazak Sebab Lagu Janji Ditepati?



Tahu tak ini kenyataan manusia jenis yang macam mana? Jenis yang rasa diri dia dah cukupn bagus dan cukup pandai. Sebagai seorang Mufti yang arif tentang ilmu agama sepatutnya dia memberi nasihat dan bahasa yang perlu digunakan harus rendah dan lembut.

Ramai yang tidak bersetuju dengan lagu tersebut termasuk liriknya yang telah menimbulkan kontroversi namun tidak perlu komen sebegitu rupa. Ini mesej yang agak universal. Kepada MAZA, harus diingat status anda dahulu adalah Mufti, ini bukan contoh yang baik untuk diteladani oleh umat Islam di Malaysia.

Jangan rasa diri anda tidak punya khilaf sehingga apa yang terpacul dari mulut semuanya betul. Bahaya tu! 

Keris bertanya kepada Ustaz Fathul Bari dan beliau berkata, "Kita memang bebas mengkritik, tetapi kita juga perlu beradab". Haaa! Nampak tak bahasa yang bagaimana digunakan oleh UFB? Mungkin selepas ini MAZA kena belajar cara beradab.

K7L : Hai si pening lalat!.. 

Puak PAS Kata Gambar Nik Aziz Ini Super Impose? #PASrabut



Puak PAS meroyan dalam facebook dan twitter dan kata gambar tersebut merupakan sumper-imposed. Gila! Dah terang-terang itu Nik Aziz masih lagi nak nafikan. Inilah ajaran Anwar Jesuit yang mengamalkan politik tuding jari dan penafian.

Apapun pembaca bezakan sendiri. Betapa zuhudnya puaknya PAS ini dan taksubnya mereka kepada Nik Aziz yang tak jaga rakyat Kelantan.

K7L : Sampai pertikaikan Maulud Nabi..Nik Aziz tak layak jadi pemimpin Islam!..

Gempar! Video Yang Lebih Hangat Daripada Video Seks Anwar Ibrahim!



Jika dahulu Anwar Ibrahim dah terkantoi tentang video dan tidak rasa malu untuk tunjuk muka pada rakyat Malaysia namun kepercayaan dan kredibitinya hancur. Tidak seperti mamat dalam video ini walaupun dia menari ala-ala kuda tapi dia berjaya membuat satu momentum tarian baru yang menjadi ikutan dunia terutamanya di Korea.

Apapun memang best video ini!

K7L : Oppa GangNam Style!

23/08/2012

Blogger Harapan Esok Nak Tutup Blog Sebab Blogger APA?



kalau APA nak tahu anak-anak yatim ni tak dapat makan dan minum apa pun (sindir)..bubur dan pulut kuning atas meja tu adalah KONSPIRASI UMNO nak khianat anak-anak yatim (SINDIR LAGI)...anak-anak yatim itu pun pulang dengan kelaparan kerana tak makan apa pun...(Sindir lagi)...kikiki (ketawa sikit)

HE : K lah aku nak TUTUP BLOG...lepas ni kalau UPDATE maknanya BUKAN AKU..UNDER PROTES...nantikan countdown untuk pendedahan PANAS BERAPI...aku nak masuk PAS...nak jadi Blogger PAS plak..ops...kikiki

Apa jadi sebenarnya ini? Kepada blogger APA yang Keris lihat sebagai seorang abang. Sudah-sudahlah tu. Kata nak tulis pasal rakyat. Pergi cari isu rakyat. Jangan nak jadi macam Uncleseekers sangat bro. Tak ada niat pun nak masuk campur. Blogger Skema ini cuma berpesan. Lagipun Keris tak berminat bila APA menyentuh KPI dan UMB dalam posting. Berhati-hati ketika menulis ya!

Baca apa jadi di [Harapan Esok]

K7L : U should not write it that way..tak matang..

UMNO Pro Sunnah - PAS Pro Syiah?




Apa yang anda lihat setelah meneliti kedua gambar diatas?. Keris membiarkan pembaca untuk menilai. Siapa As-Sunnah dan siapa Syiah!

K7L : Nak kata apa lagi?..

Cubaan ABU Untuk Popular Semula Buatkan @razlanrafii Mengamuk!


Sebenarnya ABU kini telah goyah dan mempunyai masalah kepimpinan serta penyokong dimana Keris pernah tulis di [SINI] dimana kini mereka sedang mencari masalah pula di kawasan Seputeh. 


Kini puak-puak ABU yang tertinggal cuba meraih populariti murahan dengan meletakkan sticker ABU di banner ucapan Selamat Hari Raya UMNO Bahagian Seputeh. Dalam erti kata lain mereka melakukan vandalisme yang memang seakan menjadi mainan mereka. Apakah sikap ini yang mahu diterapkan kepada rakyat Malaysia? 


Susulan daripada kejadian tidak bermoral itu, Saudara Razlan selaku Ketua Pemuda UMNO Seputeh telah membuat laporan polis menyatakan kekesalan dan meminta perkara ini disiasat dan mereka yang bertanggungjawab melakukannya diambil tindakan yang setimpal.


Semalam Keris ada menghubungi beliau dan beliau berkata," Ini semua kerja manusia yang tidka mempunyai kesedaran sivik. Sudahlah mereka mengambil nama keramat UMNO dalam pertubuhan yang tidak berdaftar sudah satu hal, kini mereka berani pula untuk membuat vandalisme di kawasan Seputeh. Biadap! Tidak ada sivik!  Itu sahaja Abang Lan boleh luahkan kepada Keris!".

Apapun tahniah kepada Saudara Razlan kerana berani kehadapan. Ini baru PEMUDA!

K7L : Raya pun nak buat dosa ke bebudak ABU ni?..

Lambakan Warga Asing - Imigresen Kawal Atau Tidak?



Saban hari kita melihat bilangan warga asing di Malaysia semakin hari semakin ramai. Sehinggakan pada sesetengah tempat di Malaysia ini dikuasai dan dibanjiri oleh mereka.

Cuba pergi ke shopping complex kawasan Klang, penuh dengan mereka sahaja. Cuba naik bas di kawasan Kuala Langat, memang warga asing sahaja yang penuh. Naik tren dari Serdang, awang hitam bukan main banyak sampai mereka naik juga ke koc wanita.

Pernah anda lihat anak gadis Malaysia diganggu oleh warga asing? Keris pernah lihat depan mata sendiri. Bayangkan yang diganggu itu saudara perempuan kita. Nak tunggu jadi apa-apa baru nak kisah?

Jangan kerana lambakan warga asing ini rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun pihak PDRM memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika anda menemuramah mereka, rata-ratanya tidak mempunyai pengesahan yang sah.

Bagi beberapa pembawa masuk warga asing pula. Taktik mereka adalah dengan membawa masuk warga asing dengan passport dan visa pelancong. Setibanya di Malaysia akan ada beberapa tekong moden yang ambil dan buat permohonan di Imigresen. Tak boleh juga salahkan Imigresen kerana mereka menerima permohonan mengikut prosedur namun pengawalan tampak sedikit kurang.


Pernah Keris terbaca statistik warga asing yang bekerja di Malaysia mencecah jutaan orang. Sistem 6P memang terbaik namun jika masih wujud tekong-tekong moden yang tidak dikawal maka masalah lambakan tetap ada.

Keris mencadangkan pihak Imigresen melakukan siasatan di beberapa tempat yang umum tahu dibanjiri oleh warga asing. Tempatkan RELA di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebab mereka memang 'gerun' dengan RELA yang tegas dan baik dalam melakukan kawalan keselamatan.

Program 6P yang pertama sudah selesai. Sepatutnya sudah ada operasi pembersihan warga asing dibuat terutama kepada mereka boleh mendatangkan ancaman kepada negara. Kawalan masuk warga asing dan pemberian PR mahupun visa harus diketatkan dan lebih terperinci bagi membendung lambakan dan penerimaan kemasukan tanpa kawalan.

Apapun Keris masih menyokong program 6P yang dilaksanakan oleh KDN. Langkah yang baik telah dilakukan oleh Menteri namun harus diteruskan oleh agensi-agensi dibawah KDN.

Jangan terkejut jika suatu hari nanti warga asing dihasut pembangkang untuk membuat demonstrasi menuntut sekolah dan hak-hak yang tidak masuk akal.

Akan Keris sambung cerita pengalaman menemuramah beberapa warga asing di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

K7L : Menegur tak bermakna tak menyokong..

22/08/2012

Nik Aziz Halau Nasha Dari PAS! - Hadi Dan Mustafa Ali Nak Follow Keluar Sama?



"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," kata Nik Aziz kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Hah! Itulah antara ayat yang seakan menghalau bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada terus kekal sebagai orang PAS. Selepas YB Nasha keluar PAS, sumber dalaman menyatakan Presiden Pas juga akan mengikuti langkah Datuk Asri Muda! Diikuti orang kepercayaan Presiden PAS iaitu Setiausaha Agung PAS sendiri.

Kena ingat juga yang Ustaz Nasha adalah orang paling kanan kepada Haji Hadi Awang selepas Mustafa Ali. Orang yang setia seperti Ustaz Nasha seperti disokong untuk menyertai UMNO dan bertemu DS Najib. Kerana selepas ini akan menyusul pula Presiden Pas, SU Agung Pas, Pesuruhjaya Pas Terengganu dan beberapa orang lagi.

Mereka sudah mula meluat dengan DAP dan melihat UMNO sebagai medan pejuang Islam yang kuat untuk menentang fahaman yang diserap oleh DAP dalam PAKATAN.

K7L : Tunggu je apa jadi lepas ini..dengarnya orang-orang besar dalam PAS yang bukan erdogan dah mula kemas barang dan menunggu arahan tukar parti?..

PAS Sah Hanya Mahu Kuasa Memerintah - Bukan Tegakkan Syiar Islam!




Bekas Pesuruhjaya PAS yang dibuang kerana mempertahankan tindakannya berkenaan isu murtad mula membuka pekung PAS secara lebih terperinci. Kalau orang yang memang pernah menjadi pemimpin PAS berkata begitu. Orang PAS nak cakap apa lagi?

K7L : Tengok Nik Aziz..sampai sekarang tak mahu berundur..gila kuasa!

21/08/2012

Nama Penggodam Blog Anwar Ibrahim Terbongkar!



Berikut ialah laporan yang ditulis dari blog My Massa :

Mymassa baru mendapat info dari rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar. Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam PKR sendiri. Seorang petugas lelaki.
Maka Keris pun membuat panggilan kepada beberapa rakan PKR. Kata mereka kecoh juga dikalangan mereka tentang perkara ini dan tuduh menuduh sesama sendiri telah berlaku. Buat masa ini mereka mengesyaki seorang AMK yang bertugas dalam biro IT PKR. Hanya mahu dikenali sebagi 'Shah'. 

Tetapi berkenaan tuduhan puak troopers PKR yang menuduh kerja UMNO ternyata salah. Ini sebenarnya adalah bukti masalah dalaman PKR yang kian hancur. Dengar cerita Wan Azizah akan mengumumkan pembubaran PKR namun sedang ditahan oleh Anwar Ibrahim.

Apapun apabila blog Anwar digodam orang sendiri menunjukkan bahawa kini PKR sangat bermasalah.

K7L : Undi PKR anda akan rosakkan negara kerana merekalah pencetus huru hara di negara..

"Jangan Rosakkan Parti, Rosak Agama Tak Apa?" - Ulama PAS Kelantan



Nak kata macam mana lagi?. Kalau ulama PAS sendiri yang juga merupakan guru pondok menyatakan bahawa umat Islam wajib tolak PAS. Keris pun rasa dah nampak dah elemen kesesatan dalam setiap ceramah yang pemimpin PAS hamburkan.

Contohnya didahulukan masuk PAS dan undi PAS barulah dipesan jangan tinggal sembahyang tahajjud. Kalau tak undi PAS nanti di padang mahsyar akan ditanya kenapa tak undi tok guru dan banyak lagi contoh yang ada.

Baca kisah selanjutnya di Gelombang Kick

K7L : Kalau ahli sendiri dah kata PAS sesat..tak tahu nak cakap camne lagi dah!

20/08/2012

Himpunan Fatwa Songsang Nik Aziz Yang Dikitabkan PAS! Final Part



24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” –Harakah, 22 Feb 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ –Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – 12 Mei 1999

28. "Kepercayaan manusia kepada kiamat menyebabkan seganas-ganas manusia akan jadi ganas. Kerana dia yakin walau bagaimana ganasnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepan dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir Akulah orangnya sombong, tak dengar kata orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun ada di aku, handalan pun ada di aku, sombong pun di aku. Kalau samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu sombong aku lebih sombong. Percayaan kita manusia kepada akidah nilah, akidah akhirat kita panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – 12 Ogos 2009.

31. “Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa dengan Mat-Mat lain di kampung juga. Mat anak kita, mat budak kampung dengan mat tanah Arab sama saja. ”.- Kota Bharu, Kelantan Feb. 2012

K7L : Puak PAS diwajibkan hafal supaya terus sesat?..gilo...

17/08/2012

Mengapa Hanya Anwar Yang Dijemput Ke Majlis Resepsi Gay?



Seperti yang pernah Keris tulis dahulu mengapa PAS tidak mahu melarang perkahwinan gay yang dilangsungkan di Malaysia. Rupa-rupanya mereka membisu kerana Anwar juga dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Maka tidak mustahil PAS berdiam diri. Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Mengapa hanya Anwar sahaja yang dijemput? Apakah Anwar antara penyumbang dana untuk majlis tersebut? Inikah pertambahan bukti bahawa Anwar memang bernafsu songsang?


K7L : Cakaplah macam mana pun..penyokong Anwar bukan nak percaya pun..dah taksub pada peliwat..

16/08/2012

Ada Orang Mula Takut Dengan #BNYCT - @BNYouthCyberTeam Terbaik!


Khabarnya puak IT Anwar sedang bertungkus-lumus untuk menahan serangan siber pengamal media sosial Barisan Nasionla. Jika sebelum ini hanya UMNO yang mempunyai sayap siber melalui PEMUDA iaitu Unit Media Baru (UMB), kini wujud pula BN Youth Cyber Team yang lebih fleksibel, semua orang boleh sertai tidak mengira samada anda berparti atau tidak. Nak tahu apa itu BNYCT? Tonton video di bawah :


Untuk menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke email bnycyberteam@gmail.com atau melalui :-

FACEBOOK : http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team/475344502477266

FACEBOOK BAHASA CINA : http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team-CN/485480184812669

FACEBOOK BAHASA TAMIL : https://www.facebook.com/BNYCTTamil

FACEBOOK BAHASA INGGERIS : http://www.facebook.com/pages/BN-Cyber-Team-Eng/349963081745588

TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam

BLOG : http://bnycyberteam.blogspot.com/ domain (http://bnycyberteam.net)

K7L : Jom!..

Apakah Wanita Ini Pembocor Maklumat Kerajaan Upahan Rafizi?


Tahniah kepada rakan blogger Gossip Rakyat yang berjaya mendedahkan parasit pembangkang yang tidak malu membocorkan maklumat kerajaan. Memang tidak bertanggungjawab. Keris mohon kementerian mahupun pihak-pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini. Keris yakin bukan seorang sahaja yang berbuat demikian, ia pasti dibuat secara berkumpulan. Ikuti pendedahan blogger GR tentang kes tersebut :


Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Individu tersebut bukannya lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti.

Di bawah ini, GR lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pakatan Haprak membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.

Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.

K7L : mesti ada ramai ni!...jangan simpan banyak-banyak!!!

Tun Mahathir Lebih Khusyuk Dalam Solat Berbanding Nik Aziz?



Bezakan sendiri apa perbezaan dua pemimpin veteran ini. Jika puak Nik Aziz bersembahyang, dapat dilihat kepura-puraannya kerana semua orang kerumun dan solatnya seolah-olah menunjuk-nunjuk.

Berbeza dengan orang UMNO, contohnya Tun Mahathir dia bersolat dalam keadaan sederhana. Tak kisah pun nak kena kumpulkan penyokong hanya untuk melihat beliau bersembahyang.

Ini perbezaan ibadah orang UMNO dan PAS.

K7L : Antara wassatiyah dengan kepura-puraan..

15/08/2012

@UstazFathul Bari Mencari Lailatul Qadar Di Kawasan Jajahan DAP?




Ini merupakan rakaman dimana Ustaz Fathul Bari turun sendiri ke tempat-tempat maksiat untuk melihat apakah yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada 10 malam terakhir Ramadhan.

K7L : Steady Ustaz!

Himpunan Fatwa Songsang Nik Aziz Yang Dikitabkan PAS! Part 2




Ini adalah sambungan kepada Himpunan Fatwa Songsang Part 1 [SINI] yang dikeluarkan semalam.

11. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, - Oktober 2001.

K7L : Entah berapa ramailah orang yang dah disesatkan oleh PAS ni..

Surat Yang Buat Abby Abadi Meroyan?


Ini merupakan warkah yang diemelkan kepada rakan blogger MyMassa untuk tatapan Abby Abadi. Kepada Abby, berhijrah atau berubah bukan dengan masuk parti politik PAS. kalau betul nak berubah pergi belajar sampai ke Mesir, bukan berceramah atas pentas politik dan bercakap pasal agama yang akhirnya tampak politik.



Orang dah jelik sebab siapa yang tidak kenal bekas penyanyi Elite ini? Abby kata orang duduk di KL adalah orang-orang yang 'lagha'. Tapi dia pulak rasa dua tiga bulan belajar dengan orang PAS terus boleh masuk syurga. Abby baca dulu apa kandungan surat tersebut! :

Assalamualaikum WW.

Satu perkara yang kamu mesti tahu Abby ialah YB Nasharudin Mat Isa, AHLI PARLIMEN PAS merangkap Mantan Timbalan Presiden PAS akan keluar PAS dan menyertai UMNO! Kamu terkejut ker, kamu yang baru sebulan dua berlagak heroin songsang dalam Pas nak tunjuk bodoh sombong. Ilmu agama kamu tinggi ker, buatlah macam Nora "Voice Of Ummi" jika kamu mahu berdakwah, beriltizam dan bertawadduk. Ini tidak, kamu tunjukkan ketemberangan kamu yang tidak seberapa itu. Kamu dengar Ustaz Akhil Hayy kata, dia kata dia menyesal kerana dipergunakan oleh sesetengah parti, parti mana lagi Parti Adat Sosial lah.

Kalau kamu duduk diam beristiqamah di surau-surau dan duduk diam membaca buku-buku agama, siapa nak gossip kamu dengan YB itu YB ini. Kamu memang gatal, baru berpisah dengan Norman dah berpegang-pegang dengan lelaki lain, belum kahwin tu, Norman dah kahwin pun kamu sempat lagi dipegang oleh mantan suami. Kamu yang bodoh sombong boleh kata tanyalah tuan punya diri kenapa pegang kamu!

YB Pas dia lelaki juga, nafsu dia macam syaitan juga kalau Iman tak kuat, kalau tidak mana mungkin YB PAS Selingsing berselingkuh dalam gerabak kereta api. Mana mungkin Mat Sabu Al Khalwati memadu kasih dengan isteri kawan dia. Kamu tahu ker Mat Sabu pergi ke Medan dan lebih suka masuk Disco daripada masuk Masjid!

Kamu sudah baca Penyelewengan Wang Anak-Anak Yatim dan keluarga janda-janda Memali macam kamu. Kamu ke kedai buku sekarang cari Buku C.N. Al-Afghani. Kamu baca dan lihat YB Senator PAS pun seleweng wang-wang Memali. Kamu baca bagaimana Mat Sabu Al Khalwati diarah menutup mulut Al-Afghani jangan hebahkan penyelewengan itu. Itu kamu kata Islamik!

Wanita yang berhijrah berhijrahlah betul-betul, apa pasal kamu ke sana-sini mulut tak berhijrah, nak saman Utusan lah konon pasal kening, kalau ya memang kening kamu kamu ukir bagaikan dicukur atau memang kamu cukur salah kamulah sendiri, kamu menunjuk-menunjuk. Memanglah kamu bukan ustazah, kamu memang tak layak pun jadi ustazah, siapa anak-anak nak hantar kepada kamu untuk ajar anak dia sedangkan rumah tangga kamu pun tak poleh jaga. Dah bercerai dengan Norman pun masih sempat dipegang. Apasal nak tanya Norman, kamulah mengelak, kamu kan perempuan. Itulah kebodohanmu yang ditunjuk oleh Ilahi.

Kamu tahu ada YB Pas kahwin dengan gadis Kemboja, habis madu dibuang begitu saja. Selepas bayar pampasan berjuta ringgit, macam barang dibeli sahaja.

Apa nilai dirimu jika dibanding dengan Ustaz Hassan Basri, YB Dato Dr Hassan, YB Nasharudin Mat Isa. Seratus orang macam kamu berhijrah kepada Parti Adat Sosial tak ada nilainya dengan Satu Orang YB Nasharudin Mat Isa berhijrah ke dalam UMNO.

Orang tak pandang kamu, sebab kamu hanya dipergunakan sahaja untuk PRU13, selepas PRU13 kamu akan jadi perempat merempat mencari sesuap nasi dengan syarikat-syarikat filem dan studio rakaman. Saya tak hairan jika nanti kamu akan menyanyi semula! Tak percaya tengoklah Ustaz Akhil Hayy, berapa lama dia bertahan di pentas-pentas Pas macam kamu lakukan sekarang ini, hari ini dia menyesal dan kerana wang untuk hidup, dia kembali kepada astro, stesen TV milik Ananda Krishnan.

So, kamu kena realistik bukan fantastik. Kamu buruk-burukkan kerajaan tapi kamu hidup bergantung dengan ehsan kerajaan. Kamu guna Blackberry dan Iphone, kamu tahu itu jenama apa, sudah tentu Syarikat orang Yahudi yang kini dikilangkan sama ada di China atau di Colombia. Kamu naik Kapal Terbang Boing, itu juga milik orang Yahuds. Kamu makan KFC dan MCDonald, itu dah tentu. Jadi apa fitrahmu dalam hal ini. Kamu nak jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu kerana semuanya Yahudi.

Jadi, kepada kamu bernama Abby Abadi...Abby itu nama lelaki, kamu hijrahkanlah nama sebenar kamu juga, jangan nyamuk di seberang nampak, gajah depan mati tak nampak. Kenapa, nama sebenar kamu takdak nilai ker, sia-sialah emak bapak kamu bagi nama tukar kepada ejaan orang putih, Abby...

Sekian sahaja, jika saya tulis lagi panjang, nanti kamu tak boleh tidor. Dari sekarang bermuhasabahlah kamu, bersembahyang ishtigharah lah kamu, bacalah zikir-zikir munajat setiap hari, jadilah dirimu yang sebenar, jangan sombong dan ego menTweet sana sini konon ilmu dah setinggi langit. Sedar diri sedikit.

Sekian, marah bukan benci.

Kawan lama.Kg. Melayu JB.


***emel tanpa edit.
K7L : Nak kata apa lagi?..tak paham-paham ke?..

Lagu Raya Metallica - Buat Orang Terkencing Dalam Seluar?



Haha! Memang kelakar. Apapun Keris nak ucapkan selamat menyambut kehadiran Syawal yang bakal menjelang. Kad Raya tunggu hari raya okay!

K7L : Tahun ini raya baju raya warna biru!

Ustaz Nasha Isi Borang UMNO? Puak PAS Dah Mula Maki Dia?



Haahhhh! Dengar cerita Ustaz Nasa dah mula memencilkan diri daripada puak sesat PAS dan  telah bertemu beberapa pemimpin UMNO. Beliau yang semakin 'ditanam' oleh puak erdogan PAS mungkin telah mula sedar bahawa agama Islam akan dilacurkan dan dipermainkan oleh puak PAS jika mereka terus berada dalam PAKATAN.

Ini adalah kerana matlamat menghalalkan cara menjadi prinsip terbaru PAS dalam memenani kerusi pilihanraya. Kini jika lihat kembali, orang alim ulama di dalam PAS sebenarnya telah mula lenyap seorang demi seorang dan yang tinggal hanyalah puak-puak sesat yang selalu keluarkan kenyataan yang bidaah.

Dan setelah gambar Ustaz Nasa bertemu dengan YAB Perdana Menteri, puak-puak PAS mula memaki hamun beliau di laman media sosial.


Hamboi. Inilah dia puak puak PAS. Masa orang tu dalam PAS bukan main lagi. Setiap kata-kata umpama wahyu, bila kenyataan bertentangan PAS, maka setiap kata-kata dah jadi macam dosa pula. 

Apapun jika benar ustaz Nasa nak masuk UMNO atau mahu bersama Hasan Ali dalam JATI, tunjukkan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya PAS, DAP dan PKR!

K7L : Lepas ini semua alim ulama ada dalam UMNO..PAS tinggal apa je?...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk