06/12/2012

Bagaimana Rupa Manusia Yang Berdosa Di Padang Mahsyar



Sekadar renungan bersama, semoga ianya menjadi peringatan bagi kita yang sering lalai dan lupa.

Gambaran manusia yang berdosa di Padang Mahsyar:

1. Suka menabur fitnah sesama manusia

  • Berwajah Kera
2. Suka memberi & menerima rasuah
  • Berwajah Khinzir
3. Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
  • Buta Kedua Belah Mata
4. Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .
  • Pekak Dan Bisu
5. Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .
  • Tubuh Yang Mengalir Nanah & Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berkali-Kali
6. Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
  • Badannya Luka Seperti Dihiris
7. Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
  • Berjalan Terhuyung Hayang Seperti Cacat
8. Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
  • Berjalan Seperti Mabuk
9. Orang-orang pemakan riba
  • Rupa Badannya Seperti Khinzir
10. Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
  • Tidak Bertangan dan Tidak Berkaki
11. Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
  • Wajah dan Badan Seakan Khinzir
12. Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
  • Perut Dipenuhi Ular dan Kalajengking Yang Sering Menyengatnya
13. Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
  • Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai
14. Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
  • Tidak Berlidah Dan Darah Yang Amat Busuk Mengalir Dari Mulut
15. Suka melakukan zina
  • Berjalan Kaki Keatas Dan Kepala Kebawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir Dari Kemaluan
16. Suka makan harta anak yatim
  • Muka Hitam Dan Perutnya Dipenuhi Api
17. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
  • Kulit Dipenuhi Penyakit Sopak Dan Kudis
18. Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang mengkhayalkan seperti dadah dan lain-lain
  • Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Keperut, Najis & Air Kencingnya Sentiasa Mengalir Keluar Dari Kemaluan
Wallahu a’lam
sumber


K7L : Musahabah diri..

No comments:

Post a Comment