ama Islam adalah satu perbuatan bidaah dan haram dari segi hukum. Harussani berkata, doa yang menuduh orang lain sebagai kafir juga satu tuduhan fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan.
Menurutnya, perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu sendiri menjadi kafir dan perlu bertaubat. “Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir, jadi dia kafir. Kena bertaubat. Selain itu, tuduhan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas yang kukuh juga adalah satu fitnah.
“Selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita boleh menyampaikan pendapat demi mempertahankan Islam. Bagaimana kita boleh menjatuhkan hukum murtad kepada orang lain?” katanya. Harussani berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di sini hari ini.
K7L : Nik Aziz dah patut pergi..Samy Vellu pun dah bersara..gila kuasa betul..
No comments:
Post a Comment