12/10/2012

Antara 5 Penjahat Yang Berwajah Cantik - #CantikItuMembunuh


Seringkali kita dengar penjahat biasanya sinonim dengan nama LELAKI. Namun Kali ini Keris senaraikan 5 orang wanita cantik (Mengikut selera masing-masing) yang pernah menggegarkan dunia dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

1. Tao Jing (Sindiket Dadah)


Gadis yang berumur 20 tahun berasal daripada Yunnan, China. Suatu ketika dahulu menjadi pesalah hukuman mati termuda mengikut sejarah pengadilan di China. Dia yang telah ditangkap pada tahun 1991, sedang membawa dadah dalam beg plastik dengan satu jumlah yang besar. Katanya dia ditipu dan menjadi keldai dadah, mangsa kepada teman lelakinya.

Namun setelah dibicara di mahkamah, terbukti bahawa dia sebenarnya adalah sebahagian daripada sindiket penyeludupan ubat-ubat terlarang terbesar di China.

Cara dia mati dihukum adalah dengan mati ditembak. Lokasi dimana dia dotembak telah dirahsiakan. Kejam siot cara mati.

2. Patricia Campbell Hearst Shaw (Perompak Bank)


Gadis ini adalah adik kepada penerbit terkenal zaman 70-an. Dikenali dengan nama Patricia Hearst dan berasal daripada Amerika Syarikat. Aneh juga bagaimana dia boleh menjadi seorang perompak bank. Cerita pasal dia ini agak pelik.


Gadis cantik ini telah mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah diculik oleh satu kumpulan pengganas rahsia yang bernama 'Tentera Pembebasan Amerika' ketika sedang melepak di rumahnya di California. Difahamkan dirinya telah mengalami proses 'Brain Wash' oleh kumpulan tersebut supaya terlibat untuk merompak bank bagi pembiayaan kumpulan tersebut.
Selepas dua bulan dia diculik, dia telah didapati telah merompak dua buah bank di San Francisco bersama kumpulan pengganas tersebut menggunakan Machine Gun.

Dia kemudiannya ditangkap bersama kumpulan tersebut. Dia telah dipenjarakan selama tujug tahun sebelum dibebaskan kerana dianggap menjadi korban kepada konspirasi Bill Clinton pada tahun 1990.

Pelik~~~

3. Bandit Barbie (Perompak Bank)


Dua sahabat baik iaitu Heather Johnston dan Ashley Miller yang berasal daripada Achworth, Georgia, Amerika. Mereka telah digelar sebagai Bandit Barbie kerana kecantikan mereka dan berwajah seakan-akan patung barbie.


Kali pertama mereka berkenalan adalah ketika sama-sama bekerja sebagai penari bogel. Kerana sangat dahagakan wang yang banyak dalam masa yang singkat, mereka telah merancnag untuk membuat satu rompakan bank. Mereka juga bekerjasama dengan seorang pekerja bank bagi merealisasikan rancangan mereka.

Mereka berjaya merompak bank tersebut sebelum pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga mereka beberapa hari selepas rompakan berlaku. Pada 2007, Miller telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan Johnston dijatuhkan hukuman 'trial' selama 10 bulan.

Gila betul!

4. Monique Awoki (Ketua Geng Berambut Perang Brazil)



Dia adalah ketua dan yang paling samseng kalau nak dibandingkan daripada senarai ini. Monique Awoki yang berasal daripada Brazil, merupakan dalang bagi rompakan kepada pemain-pemain bolasepak yang kaya.

Selain itu dia bersama 5 orang gadis yang lain terkenal kerana menculik wanita-wanita kaya yang sedang berbelanja di Shopping Mall sebelum merompak mereka. Adalah dalam RM270 000 yang berjaya mereka rompak.

Kebanyakan ahli 'Gang of Blondes' ini adalah mereka yang cantik, bergaya malah berkelulusan tinggi.

Awoki akhirnya tumpas di tangan polis ketika hendak ke luar negeri daripada Sao Paolo. Dia mengaku mengetuai geng tersebut sejak tahun 2008 dengan bantuan suaminya.

Apa jadi pada dia Keris tak tahu.

5. Bonnie Elizabeth Parker (Perompak Bank dan Pembunuh Bersiri)


Namanya selalu dapat kita baca dalam novel, komik, siri televisyen serta filem. Pasti ramai yang tahu tentang cerita dan lagu 'Bonnie and Clyde'. Kalau sesiapa yang baca komik One Piece juga akan perasan persamaan gadis ini dengan watak Jewelry Bonnie.

Dia dan kekasihnya, Clyde Barrow telah merompak puluhan bank di serata Amerika Syarikat ketika kejatuhan ekonomi berlaku pada tahun 1931-1934. Ketika itu ekonomi di Amerika sangat teruk sehinggakan tiada pekerjaan menjadikan ramai memilih untuk mencari wang secara haram.

Pasangan ini yang dibantu oleh enam orang ahli mereka memulakan rompakan dengan merompak kedai-kedai kecil sebelum merompak bank. Nampak sahaja lembut dan cantik, dia tidak pernah segan silu membunuh. Tercatat sebanyak sembila orang polis dan belasan orang biasa ditembaknya apabila mereka merompak.

Kisah Bonnie dan kekasihnya berakhir pada tahun 1934 di kawasan Lousiana. Pihak polis telah menembak mati kedua-duanya.

Nota : Ini pengajaran buat semua dan hanyalah pengetahuan am. Zaman sekarang ada juga gadis cantik yang merompak orang kaya cuma pendekatan mereka berbeza. Mereka kikis sampai lebam. Tapi tak semua ya!

K7L : Masih ada lagi yang cantik dan baik..

2 comments:

  1. Penjahat ke-6 = No Role Izzah. Menggadaikan nasib penduduk2 Lembah Pantai (khasnya) dan melayu (amnya) semata2 krn kuasa politik dan menjayakan cita2 ayahanda nak jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Penjahat ke-7 Bayangan PM,telah mencatur sebagai penentu kuasa pentakbiran negara dan merosakkan pengaruh politik serta masa depan melayu anak bangsa(undi rosak).

    ReplyDelete