27/04/2012

Kenyataan @HishammuddinH20 Buatkan @Ambiga_S Panas Hati? #Bersih3



Isu utama berhubung Perhimpunan Bersih bukan lagi mengenai kebenaran mereka untuk berhimpun tetapi lebih kepada pemilihan lokasi yang lebih sesuai mengambil kira aspek-aspek ketenteraman awam dan kesejahteraan umum.

Selaras dengan transformasi politik kerajaan, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak menghalang mereka melakukan perhimpunan atas semangat Akta Perhimpunan Aman.

Saya sendiri telah menegaskan bahawa pihak polis dan pihak berkuasa bersedia memudah dan melancarkan perjalanan mereka sekiranya peganjur bersetuju untuk memilih mana-mana stadium yang telah ditawarkan.

Atas semangat Transformasi Politik dan Perubahan yang dilakukan kerajaan, saya berharap semua pihak dapat menyumbang kearah pembinaan demokrasi yang lebih sihat dan matang.

Polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak kerana itulah tanggungjawab polis kepada masyarakat.



K7L : Nak apa lagi?...pelik aku Bersih ni,,menyusahkan orang...

No comments:

Post a Comment