24/04/2012

Ceramah Pra-#Bersih3 Gagal - Mat Sabu Buat #SuaraKatak? Dr Rani Tak Popular! @n_izzah Tak Datang!

Semalam Keris singgah nak tengok berapa ramai hadir ke Ceramah Pra Bersih Kuala Langat. Sehari sebelum itu penganjur ada memberi perkhabaran bahawa yang akan hadir lebih daripada 5000 orang kerana Mat Sabu datang! Pengundi Kuala Langat ada dalam lingkungan 89 ribu lebih tetapi yang datang cuma 150 orang sahaja. Gagal atau tidak?


Kalau tengok gambar pertama diatas, ketika itu Dr Rani yang berucap dan masa itu hanya seorang sahaja jumud PAS yang duduk untuk dengar dia membebel. Kemudian kalau ikut senarai Nurul Izzah patut hadir sebagai penceramah tapi Keris ada terdengar penganjur berbincang dibelakang pentas berkata Izzah tak mahu datang sebab tak ramai yang hadiri ceramah. Betul atau tidak yang itu Izzah kena jawab sendiri.


Sudahlah tak ramai yang hadir, apabila Mat Sabu berucap hujan terus rintik-rintik. Orang kata hujan satu rahmat tapi kalau masa ceramah hujan itu tandanya suruh balik! Petanda Allah bersama UMNO dengan tidak dibenarkan mereka yang hadir mendengar Mat Sabu Syiah berucap.


Nantikan gambar eksklusif ceramah tersebut yang menunjukkan bukti mereka yang hadir ini cuma yang tegar. Bagi pengundi di Kuala Langat mereka menolak Bersih3.0 kerana percaya akan transformasi PM yang lebih mesra rakyat dan janji PM sentiasa dikota. Ada makcik peniaga tu cakap hanya orang tak ada otak dan tak mahu berfikir sahaja akan pergi demo bersih. Semalam sudah jadi batu pengukur kehadiran demo bersih nanti. Jangan terkejut kalau tetiba keluar fatwa PAS wajib turun demo dan syahid.


p/s: kalau tempat kuat PAS pun hanya dapat 150 orang daripada 89 ribu lebih pengundi, Keris nasihatkan PAS tak payah join Bersih 3. Buat malu je...


K7L : #SuaraKatak Mat Sabu panggil hujan..boleh jadi bomoh hujan kot?


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. Lekat rongkong lah mah woi!!

    ReplyDelete
  2. Pinjam gambar bro.. Nanti gua letak kredit.

    ReplyDelete
  3. Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut‟ah dengan
    seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja‟afar
    as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Tidak mengapa, seseorang boleh
    melakukan mut‟ah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.” 62
    Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” ingat kes mat sabu ditangkap berkhalwat bersama Normah dahulu ... dan bagaimana kesalahan ini dihalalkan olih nik aziz,Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Qur‟an: “Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Alla hhalalkan bagimu”.Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam
    mengharamkan dan menghalalkan sesuatu. Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara terbitan Jabatan Agama Islam Selangor

    April 23, 2012 10:40 PM

    ReplyDelete